CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
123Next
Return to list New
View: 7894|Reply: 46

Satu Famili jadi Barbie

[Copy link]
Post time 4-12-2015 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Siputjelly at 4-12-2015 10:17 AM

Bagaimana si ibu, begitulah si anak. Sudah pasti kecantikan Valeria Lukyanova yang digelar ‘Barbie Hidup’ diwarisi daripada darah dagingnya sendiri, Irina Pashkeeva.

Ibu dan anak perempuan ini kelihatan sama dari segi rambut berwarna platinum perang dan bentuk mata serupa. Apa yang membezakan cuma Irina Pashkeeva kelihatan lebih tua dan ada kedutan di wajahnya

Menurut Valeria, ibunya banyak memberi sokongan dan ilham kepadanya untuk menjalani kehidupan seperti seorang ‘bintang.’


Bagaimana si ibu, begitulah si anak. Sudah pasti kecantikan Valeria Lukyanova yang digelar ‘Barbie Hidup’ diwarisi daripada darah dagingnya sendiri, Irina Pashkeeva.

Ibu dan anak perempuan ini kelihatan sama dari segi rambut berwarna platinum perang dan bentuk mata serupa. Apa yang membezakan cuma Irina Pashkeeva kelihatan lebih tua dan ada kedutan di wajahnya

Menurut Valeria, ibunya banyak memberi sokongan dan ilham kepadanya untuk menjalani kehidupan seperti seorang ‘bintang.’


“Buku-buku milik ibu memberi motivasi kepada saya untuk melakukan meditasi, yoga dan mengembara ke seluruh dunia,” katanya.

Seperti dirinya, ibunya juga mengikuti diet ketat untuk mengekalkan penampilan diri walaupun sebahagian tubuhnya kelihatan agak meragukan.

Meskipun wanita Ukraine ini menjadi sensasi di Internet, Valeria meraih perhatian sama ada daripada peminat atau pengkritik yang memberi pelbagai tanggapan mengenai kecantikannya.

Bagaimanapun, dia tidak harus dipersalahkan 100 peratus dalam hal ini kerana ibunya menerima baik penampilan mereka yang digelar dua beranak ‘manusia patung.’

Lebih mengejutkan, bapa Valeria, Valery Lukyanov juga berpenampilan seperti patung hidup.

Walaupun tidak kelihatan asli pada pandangan kebanyakan orang kerana wajahnya dikatakan lebih banyak ‘dirapikan’ menerusi pembedahan plastik dan botoks, dia tak kisah.

Malah, dia seolah-olah cuba mencuri publisiti yang diraih anak dan isterinya.

Valery berkata, dia tidak kisah dengan penampilan anaknya kerana isterinya juga mempunyai minat dan kecantikan sama.

Selain ibu dan bapa Valeria, datuk dan neneknya juga memiliki wajah yang hampir sama kecuali bentuk tubuh. Wajah si nenek mungkin serupa dengan patung Barbie yang sudah tua, begitu juga dengan si datuk!

Memetik kata-kata Valeria dalam akhbar The Sun: “Ramai orang fikir anda hanya perlu memiliki wajah cantik untuk berjaya tetapi itu tak benar. Hanya rohani dalaman boleh membawa hasil memuaskan.”

Valeria sebenarnya sudah menemui pilihan hati dan berkahwin. Walaupun ada orang mungkin tidak menyukai diri dan penampilannya, Dmitry Shkrabov menyokong isterinya sepenuh hati dan sangat menyintainya tanpa mempedulikan segala komen negatif.

“Dmitry sentiasa berada di sisi saya. Dia menyayangi dan menyokong saya. Dia sukakan saya sama ada dengan atau tanpa mekap.

“Dia menjadi seorang ‘vegetarian’ lebih awal daripada saya. Dia sukakan aktiviti luar seperti memanjat gunung dan pernah menakluki Gunung Elbrus. Kami bersedia untuk mendaki Gunung Everest, pergi ke Nepal dan barisan pergunungan Himalaya,” kata Valeria.

Dalam perkembangan lain, Valeria diterbangkan ke New York oleh majalah V untuk ditemu bual dan menjalani penggambaran fesyen oleh Sebastian Faena, jurugambar model terkemuka dari Argentina.

