|
Tugas Berat Menanti Shahrin Majid Biarpun akui kini berdepan tugasan sukar selaku pemangku jurulatih ATM, Shahrin Majid menyuarakan kesediaan menggalas tugas itu menjelang aksi Liga Super berdepan Sarawak di Kuching Sabtu ini.
Bekas pemain sayap kebangsaan ini tekad menggunakan tempoh empat musim berguru dengan Sathianathan selaku penolong jurulatih untuk membimbing skuad The Gladiators. ATM kini menghuni tangga kedua tercorot Liga Super selepas tujuh perlawanan dan Shahrin akui, ia bukan tugas mudah untuk menjelmakan kebangkitan pasukan. Namun, Shahrin berasa ia mampu dilakukan jika barisan pemain turut komited memainkan peranan di atas padang. Selain tugas getir menanti Sharin majid membimbing ATM berdepan Sarawak Sabtu ini, turut berlangsung pertemuan Sime Darby dan PDRM, sementara Selangor menentang Lions XII, Johor DT lawan Kelantan dan Terengganu menerima kunjungan Felda United. sumber:www.stadiumastro.com
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
1-2-2026 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.034485 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.