Kongsi Tular

CARI-MAMS Lv.24

Fav
Oleh Adib ZA

Sejak beberapa hari ini, sebuah rumah tradisional Melayu menjadi perhatian di laman sosial. Masakan tidak, lokasi rumah tradisional itu yang terletak di tengah-tengah kawasan pembangunan Kuala Lumpur sudah cukup membuat orang berasa takjub.


Dikenali sebagai Rumah Degil, ia berlokasi di Jalan Chow Kit dan telah berdiri di situ sejak berabad lamanya. Dilaporkan ia dibangunkan sekitar tahun 1926 dari satu kawasan yang lapang, sehinggalah dihimpit dengan bangunan pencakar langit.















Ia bukanlah satu berita yang baru, namun perkongsian di laman sosial baru-baru ini, lebih banyak memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kewujudan elemen yang boleh dipanggil warisan ini.


Ia didiami oleh seorang nenek yang bernama Norma Manjawali yang telah tinggal di situ sejak lahir pada tahun 1932.











Kini, Rumah Degil tiada lagi di Chow Kit, apabila ia telah diceraikan (bukan dirobohkan) satu persatu untuk tujuan pembinaan semula di lokasi lain.


Ia dilakukan oleh satu pasukan, dipanggil 'Rumah Pusaka Chow Kit' atau RPCK yang menjadi badan yang secara sukarela berusaha memelihara warisan asli di Kuala Lumpur.


Memetik laman The Vocket, RPCK bakal membina semula rumah itu selepas mendapat dana dan mengenalpasti tapak yang sesuai. Nenek Norma pula kini dilaporkan tinggal bersama anak perempuannya di Putrajaya.











Semoga kisah yang sedikit tentang Rumah Degil ini membuka mata lebih ramai pihak tentang warisan yang harus dipertahan agar ia tidak mudah ditelan dengan pembangunan dan juga wang ringgit. - CARI Infonet



Sumber: Facebook Rumah Pusaka Chow Kit
4613 Views
21 Reply Reverse order

minah_kidal Lv.6 2#

da mcm cerita UP

kyleril Lv.8 3#

heritage tu..biar je kat situ,,bagi cantik cantik..

Artemesiaa Lv.17 4#

Tapi kalau nak dijadikan tarikan pelancong pun susah sebab kawasan sekelilingnya kurang memberangsangkan untuk tujuan itu

giyomi Lv.9 5#

Nape lak nak diceraikan dan dicantumkan kat tpt baru, biar jelar kat situ. Nmpak sgt tpt asal ni nak diambil wat bangunan tinggi.

-electrifying- Lv.13 6#

heritage yg ptot dipelihara

system_failure Lv.12 7#

Precious   


ipes2 Lv.24 8#

heritage harus dijaga; kerana heritage lah kita boleh clain asal usul kita. bangsa lain tu, cara depa buat tangga rumah depa, dan cara depa jeruk sayur mereka tu, kekal terpelihara dari 2-3000 tahun sudah. Kita ni, entahlah.. nak tulis pon kot panjang sgt

missDollie Lv.10 9#

Tringat arwah tokwan aku bina rumah kampung..dia capture gambar satu per satu bila siap..Dari pacak tiang sampai La pasang tingkap..sayang nye rumah degil dah tak ada di tempat asal..

chimpera Lv.3 10#

Quote: missDollie: Tringat arwah tokwan aku bina rumah kampung..dia capture gambar satu per satu bila siap..Dari pacak tiang sampai La pasang tingkap..sayang nye rumah d ...


waa boleh buka thread baru ni pasal umah tokwan u

uniq61 Lv.10 11#

Quote: heritage tu..biar je kat situ,,bagi cantik cantik..

Quote: Nape lak nak diceraikan dan dicantumkan kat tpt baru, biar jelar kat situ. Nmpak sgt tpt asal ni nak diambil wat bangunan tinggi.


SETUJU DENGAN KORANG...
DAH BUKAN WARISAN LAGI......DAH HILANG..TAKDE MAKNANYA LAGI...
RUMAH DEGIL TU DAH RAMAI TOLONG ORANG LUAR BANDAR...
SEKARANG HANYA TINGGAL KENANGAN...

HannahMontana 12#

Quote: ipes2 replied at 3-3-2016 10:58 PM
heritage harus dijaga; kerana heritage lah kita boleh clain asal usul kita. bangsa lain tu, cara dep ...

mcm mana pula kalau org kata ko xmahu menerima perubahan , xmahu lebih maju dgn teknologi sekarang ,kenapa nak guna kaedah dulu2...
mcm mana nak jwb kalau org tanya mcm itu ?!!

dan....mcm mana nak bersaing kalau masih di takuk lama?!!

merrissa Lv.14 13#

siap peace lagi tuh acik

ipes2 Lv.24 14#

Quote: HannahMontana replied at 15-5-2016 03:31 PM
mcm mana pula kalau org kata ko xmahu menerima perubahan , xmahu lebih maju dgn teknologi sekarang ...

perubahan tu berbeza dari penjagaan warisan; jika train system masih tahun 60an, ha ini memang tak maju lah.
org yg tak tahu nilai history adalah org yg nnt akan rugi. nnt kita tak tau asal usul kita.

TerompahMerah Lv.3 15#

sygnya...nape nk pindah tmpat baru pulak...ermmm....

HannahMontana 16#

Quote: ipes2 replied at 16-5-2016 01:58 AM
perubahan tu berbeza dari penjagaan warisan; jika train system masih tahun 60an, ha ini memang tak ...

xmenjawab soalan tp , boleh lahhhhhhhhhhhhh drp xjwb langsung .

thanks !

jari10 Lv.7 17#

Sadly..selama ini pun Malaysia bukannya serius menjaga dan memulihara warisan negara. :zz

spiderman80 Lv.14 18#

Quote: jari10 replied at 17-5-2016 08:45 PM
Sadly..selama ini pun Malaysia bukannya serius menjaga dan memulihara warisan negara. :zz

Bab ni, Malaysia harus banyak belajar dari Singapore.

ipes2 Lv.24 19#

Quote: HannahMontana replied at 17-5-2016 09:08 AM
xmenjawab soalan tp , boleh lahhhhhhhhhhhhh drp xjwb langsung .

thanks !

negara negara maju semua menjaga heritage nyer, dan mereka sgt tinggi mutu persaingannya.. cuba tgk germany, UK, italy, japan, korea etc.. depa betul betul jaga tradisi dan heritage. menjaga benda lama tidak semestinya ditakuk lama.

memelihara identidy berbeza dgn mencari kemajuan

HannahMontana 20#

Quote: ipes2 replied at 18-5-2016 03:57 AM
negara negara maju semua menjaga heritage nyer, dan mereka sgt tinggi mutu persaingannya.. cuba tg ...

ok puashati .

Thank You !
12Next