CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5152|Reply: 29

[Dunia] Penjara Pesalah Kes Dadah Di Indonesia Bakal Dikawal Buaya

[Copy link]
Post time 10-11-2015 09:56 AM | Show all posts |Read mode
Edited by afauzan81 at 10-11-2015 09:59 AM

JAKARTA: Agensi antidadah Indonesia telah mencadangkan agar dibina bangunan penjara di atas sebuah pulau yang dikawal buaya bagi memastikan pesalah-pesalah jenayah dadah tidak terlepas.
Cadangan itu merupakan projek sulung ketua agensi berkenaan Budi Waseso, yang merancang untuk melawat ke beberapa bahagian kepulauan itu untuk mencari reptilia-reptilia tersebut.
“Kami akan menempatkan seberapa banyak buaya di situ. Saya akan mencari jenis buaya yang paling ganas,” ujarnya yang dipetik daripada laman web Tempo.
Budi berkata, buaya adalah pilihan terbaik untuk menghalang pesalah jenayah dadah daripada melepaskan diri dari penjara memandangkan buaya tidak boleh dirasuah.
“Anda tidak boleh merasuah buaya. Anda tidak boleh memujuk buaya untuk membebaskan orang tahanan,” ujarnya.
Bagaimanapun perancangan itu masih di peringkat awal dengan lokasi mahupun tarikh pembukaannya belum diputuskan.
Indonesia sudahpun memiliki undang-undang antidadah ketat, termasuk menjalankan hukuman mati dengan skuad penembak.
Pada April lalu, pelbagai reaksi daripada komuniti antarabangsa diterima negara itu apabila tujuh pesalah jenayah dadahnya dihukum mati.
Presiden Joko Widodo bagaimanapun mempertahankan hukuman tersebut memandangkan negara itu sedang berdepan dengan darurat besar berikutan ancaman najis dadah.
Walaupun dengan undang-undang ketat berkenaan jenayah itu, sistem penjara Indonesia yang mudah dilemahkan dengan amalan rasuah sering kali menyaksikan usaha membanterasnya secara menyeluruh menemui jalan buntu.
- Astroawani

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2015 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus gk idea ni.Aku rasa kt M'sia ni baik letak rimau,singa jaga sempadan,sesapa nk msk secara haram,biar singa ngn rimau ni yg pi 'tangkap' dorang....jimat kos  bela rimau,singa,'makanan percuma' tersedia d sempadan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2015 10:04 AM | Show all posts
rasa macam balik zaman cerita ali baba. but its a good idea.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2015 10:20 AM | Show all posts
Ehh x tepikir pulak...xpayah nak pikir shif mlm ka siang, gaji naik elaun , bonus raya bagai...good idea!
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2015 10:37 AM | Show all posts
Baik letak banduan kat zoo je sis. Bleh lawat dua-dua. Save cost.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2015 10:38 AM | Show all posts
hantar@ boyagombak  je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2015 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape nk feed all the crocs
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2015 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Hewan = 1 , manusia = 0
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2015 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia plak bela piranha cepat skit tinggal tulang... Juga  Setiap kem tahanan pati wajib ada kolam piranha ...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2015 12:01 PM | Show all posts
abis tu, buaya semua habis dimakan
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2015 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahaha goblok anget...mendingan hantar adja ke Pulau Jawa.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2015 12:12 PM | Show all posts
lebih baik dibuat utk pesalah korupsi... biar dia rasa dibaham dek buaya tu..

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2015 12:16 PM | Show all posts
Kerêta_Angin replied at 10-11-2015 12:12 PM
lebih baik dibuat utk pesalah korupsi... biar dia rasa dibaham dek buaya tu..

tinggal separuh la rakyat indon lepas buaya tu baham mat2 indon tu semua..


Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2015 12:22 PM | Show all posts
lavafloor posted on 10-11-2015 04:16 AM
tinggal separuh la rakyat indon lepas buaya tu baham mat2 indon tu semua..

mati satu tumbuh seribu .. saban beranak kembo manjang  
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2015 12:42 PM | Show all posts
Kerêta_Angin replied at 10-11-2015 12:22 PM
mati satu tumbuh seribu .. saban beranak kembo manjang

kenyang pagi petang siang malam la buaya2 kat indon..










Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2015 12:53 PM | Show all posts
buaya darat pun bykkkkkkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2015 12:58 PM | Show all posts
lavafloor posted on 10-11-2015 04:42 AM
kenyang pagi petang siang malam la buaya2 kat indon..

kenyang bila ada banduan yg cuba2 lari je .. kalau takde yg berani.. alamat kebulo la buaya2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2015 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutnye banteras rasuah. Kalo pegawai leh disogok, letak ape pon x jadi ape.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2015 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Buaye penjaga kawasan je tu. Sapa yg lari menyelinap dr penjara siap menunggu la buaya tu. Haha
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2015 02:57 PM | Show all posts
camana nk kawal buaya xkeluar dari kawasan tu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 08:38 PM GMT+8 , Processed in 1.302982 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list