Popularitinya melonjak apabila fotonya di Internet menunjukkan rambutnya berwarna perang, ukuran pinggang yang sangat kecil, berdada montok, mata besar kehijauan umpama permata dan berkulit licin sehingga digelar Barbie Hidup.

Namun, ramai mempersoalkan sama ada tubuhnya benar-benar asli atau melakukan pembedahan untuk kelihatan sebegitu. Ia mungkin tidak tepat secara saintifik tetapi Valeria sememangnya dekat dengan dunia Barbie.

“Ramai berkata buruk kepada mereka yang ingin menyempurnakan diri sendiri.

“Ia kerja keras tapi mereka menolak dengan menganggapnya sebagai sesuatu yang dilakukan pakar bedah atau artis grafik. Tetapi saya tidak ambil serius tuduhan itu, sebaliknya berbesar hati. Kejayaan sememangnya sebegitu.

“Saya gembira kerana walaupun mereka menganggap saya tidak asli, itu bermakna saya melakukannya dengan baik,” katanya.

Barbie Hidup ini yang turut dikenali dengan ‘nama kerohanian’ Amatue, tidak bimbang dengan perhatian masyarakat.

“Benar, saya kini menjadi ikutan. Setiap wanita cantik dengan ciri-ciri halus dan kurus akan kelihatan seperti anak patung. Saya tak nafikan keadaan itu membuatkan saya terpengaruh dengan persepsi orang ramai,” katanya.

-harian metro nuansa-

kaya betul diorang ni. banyak tempat kena operate.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2015 10:11 AM | Show all posts
Edited by Siputjelly at 4-12-2015 10:15 AM








Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 10:18 AM | Show all posts
macam cantik jek gamabr kecik tu...

cer besarkan sikit.....
gambar2 lain takde ke..?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2015 10:29 AM | Show all posts
Edited by Siputjelly at 4-12-2015 10:32 AM




bersama datuk neneknya





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2015 10:33 AM | Show all posts
Edited by Siputjelly at 4-12-2015 10:37 AM

bersama rakan baiknya



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2015 10:35 AM | Show all posts
seri_mawr replied at 4-12-2015 10:18 AM
macam cantik jek gamabr kecik tu...

cer besarkan sikit.....

aku dah cuba besarkan, itu je besar saiznya. hahaaa
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 10:35 AM | Show all posts
nmpk cem patung ha...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 10:36 AM | Show all posts
Siputjelly replied at 4-12-2015 10:35 AM
aku dah cuba besarkan, itu je besar saiznya. hahaaa

takpe2...aku dah tgk kat google tadi...

aku berkanan tgk muka mak dia....hahahhaa...yang tgh2 tu kan..?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2015 10:38 AM | Show all posts
seri_mawr replied at 4-12-2015 10:36 AM
takpe2...aku dah tgk kat google tadi...

aku berkanan tgk muka mak dia....hahahhaa...yang tgh2 t ...

yupp yg tengah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2015 10:39 AM | Show all posts

memang dia operate sebijik macam patung barbie tu haaa. satu family pulak tu aihh, yg datuknya pun tak boleh betul
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 10:43 AM | Show all posts
Siputjelly replied at 4-12-2015 10:39 AM
memang dia operate sebijik macam patung barbie tu haaa. satu family pulak tu aihh, yg datuknya pun ...

itu lah kan.. haru sungguh..
ni taktau la nk ckp cantik ke ape...
seram pun ade...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 10:48 AM | Show all posts
cantik, tp lama2 tgk mcm takut pulak
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 12:10 PM | Show all posts
takut tengok... pilihan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 12:22 PM | Show all posts
pelakon kah?  

tapi nampak cantik

cuma tengok2 lelama nampak pelik pulak
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 12:26 PM | Show all posts
le buat cite barbie versi manusia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2015 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
NaylaArisha replied at 4-12-2015 12:22 PM
pelakon kah?  

tapi nampak cantik

model.
kannn tengok lelama seram jee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2015 12:54 PM | Show all posts
kalu dia senyum nampak ngeri x? ke sweet?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2015 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingsenyum replied at 4-12-2015 12:54 PM
kalu dia senyum nampak ngeri x? ke sweet?

takde gambar dia tengah senyum pun, semuanya masam gitu.
sweet lah kot, kata barbie
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2015 02:39 AM | Show all posts
ni bukan barbie tapi cam anime jepun..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2015 02:17 PM | Show all posts
nmpak scary je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-9-2022 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.092901 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list