|
|
Oleh : Dean BZ

Kebiasaannya banyak perkara-perkara yang melibatkan perkara privasi disembunyikan dalam sesebuah perhubungan cinta.
Contohnya seperti sendawa ketika makan, kencing berdiri ketika mandi, membuang angin ketika berjalan, menggaru punggung ketika menonton TV dan macam-macam lagi.
Jika perkara privasi itu didedahkan ketika bercinta, alamak kena tinggal lah dengan pasangan kerana si dia akan menganggap anda seorang pengotor.
Namun, selepas berkahwin barulah setiap pasangan akan lebih bersikap terbuka dan tanpa segan silu mendedahkan perkara-perkara privasi. Iya lah, sampai bila nak cover line dan bersikap sopan setiap masa jika sudah tinggal sebumbung kan.
Sesetengah orang beranggapan ia sesuatu yang "sweet" kerana hanya orang tersayang sahaja berhak melihat banyak perkara privasi yang disembunyikan sekian lama. Kata orang kalau dah sayang, kentut pun bau wangi. Bagaimana pula kata anda?
Pernahkah anda melakukan perkara "jijik" seperti didalam video diatas bersama suami atau isteri? - CARI Infonet.
|
|