CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
12Next
Return to list New
View: 4799|Reply: 28

Ilmu Dapur Buat Yang Baru Bergelar Isteri

[Copy link]
Post time 10-2-2016 06:22 PM | Show all posts |Read mode




Oleh : Fyruz Hanna


Memang tak semua wanita dilahirkan tahu memasak. Namun bagi yang baru bergelar isteri jangan panik jika memasak bukan dalam senarai hobi anda.


Bak kata orang tua, tak tahu boleh belajar, jom kita belajar perkara asas memilih bahan masakan untuk mengisi perut cik abang tercinta


1. Ayam – pastikan daging dan kulitnya warna merah. Jika sudah berwarna biru jangan beli, itu tanda daging ayam sudah busuk.

2. Ikan – cari ikan yang nampak berkilat dan lihat juga matanya. Cari mata ikan yang warna cerah dan berlendir. Ini tanda ikan baru.  

3. Udang - warna masih merah dan kulit belum tanggal. Jangan beli kepala udang yang sudah hitam dan badan lembik.

4. Kerang - cengkerang tertutup. Ada juga yang pilih isi kerang yang berwarna merah dan terkeluar sedikit. Tanda kerang masih baru.

5. Ketam – lihat warna cengkerangnya, terutama bahagian atas dan juga pada sepit. Warna kebiruan menandakan ketam segar. Boleh juga timbang ketam menggunakan, yang berat tanda isi padat.

6. Kubis - pilih yang ringan dan bila dipotong nampak rongganya besar. Kobis ini selalunya manis dan sedap.

7. Sawi – pilih daun lebar tapi batang kecil. Sawi yang batang besar biasanya pahit.

8. Timun- pilih yang lurus dan pangkalnya tak banyak warna hijau. Timun yang banyak warna hijau selalunya pahit.

9. Tomato- pilih yang ada sedikit warna hijau, jangan semua merah. Ini tanda isinya padat dan ranggup. Tomato yang berwarna merah semuanya bermakna sudah betul-betul masak dan selalunya tidak  tahan lama.

10. Keledek- pilih yang bentuk lurus, kulitnya bersih.


Sekurang-kurangnya kini anda tahulah serba sedikit untuk memilih bahan masak. Semoga sedap makanan anda nanti. Selamat mencuba -CARI Infonet.


Sumber: vanillakismis
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 10-2-2016 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Beli udang merah?

lobster kerrrrr?

kalau udang biasa bukan kaler merah tu dah nak busuk/rosak kerrrr
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2016 07:09 PM | Show all posts
blackwidowbae replied at 10-2-2016 06:31 PM
Beli udang merah?

lobster kerrrrr?

udang warna merah maksudnya masih segar, cuba perhatikan bahagian kepala.. jangan ambil udang yang kepala sudah hitam kerana ia tanda lama disimpan atau lama dah dinaikkan dari laut.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
CARI-SFG replied at 10-2-2016 07:09 PM
udang warna merah maksudnya masih segar, cuba perhatikan bahagian kepala.. jangan ambil udang yang ...

Ohhh yang bahagian otak udang ker

makcik ingat bahagian kulit badan udang

maafkan makcik salah faham nakkkk
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 12:05 AM | Show all posts
thank you la for the tips..semua nya iols tak tahu...

siapa tahu macam mana nak bezakan daun ketumbar dengan daun sup?  hari tu pergi Jusco nak beli daun ketumbar, tak tahu mana satu..dah google2 gambar pun still tak boleh detect....by the fragrance lagilah I tak tahu nak bezakan...macam sama je semua......  lepas setengah jam memilih yg mana satu, terus tak beli.. so resepi patty burger Prosperity I hari tu takde daun ketumbar...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 07:55 AM | Show all posts
Elle_mujigae:   bg4.png thank you la for the tips..semua nya iols tak tahu...siapa tahu macam mana nak bezakan daun ketumbar dengan daun sup?  hari tu pergi Ju ...


beza dia bau...x salah kalau kita 'petik' daun tu kt market dan try bau... ada bezanya.. selamat mencuba!
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 12:15 PM | Show all posts
nais tips... sape tahu beza jintan manis dengan jintan halus.. or whatever jintan... huhu failed bab ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 12:49 PM | Show all posts
belum jadi isteri pun tips yang bgus.. sb maya now nk start masak.. saving budget.. huhuhuh
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 11-2-2016 01:38 PM | Show all posts
Elle_mujigae:   bg4.png thank you la for the tips..semua nya iols tak tahu...siapa tahu macam mana nak bezakan daun ketumbar dengan daun sup?  hari tu pergi Ju ...


