CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2919|Reply: 1

Jus Nenas, Melegakan Batuk & Sakit Tekak

[Copy link]
Post time 4-3-2016 06:10 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib Za

Uhuk uhuk! Gatal rasanya anak tekak ini. Sekejap, sekejap rasa nak batuk.


Ditambah dengan cuaca panas tak menentu masa ini, ramai yang terkena batuk-batuk. Segera berjumpa dengan doktor agar tak melarat.


Namun, sambil itu anda boleh mencuba petua 'home remedy' yang tak susah pun, untuk mengubati sakit tekak dan batuk ini. Ia boleh melegakan kegatalan tekak, mencairkan kahak dan melegakan pernafasan anda semula.










1. Madu


Madu merupakan agen yang paling selalu digunakan sejak dahulu untuk memulihkan sakit tekak. Adanya kajian pada tahun 2007, madu juga sangat berkesan untuk mengubati batuk, malah setanding ubat di klinik!


Campurkan madu dengan teh herba atau hanya dengan air suam dan lemon. Ia sangat melegakan.




2. Nenas


Iya, jangan terkejut nenas sangat disyorkan untuk mengubati batuk. Ini kerana ia mengandungi Bromelain, satu enzim yang mengurangkan batuk dan juga mencairkan kahak.


Ia juga dikatakan mampu melegakan alahan dan juga sinusitis yang menjadi penyebab batuk serta kahak.


Hasilkan jus nenas, dan minum segera.










3. Teh pudina


Satu lagi bahan alami yang boleh melegakan batuk ialah daun pudina. Menthol dalam pudina begitu melegakan tekak dan pernafasan dan memecahkan mukus.


Sediakan teh pudina tanpa gula, minum ketika masih suam. Sangat melegakan. Selain itu, anda boleh menggunakan minyak pudina yang dicampurkan dengan air panas dan dijadikan stim pada wajah.




Selamat mencuba ya! - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2016 04:13 PM | Show all posts
good info. noted.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4039 Replies : 51
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24480 Replies : 72
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54828 Replies : 1064
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18292 Replies : 19
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277109 Replies : 1518
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.040833 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list