|
Perkongsian pendakwah dan penulis buku terkenal, Aiman Banna di Instagram mengenai isu berzikir selepas solat menarik perhatian ramai.
Menerusi Instagram, dia menjawab persoalan pengikutnya sama ada perbuatan berzikir atau berdoa selepas solat adalah amalan bidaah. Merungkai persoalan ramai itu, pendakwah berkenaan mengulas isu tersebut dengan penerangan yang jelas. Menurut Aiman, berzikir atau berdoa selepas selesai menunaikan solat merupakan sunnah yang disyariatkan dan bukannya bidaah seperti yang disangkakan orang ramai.
Pendakwah ini juga memberi nasihat kepada orang ramai agar tidak terus bangun selepas selesai solat berjemaah atau bersendirian, sebaliknya amalkan berzikir dan berdoa seketika kerana ia perbuatan yang disyariatkan dalam Islam. Sumber: Murai
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
1-2-2026 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.153249 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.