Daun ketumbar ni baunya kuat dan agak tengik. daun sup bau dia sikit jer
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 02:08 PM | Show all posts
rosasen replied at 11-2-2016 07:55 AM
beza dia bau...x salah kalau kita 'petik' daun tu kt market dan try bau... ada bezanya.. selamat ...

masa tu kita ada petik2 juga dan ramas2 daun tu nak smell kan.... tapi still tak boleh detect beza dia... since bau daun sup pun kita tak tahu mcm mana...


at the end macam dah yakin la tu daun ketumbar tapi bila dah pergi timbang , orang tu letak tag Sadery leaves, tu yg terus tinggalkan je daun tu kat tempat dia balik dan tak beli...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 02:09 PM | Show all posts
Kelipkertas replied at 11-2-2016 01:38 PM
Daun ketumbar ni baunya kuat dan agak tengik. daun sup bau dia sikit jer

itulah..ada baca masa google tu.....Jusco tu letak daun2 semua satu bahagian..bercampur2 dah....
I rasa kena pergi pasar basah tanya makcik seller tu terus nama2 daun ni.....

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 02:13 PM | Show all posts
comel91 replied at 11-2-2016 12:15 PM
nais tips... sape tahu beza jintan manis dengan jintan halus.. or whatever jintan... huhu failed bab ...

jintan halus tu jintan putih is it..?

kita google jumpa blog ni...

http://inspirasi-dapurku.blogspot.my/2014/11/jintan-putih-vs-jintan-manis.html


Jintan Putih




Jintan manis..



Tengok kedua-dua herba ini macam sama jer kan ...??


  • Jintan putih (Cumin) mempunyai bau yang sangat kuat.Berbentuk seperti padi dan lebih besar dari jintan manis (Fennel)
  • Jintan putih (Cumin) biasanya digunakan untuk aroma. Biasanya Jintan Putih di goreng kering atau "Di sangai" tanpa minyak dan di tumbuk untuk menaikkan bau.
  • Jintan Manis (Fennel)  berbau harum dan saiznya kecil daripada Jintan putih. Warna Jintan manis sedikit gelap jika dibandingkan dengan Jintan Putih.
  • Jintan manis  (Fennel) biasanya di gunakan untuk masakan berempah seperti kari,rendang,sup. Ia biasanya di gunakan untuk penambah perisa.
  • Nama lain bagi Jintan Manis -Fennel (B.English), Adas Pedas ( Indonesia), Sohikirai (Tamil)..



still kena detect by fragrance..kalau tengok rupanya mmg susah nak beza...






Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 03:17 PM | Show all posts
Mostly pasaraya skrg dah ada label kan.. so senang nk kenal ikan,sayur, rempah ratus... tapi yg slack nye kalau diorg silap letak..haha... so in the end kena ada ilmu jgk xleh bergantung pada label je...

iolss still blur ngn ikan selar/sardin/selayang walopon dah berjuta kali ikut mak pi pasar...wakaka...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 03:41 PM | Show all posts
Daun bawang tau...pnjg2 n kurus2 tu...daun ketumbar tk pernah beli lak......jintan manis n jintan putih je niasa kami gna...beli yg fh siap2 dlm paket....
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 04:46 PM | Show all posts
adik iols kalau suh masak xnak nye.

dah selalu sgt mak masak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru thuu. Tips 6,7,8,9 tu bagus sgt2. Hehehe mmg elak mkn sayur2 pahit ni.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 12-2-2016 01:30 AM | Show all posts
cool...stuffs , i learnt new things today.

tapi bila mai masa nak makan , grab je  yg masih ada dalam basket around say, 9 pm ? hahahahahah


well...kalau anyone dari food tech or culinary sciences boleh terangkan mekanisme di atas  - macam hubungan kubus isi ada rongga lebih manis tu, macam mana  , best gak

6. Kubis - pilih yang ringan dan bila dipotong nampak rongganya besar. Kobis ini selalunya manis dan sedap.


i mean this is interesting actually ..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 12:27 PM | Show all posts
Tapi kalau pegi supermarket mostly mata ikan merah. Acano
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayam tu bukan kalau yg xmerah dan kaler agak pucat tu tandanya penyembelohn sempurna ker?semua drh habis drained.tp jgn beli yg biru lah
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 11:22 PM | Show all posts
thanks for the tips
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

13-8-2022 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.259690 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list