CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4064|Reply: 15

Nostalgia Tahun 1989! Tiga Sahabat 'Pertama' Berbasikal Jelajah Malaysia

[Copy link]
Post time 5-5-2016 06:20 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Kalau dulu, melalui kepingan gambar yang disimpan di dalam album akan menjadi bukti dan kenangan buat anak cucu kelak.

Begitulah yang dilakukan oleh saudara Amir Farid. Melalui perkongsian gambar di laman Facebook miliknya, mengembara beberapa tempat di Malaysia dengan hanya berbasikal pada 7 Disember tahun 1989 merupakan satu pengalaman yang tidak mungkin dilupakan bersama dua sahabat baik iaitu Najmuddin Muhammad yang dikenali sebagai 'Udean' dan juga Khairul Azmi iaitu 'Mie Blass'.

Pelbagai pahit manis mereka lalui untuk menyudahkan misi penggembaraan jelajah tersebut. Namun begitu, pasti ramai netizen akan tertarik dengan membaca kesemua pengalaman penggembaraannya yang dikongsi Amir Farid.

Perjalanan yang mengambil masa selama 2 minggu itu pasti memberi kepuasan dan satu memori yang sangat berharga. Tidak dapat dinafikan, pasti ada dugaan dan rintangan yang mereka hadapi sepanjang perjalanan tersebut. Agak-agak apa yang menarik dikongsi oleh Amir Farid dalam mengcungkil kenangan 26 tahun lalu?

Kehebatan pengalaman penggembaraan tiga pemuda ini telahpun dilakukan oleh enam sahabat yang mengelilingi Langkawi dengan berbasikal juga.

Penulis nak tabik springlah bila pengalaman ‘adventure’ saudara Amir Farid ini patut menjadi contoh buat anak muda hari ini. - CARI Infonet




































Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2016 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Gile seronok !!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 07:09 PM | Show all posts
Mesti seronok malang zaman tu media sosial belum meluas kalau tak tentu dah lama diviralkan
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnyaaaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 11:41 PM | Show all posts
Jom...mcm best jer tgk gmbar ni...tp mmg rare la..zaman polis pakai helmet besi....
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 08:37 AM | Show all posts
waahh steady la..
lama dah teringin nak pusing2 malaya ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2016 11:28 AM | Show all posts

katanya iskandar zulkarnain pun masa takluk spruh dunia, usia dia baru remaja.org muda mmg patut mengembara, pi tgk dunia, kenal org,

skrg ni , dorg tgk google maps,waze je nk pi mana2,
susah nk bergaul.nk bckp.tau message , emoticons aja..
tk semo la.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 01:33 PM | Show all posts
rare sgt gambar tu

zaman tu amik gambar mmg betul2 utk kenangan

bukan untuk cantik or glamer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2016 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuyoo..powerla.naik keta pun rasa sgt jaoh, diaorg selamba jer naik basikal
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 02:51 PM | Show all posts
SAYU + seronok plak tgk dorang...
klau dorg tgk gamba2 ni mesti teringat kenangan lama..hehee
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 03:29 PM | Show all posts
abang2 tu mesti dah umur 50+ sekarang kan. best dpt pengalaman macam tu. tahun 1989 kereta kat malaysia belum bersepah2 mcm sekarang. jadi jalan pun tak brapa nak sibuk. highway PLUS pun tak ada lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 04:49 PM | Show all posts
teringat masa kecik dulu kat rtm ada citer psl kawan2 yg mengembara naik basikal.. sebijik mcmni la.. basikal pun sama.. tak ingat tajuknya tp tak salah Seiring Jalan gitu la..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2016 03:28 AM | Show all posts
Priceless..mesti aman2 ja bebasikal waktu tu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2016 03:13 PM | Show all posts
mana gambar diorang masa skang ?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2016 10:50 PM | Show all posts
ai kagum dgn pakcik2 ni kembara satu Semenanjung Malaysia dgn berbasikal ala backpacker gitu dan bila tgk gambar2 sebegini, musti menggamit memori ketika mengembara...  
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 12:13 AM | Show all posts
Bestnya. Aku suka tengok gambar2 lama mcm ni. Rasa nostalgia semacam even tak lahir lagi time tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.482628 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list