|
L.G Mengumumkan Imac 8k? ![]() LG Mengumumkan iMac 8K?LG Display, pembekal skrin terbesar Apple berkata dalam satu kenyataan media di laman webnya (telah ditarik balik) bahawa Apple akan melancarkan iMac terbaharu dengan skrin beresolusi tinggi 8K lewat tahun ini. Kenyataan media syarikat Korea Selatan itu telah membayangkan bahawa Apple telahpun membuat kenyataan tersebut, jadi, berkemungkinan samada LG telah secara tidak sengaja mengeluarkan kenyataan media tersebut lebih awal dari masa yang sepatutnya, perancangan Apple telah berubah, ataupun LG sememangnya telah membuat kesilapan dalam pengumuman tersebut. Secara umumnya, skrin 8K baru sahaja berada di tahap pengenalan sahaja dan khabarnya, skrin ini hanya akan muncul dalam tahun 2016, melainkan Apple berjaya menghasilkan dan melancarkannya lebih awal dari itu. Bagi setiap khabar angin ada secebis kebenaran padanya. Adakah benar Apple akan melancarkan iMac 8K ini? Mungkin kita perlu menunggu sehingga September apabila syarikat itu biasanya mengadakan acara pelancaran produk. kredit:www.techkini.com
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
2-2-2026 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.036837 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.