CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2756|Reply: 0

Lelaki Pendek Susah Cari Pasangan, Betul Ke?

[Copy link]
Post time 13-11-2015 05:15 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO



sumber foto : http://www.denyolar.com/





Kebanyakan lelaki yang berketinggian rendah biasanya rasa malu apabila berdepan dengan wanita tinggi. Malah, ada beranggapan tidak berpeluang untuk mempunyai pasangan.




Tapi tahukah anda lelaki yang rendah atau pendek orangnya juga mempunyai kelebihan tanpa disedari?  




Perwatakan yang tertera berikut pasti mampu menambat hati semua kaum hawa tidak kira yang tinggi ke yang rendah, betul tak?






Lebih Positif
Percaya atau tidak bahawa lelaki berbadan rendah tidak mengambil peduli dengan apa yang berlaku di sekelilingnya. Apa saja yang dimiliki pasti akan dijaga dengan baik tanpa mudah dipengaruhi oleh sekeliling. Anda sebenarnya lelaki rendah yang berani, tegas dan pantang dicabar. Wanita yang suka bidang mencabar pasti mencari anda.





Suka Membuat Kejutan
Lelaki rendah tidak semestinya tidak kacak. Tetapi, sikap romantik dan suka membuat kejutan membuatkan kebanyakan wanita anggap anda lelaki kacak. Kejutan pastinya membuatkan wanita lebih bahagia. Pelakon seperti Tom Cruise bukanlah lelaki yang tinggi tetapi sikap romantisnya membuatkan wanita beratur untuk memenangi hatinya.






sumber foto : http://i.dailymail.co.uk/

Setia Dan Penyayang
Memang tidak dinafikan bahawa lelaki rendah kadang-kadang bermasalah dengan kehidupan sosial kerana kurang yakin dengan ketinggian diri. Dek kerana kekurangan itu, lelaki rendah biasanya sentiasa berusaha untuk membahagiakan pasangannya. Kasih sayang yang diberi sudah tentu membuatkan wanita lebih bahagia dan rasa lebih disayangi. Sudah pasti, anda seorang yang sentiasa menjadi yang terbaik buat pasangan.




Suka Bergurau
Anda dilabel sebagai pak lawak di kalangan rakan-rakan bukan kerana anda bertubuh rendah tetapi anda sebenarnya seorang yang kelakar dan disenangi rakan-rakan sekeliling. Ini bermakna, anda merupakan lelaki yang selesa untuk didampingi dan tidak henti-henti menjadikan hari si dia ceria. Patutlah segelintir pelakon lawak di Malaysia yang mempunyai fizikal tubuh badan rendah lebih ramai mempunyai peminat... “I’m Sorry”!





Jika anda masih tidak yakin, lihat saja selebriti seperti vokalis kumpulan Sum 41, Deryck Whibley yang hanya berketinggian 5' 5" ini tidak pernah lekang dari dihimpit ramai wanita tinggi. Selain itu, Tom Cruise, Keith Urban, Mick Jagger, Ethan Hawke dan Seth Green turut mempunyai pasangan yang lebih tinggi.





Tetapi, anda mungkin lebih tertarik dengan kata-kata di kalangan  orang melayu bahawa suami yang rendah dari isteri, rezekinya lebih murah!- CARI Infonet





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4039 Replies : 51
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24480 Replies : 72
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54828 Replies : 1064
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18292 Replies : 19
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277109 Replies : 1518
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.293185 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list