CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8312|Reply: 1

Ketagih Minum Kopi? Semak 18 Produk Kopi Berbahaya Untuk Lelaki

[Copy link]
Post time 17-12-2015 08:56 PM | Show all posts |Read mode


Kredit Foto: foodswol
Kopi Jantan.Terlalu banyak lambakkan peket kopi segera pelbagai jenama di pasaran tempatan. Ada di antaranya hadir sebagai ‘ubat kuat’ buat lelaki dewasa.
Ia berupa serbuk kopi yang telah dicampur dengan ramuan herba dikatakan sangat efektif untuk mampu membantu para lelaki ketika melakukan hubungan seks dengan pasangan, terutama bagi mereka yang mempunyai masalah ejakulasi semulajadi, air mani cair, lemah nafsu syahwat dan kurang tegang ketika ereksi serta membantu memulihkan stamina setelah seharian penat bekerja.
Bagi sesetengah orang, menikmati minum secawan kopi di pagi dan petang hari terasa cukup nikmati. Apatah lagi, apabila dicicah dengan biskut kering.
Biarpun terdapat banyak manfaatnya, efek negatif minum kopi pasti juga ada. Lebih-lebih lagi apabila ia sudah dicampur pelbagai ramuan herba dan bahan kimia yang dikatakan dapat meransang nafsu seks.
Sebagai pembeli atau penggemar kopi jantan, anda perlu berhati-hati serta membuat semakan terlebih dahulu. Pastikan kopi jantan yang anda beli atau nikmati itu bukan daripada jenis kopi yang berbahaya mengandungi bahan kimia beracun seperti ‘Tadanafil’, ‘Sildenafil’, ‘Sibutramine’ dan ‘Dexamethasone’ ataupun sudah diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM).
Kesan sampingan bakal dialami oleh seseorang yang mengambil minuman berkenaan ialah sakit kepala melampau, menggigil, berpeluh,muka merah, pening, mual, sakit perut, gangguan penglihatan, sakit dada, denyutan jantung menjadi laju, stroke, kehilangan potensi seks secara kekal sehingga menyebabkan kematian.
Berikut 18 produk kopi berbahaya dan telah diharamkan oleh KKM:
  • KOPI ANGGOK
  • KOPI ASMARA
  • KOPI BAGUS AAA
  • KOPI CAMPURAN KEDAI KOPI ALI BAGUS
  • KOPI HARI-HARI MAU
  • KOPI JANTAN TRADISIONAL
  • KOPI PAHLAWAN
  • KOPI PAK GURU
  • KOPI PAK SHEIKH
  • KOPI PANGGUNG AL-AMBIAK
  • KOPI SUPER ANGGOK
  • KOPI TENAGA TOK LEBAI PLUS
  • BRAZILIAN PROMAN-CATUABA COFFEE BLEND
  • BRO ALI COFFEE
  • CAFé ABANG YES
  • EXTREME – ENERGY COFFE
  • KNIGHT COFFEE
  • KOLEKCAFE POWER PLUS
(Semua produk ini telah dibatalkan pendaftaran/tidak berdaftar/tidak bernotifikasi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan tidak dibenarkan dijual di pasaran.Anda boleh menyemak senarai produk yang mengandungi bahan terlarang yang telah dikeluarkan oleh KKM di laman web www.pharmacy.gov.my)
Info Ekstra
6 Bahaya Kopi Buat Kesihatan
1.Boleh menyebabkan denyutan jantung menjadi lebih cepat daripada biasa.
2. Jika minum kopi secara berlebihan, risiko terkena serangan jantung dan stroke lebih tinggi.
3. Boleh menimbulkan masalah gejala insomnia atau susah tidur apabila diambil secara berlebihan.
4.Kopi yang diminum secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran bagi ibu hamil.
5. Pengambilan kopi yang berlebihan boleh melemahkan daya ketahanan tubuh. Kafein dalam kopi boleh menyerap mineral dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh, sehingga membuatkan anda cepat kehilangan cairan dalam tubuh.

http://www.wom.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2015 10:59 AM | Show all posts
haha....minum jgn x minum
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
kuku78644akku
Views : 505 Replies : 0
akku
kuku78644akku
Views : 1415 Replies : 0
Pesta Guan Gong: Jalur  Gemilang,bendera Thailand, Vietnam turut dikibarkan
AbahmungPesta Guan Gong: Jalur Gemilang,bendera
Views : 21555 Replies : 53
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 44428 Replies : 29
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 45218 Replies : 51
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55662 Replies : 1082
Update : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas Suami Kongsi Perkara Sebenar ...Nurin Alisa  Terjah Majlis Nikah Bekas Suami di Masjid Serah Saman Nafkah Tertunggak Depan Muka
YgBenarUpdate : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas S
Views : 11576 Replies : 216
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201595 Replies : 4026
Perang nuclear? Wat to do? lindungi diri, kurangkan radiasi, stay alive.
TTun_TejaPerang nuclear? Wat to do? lindungi diri
Views : 28518 Replies : 3
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 19475 Replies : 44

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 05:03 AM GMT+8 , Processed in 1.533971 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list