Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Siapa Cari Content Warrior




Anda minat menulis? Ingin menjana pendapatan melalui penulisan? Minat dengan topik trending di laman sosial?


CARI Content Warrior merupakan satu skim baharu yang diperkenalkan di CARI.COM.MY khas untuk anda yang berminat untuk menulis apa sahaja yang boleh menjadi viral!


Anda layak bergelar CARI Content Warrior atau penulis kami bila artikel yang anda hantar terpilih untuk disiarkan di laman CARI.COM.MY and Cari Facebook page (followers 80 ribu ++).


Bagaimana ingin sertai?


1. Daftar di SINI dan anda boleh mula hantarkan artikel anda kepada kami.


2. Untuk hantar artikel, selepas daftar, anda boleh mula login. Kemudian pergi 'Warrior Center' -> Article Manage -> New Articles.


3. Maklumat lanjut tentang cara memasukkan dan menghantar artikel, KLIK DI SINI.


4. Artikel anda akan dinilai/ disunting/ ditambah/ ditolak oleh pihak editor.


5. Anda boleh melihat status artikel pending, approved atau rejected.


Artikel anda harus merangkumi:


1. Cover photo


-Merupakan gambar yang akan dijadikan cover atau featured image bagi artikel berkenaan.


-Pemilihan gambar yang sesuai dengan artikel dan cantik seharusnya menjadi keutamaan.


-Saiz cover photo haruslah 1200 x 630 pixels.


2. Tajuk


- Pemilihan tajuk catchy dan provokatif dibenarkan namun jangan 'over' bawah channel yang disedia dalam listing #3.


3. Channel


1. Fokus


2. Hiburan Trending


3. Gosip Socmed


4. Gaya Hidup (Kecantikan, Fesyen, Keluarga, Tips& Petua)


5. Explorasa (Food & Travel)


6. Teknologi (Gajet, Automobil)


7. Sukan


8. Politik


9. Lain-lain (Global, Misteri, Seram)


4. Kandungan/content original


- Menggunakan bahasa yang santai dan mudah difahami (namun bukan bahasa pasar).


- Perenggan yang pendek dan tidak meleret ( 4 baris satu perenggan).


- Jumlah perkataan 300- 500 perkataan sahaja bagi satu artikel.


- Tahu dan biasa dengan gaya penulisan CARI.COM.MY yang santai, bersahaja dan tidak meleret.


5. Memetik sumber


- Petik sumber asal (contoh, Memetik laporan Astro Awani, Memetik laporan Sinar Harian).


Apakah larangan dalam artikel?


1. Berita palsu


2. Informasi tidak tepat


3. Elemen seks dan keganasan


4. Isu sensitif seperti perkauman dan agama


5. Copy & Paste


Tugas Cari Content Warrior


1. Tiada had dalam penghantaran artikel. Tulis apa sahaja tajuk yang boleh viral!


2. Sentiasa pastikan kualiti artikel (seperti ejaan, bahasa, perenggan dan sebagainya) sebelum dihantar.


3. Pastikan maklumat yang diberikan tepat.


4. Boleh berkongsi pandangan peribadi namun digalakkan bersikap neutral sepanjang masa.


5. Plagiat tidak dibenarkan sama sekali. Artikel yang mengandungi lebih 50 peratus sama dengan website lain, akan disekat dari diterbitkan.


6. Elakkan menggunakan gambar yang mempunyai watermark. Setiap gambar yang digunakan harus dipetik sumber asalnya. (Contoh, Sumber foto: Media Hiburan).


7. Viralkan artikel masing-masing yang sudah diterbitkan di laman CARI.COM.MY agar dapat mencapai Page View (PV) yang tinggi. (Semakin tinggi PV, semakin tinggi income anda).


Ganjaran


Ganjaran bagi setiap penulis akan dibayar seperti berikut:


1. Page view (PV) di portal Cari

a. Level 1 - Kadet : mendapat RM2.50 bagi setiap 1,000 PV (mengikut report daripada Google Analytic)

b. Level 2 - Master : mendapat RM3.00 bagi setiap 1,000 PV (mengikut report daripada Google Analytic)

c. Level 3 - Mahaguru : mendapat RM3.50 bagi setiap 1,000 PV (mengikut report daripada Google Analytic)

*Jumlah PV ini adalah berdasarkan jumlah artikel bagi sebulan dalam tempoh 3 bulan. (Contoh: Kesemua PV artikel untuk bulan Januari akan sah dan dikira selama 3 bulan iaitu sehingga penghujung Mac).


2. Page view (PV) di forum Cari

Semua artikel yang diletakkan di forum Cari turut mendapat ganjaran iaitu sebanyak RM1.50 bagi setiap 1,000 PV (mengikut report daripada Google Analytic).


3. Subsidi per artikel

Bayaran subsidi sebanyak RM2 hingga RM5 diberikan bagi setiap artikel.

*Kadar subsidi ini berbeza mengikut kolum atau kategori artikel. Kadar subsidi juga mungkin berubah mengikut masa, bergantung kepada pihak pengurusan Cari.

Ini bermaksud, setiap artikel yang anda hantar, akan mendapat bayaran subsidi (mengikut kategori artikel).


4. Bayaran 'Rujukan Penulis'

Kesemua penulis Cari Content Warrior akan diberikan URL 'private referral' atau rujukan peribadi yang membolehkan anda menjemput rakan-rakan lain untuk menjadi penulis di Cari Content Warrior.

Cari akan memberi ganjaran RM10 bagi setiap nama yang anda jemput itu sebagai penulis di sini.

*RM10 akan diberikan sekiranya rakan anda itu berjaya menghantar dan artikelnya diluluskan untuk terbitan di Cari.


Content Warrior


 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.024701s Gzip On
To Top