CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1872|Reply: 3

[Dunia] Zoo di Gaza pamer haiwan mati diawet

[Copy link]
Post time 8-3-2016 10:27 AM | Show all posts |Read mode
GAZA CITY 6 Mac – Sebuah zoo di Palestin yang dianggap sebagai zoo paling teruk di dunia, kini menjadi perhatian selepas haiwan-haiwan yang mati di situ diawet serta dipamerkan.


Sebelum ini, banyak haiwan mati akibat kebuluran dan kurang penjagaan di zoo yang terletak di Khan Younis, Genting Gaza itu ekoran konflik antara Palestin de­ngan Israel yang berlarutan sejak hampir sedekad yang lalu.

Mula dibuka pada tahun 2007 dengan pelaburan mencecah ratusan ribu dolar Amerika Syarikat (AS) oleh seorang pengusaha, Mohamed Awaida, zoo itu turut dikenali dengan nama South Forest Park.

Bagaimanapun, tidak sampai setahun selepas dibuka, Mohammed mula mengalami kerugian selepas episod serangan oleh tentera Israel terhadap pejuang Hamas.
Katanya, dalam tempoh tiga minggu serangan itu, dia tidak dapat mengunjungi zoo tersebut sehingga menyebabkan banyak haiwan mati akibat terbiar dan kebuluran.

Kejadian hampir sama berlaku dalam perang Gaza dua tahun lalu apabila bukan sahaja lebih daripada 2,000 warga Palestin dan Israel terkorban, malah turut membunuh 80 daripada 100 ekor haiwan di Zoo Al-Bisan di Beit Lahiya dekat sini.

Dalam pada itu, bagi ‘memulihkan’ kembali zoo miliknya, Mohammed cuba menggunakan kaedah awet terhadap haiwan-haiwan yang mati akibat pepe­rangan tersebut.
“Idea ini tercetus kerana saya melihat banyak haiwan mati termasuklah singa, harimau, monyet, dan buaya. Untuk itu, kami banyak bertanya dan belajar daripada laman web bagaimana untuk melakukannya,” katanya.



Meskipun bukan pakar, namun Mohammed memilih untuk mencuba kaedah tersebut dengan menggunakan formaldehid iaitu sejenis bahan kimia dan habuk kayu serta perkakasan asas yang lain untuk tujuan berkenaan.

Zoo-zoo di Gaza sememang­nya terkenal dengan pelbagai kaedah aneh untuk mengatasi krisis kekurangan haiwan akibat masalah peperangan.
Sebagai contoh, pada tahun 2009, seekor keldai terpaksa dicat dengan warna belang hitam putih seperti zebra kerana harga untuk menggantikan haiwan tersebut yang mati akibat krisis agak mahal.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.1EkF8tlw.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2016 10:46 AM | Show all posts
hehe...negeri yislum ka ni? hencap sikit sis @Changa @famri7
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian binatang2 tak bersalah jadi mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 09:40 AM | Show all posts
kesiannya kat haiwan2 tu..
tersiksa dorang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.111567 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list