CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1625|Reply: 0

[Tempatan] Tayar belakang pesawat AirAsia meletup sebaik mendarat di Sibu

[Copy link]
Post time 18-12-2015 08:15 AM | Show all posts |Read mode
Tayar belakang pesawat AirAsia meletup sebaik mendarat di Sibu
Kejadian itu mengakibatkan satu unit lampu di tepi landasan mengalami kerosakan. - Foto hiasan



[size=100%]SIBU, 17 Disember:
Sebuah pesawat A320 AirAsia tidak dibenarkan berlepas dari Lapangan Terbang Sibu, malam ini, selepas tayar belakangnya meletup sebaik sahaja mendarat kira-kira jam 7.20 malam tadi.
Pengurus Malaysia Airport Berhad Sibu, Zainuddin Abu Nasir berkata, kesemua 138 penumpang serta enam anak kapal penerbangan AK6440 itu tidak mengalami kecederaan, dan pesawat tidak dibenarkan berlepas, setelah diarah ke ‘Bay 3′, sebaik sahaja mendarat.
Beliau berkata, kejadian itu mengakibatkan satu unit lampu di tepi landasan mengalami kerosakan, namun ia tidak menjejaskan jadual penerbangan lain pada malam ini.
“Pesawat sudah diletakkan di ‘open bay’ kami dan sedang dibaiki, manakala lampu landasan sudah ditukar,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, penumpang yang sepatutnya menaiki penerbangan dari Sibu ke Kuching pada jam 7.50 malam tadi, terpaksa menunggu sebuah pesawat AirAsia lain yang dijangka berlepas awal pagi nanti.

Menurutnya, punca kejadian itu masih dalam siasatan.
Sementara itu, difahamkan kejadian tersebut mengakibatkan kelewatan selama beberapa jam bagi dua lagi penerbangan, MH3383 ke Kuching dan MH3660 ke Miri.


trp

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.041604 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list