CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1546|Reply: 6

[Tempatan] Lumba motosikal lebih baik di litar lumba - menteri

[Copy link]
Post time 27-2-2016 11:16 AM | Show all posts |Read mode
KUALA TERENGGANU, 27 Feb — Kementerian Pengangkutan akan membuat kajian terperinci berhubung cadangan mahu membenarkan golongan mat rempit berlumba di jalan raya di ibu negara kerana perkara itu akan melibatkan banyak pihak dengan risiko tertentu.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kajian menyeluruh perlu dilakukan untuk mengatasi masalah kesesakan jalan raya yang bakal berlaku di kawasan yang dikhaskan untuk mat rempit itu selain risiko kemalangan melibatkan golongan itu.

“Paling mustahak jika cadangan itu dilaksanakan, pihak terlibat perlu mengenal pasti penutupan kawasan-kawasan tertentu untuk aktiviti perlumbaan di jalan raya perlu memenuhi syarat keselamatan yang ditetapkan.

“Saya rasa semua pihak perlu tahu menunggang motosikal dengan laju boleh membunuh jadi cadangan itu perlu dikaji dengan mendalam... keselamatan penunggang amat penting dan pendapat saya lebih elok sekiranya mereka pergi ke tempat yang lebih selamat contohnya ke litar F1 di Sepang kerana kalau menunggang secara laju di bandar raya adalah tidak digalakkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk kerajaan menyediakan litar perlumbaan motosikal di kawasan tertentu di ibu negara untuk anak muda yang berminat berlumba.

Cadangan itu akan dilakukan dengan penutupan jalan kepada kereta selama beberapa jam di jalan yang akan dikenal pasti bertujuan memberi pilihan kepada golongan muda untuk melakukan aktiviti perlumbaan secara lebih baik berbanding perlumbaan haram yang dilakukan sekarang.

Terdahulu, beliau merasmikan Karnival Chap Goh Mei di Kampung Cina di sini semalam yang turut dihadiri Pengerusi MCA negeri Terengganu, Datuk Toh Chin Yaw.

Ditanya mengenai kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk mengheret mereka yang memandu tanpa lesen ke mahkamah, beliau berkata cadangan itu sangat bernas untuk keselamatan pengguna jalan raya.

“Ini bukan soal hendak denda rakyat Malaysia, tetapi kita sayang rakyat Malaysia dan penguatkuasaan seperti ini diharap mampu mendidik masyarakat untuk mematuhi undang-undang jalan raya,” katanya. — Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2016 11:28 AM | Show all posts
La... masih nak main kaji2.
Dah betul la tu... nak betul2 berlumba buat kat litar la.
Org lain dok pening pasal jem, kadar kematian kat jalan raya ko masih nak fikir utk benarkan mat rempit tu berlumba. Doakan je kalau dia org berlumba, nak mampus baik pergi mapus sorang2. Jangan dok libat org lain.
Ataupun mintak dia org mampus cepat dr menyusahkan org
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2016 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Amat jarang penunggang motosikal, mat rempit or wutever yg accident sampai pengguna jalan raya lain mati atau parah. Kalau dorang accident, selalunya dorang yang jalan sama ada dorang salah atau tak. Selalunya yang banyak menyusahkan manusia lain bila accident mostly pemamdu Kereta,Lori Dan bas.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2016 12:27 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 27-2-2016 12:38 PM

Kenapalah kerajaan tak mau buat satu one sport center yang lengkap di Kuala Lumpur untuk semua peringkat umur? Padang golf siap dengan sauna,gym, swimming pool, restaurant, snoker , kelab isap cerut tu boleh buat? Tapi dimana kemudahan untuk semua rakyat yang tidak mampu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2016 02:12 PM | Show all posts
Sepang background tak lawa. Diorang suka street racing.. thrill tu lain.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2016 07:21 PM | Show all posts
Menteri Pengangkutan - 1
Menteri Wilayah - 0

Next.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2016 07:23 PM | Show all posts
Menteri Wilayah: If yu kennot beet dem, joinT dem.

Menteri Pengangkutan: Kepala tengkorak kau... ini soal keselamatan awam laa dol.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.783265 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list