Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
25865
View
154
Reply

Soal Jawab Agama Islam (3)

[Copy link]

Author: ibnur    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Post time 26-2-2016 10:14 PM | Show all posts
Edited by wunan88 at 26-2-2016 10:22 PM

Assalamualaikum,

Saya ada sedikit soalan nak tanya.
1) Bagaimana mahu menjawab dengan berhemah sekiranya kita ditanya oleh orang bukan islam kenapa Nabi Muhammad berkahwin dengan Saidatina Aisyah semasa beliau berumur 6 tahun dan consummate kali pertama semasa beliau berumur 9 tahun. Do you think this is right?

2) They also asked me about do I know that Arab people are practicing thighing and this practice was started by Prophet Muhammad to Aisyah..How do I respond to this kind of question..?

3) Why Islam allow children to get married after they reach puberty?

4) what makes u think god exists?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2016 03:30 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 27-2-2016 05:08 AM
wunan88 replied at 26-2-2016 10:14 PM
Assalamualaikum,

Saya ada sedikit soalan nak tanya.

wa'alaikumussalam warahmatullah

wow saudara bagus sekali kerana menjadi sumber rujukan kekawan yg nak bertanya bagus, dan ini peluang untuk menegakkan kebenaran

oleh itu apa kata kalau saudara merujuk thread ini kerana benda ini pun telah banyak dibincangkan antara aspek yg anda perliu tahu dan faham ialah konsep kenabian, kerasulan, hujah hujah dan bukti fakta.

ini link nya di board current issue di mana kebenaran itu tertegak dan saya harap anda meneliti sumber rujukan dan bukan dakwaan ; dakwaan tak boleh jadi bukti.

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=890531 dan ini juga  thread

di mana persoalan sama dan hinaan sama dilemparkan oleh golonga yg sama walaupun telah diterangkan  ( harap maklum )

http://mforum.cari.com.my/forum. ... nan%2Bkanak%2Bkanak


dan kalau ada apa lagi soalan di board agama ni pun benda ni telah dibimcangkan dalam thread thread terdahulu

di sini jugak thread yg telah membincangkan persoalan saudara berkenaan umur Aisyah.
http://mforum.cari.com.my/forum. ... ht=umur%2B%2Baisyah


so kalau ada apa apa soalan sila bawa atau upkan thread  yg telah sedia ada  dalam board ini untuk elakkan duplicates / lambakan thread, ya.
kalau ada apa apa pertanyaan upkan thread itu, baca perlahan denga mata hati yg melihat kebenaran dan pengertian asa islam yg sebenar.









Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2016 03:33 AM | Show all posts
@mashimaru83

u want to add something to persoalan saudara wunan di atas ?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2016 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
assalamualaikum.

saya keliru wujud ke bedak/krim muka yang boleh bawa solat tanpa bersihkan muka terlebih dahulu.

sy ada terbaca bedak yang tak dibersihkan,apabila mengambil wuduk, akan bercampur air dan bedak jadi air musta'mal..

harap ada yang sudi bagi pencerahan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 10:00 AM | Show all posts
Edited by mnm77 at 1-3-2016 10:01 AM
Carmaskrm replied at 11-12-2015 07:45 AM
Assalamualaikum ust... Sy nak tanya camna caranya yg disunahkan kpd org lelaki yg berseluar pjg nak kencing di tandas awam yg bertandas duduk...

Salam...

Saya tak pasti soalan ni dah dijawab atau belum....

Apabila disebut sunnah, maka kita kena kembali kepada sumber Al-Quran dan Hadith serta penerangan Ulama dari sumber tersebut. Buang air secara duduk adalah sunnah (ini amalan Nabi secara kebiasaan). Namun ada kelonggaran di tempat tertentu yang kotor, ada riwayat yang membolehkan buang air secara berdiri (Ulama menjelaskan ini bukannya sunnah yang biasa dilakukan, dan cara berdiri pun bukannya yang memudahkan orang lain nampak tempat sulit)

Di tandas awam, kalau ada tisu boleh letakkan tisu sebagai pelapik (oleh kerana tak sesuai untuk bertinggung atas tandak duduk). Kalau ada tandas cangkung, pilih yang cangkung. Kalau dah emergency, dah masuk darurat yang dibolehkan, maka boleh berdiri sekadar yang perlu..., dan harus diingat ini bukannya sunnah yang kebiasaan.

2. Camna pula kalau dirmh juga hanya ada 1 bilik air dan bertandas duduk... Bgmn sunahnya utk membuang air kecil... Sedangkan disitu juga merupakan tempat mengambil wuduk... T kasih

Hanya bahagian tandas duduk itu dikira sebagai tandas, dengan syarat najis tidak melimpah keluar ke atas lantai.

WAllahu a'lam


Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 10:06 AM | Show all posts
nenas_tippy replied at 27-2-2016 09:41 AM
assalamualaikum.

saya keliru wujud ke bedak/krim muka yang boleh bawa solat tanpa bersihkan muka  ...
assalamualaikum.

saya keliru wujud ke bedak/krim muka yang boleh bawa solat tanpa bersihkan muka terlebih dahulu.

sy ada terbaca bedak yang tak dibersihkan,apabila mengambil wuduk, akan bercampur air dan bedak jadi air musta'mal..

harap ada yang sudi bagi pencerahan.

Salam...

Kalau nak kepastian, kena tahu juga kandungan bedak tu...

Nak elak keraguan, basuh dulu muka untuk hilangkan kesan bedak, baru ambil wudhu.

WAllahu a'lam

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 10:26 AM | Show all posts
Edited by mnm77 at 1-3-2016 10:30 AM
wunan88 replied at 26-2-2016 10:14 PM
Assalamualaikum,

Saya ada sedikit soalan nak tanya.

Salam...

Harap link jawapan yang diberi oleh mbhcsf dapat membantu tuan/puan untuk buat bacaan lanjut, jika perlu. Saya cuba jawab secara ringkas.

1) Bagaimana mahu menjawab dengan berhemah sekiranya kita ditanya oleh orang bukan islam kenapa Nabi Muhammad berkahwin dengan Saidatina Aisyah semasa beliau berumur 6 tahun dan consummate kali pertama semasa beliau berumur 9 tahun. Do you think this is right?

Dalam Islam, wanita yang dah mencapai umur baligh, sudah dikira dewasa, dan boleh dikahwini. Ukuran umur adalah sekadar umum, tidak semestinya semua perempuan baligh/keluar haidh pada umur yang sama. Sesetengah perempuan capai baligh lebih awal dari sesetengah yang lain, seperti juga lelaki ada yang baligh lebih awal dari yang lain.

Boleh search the youngest mother.... jangan terkejut ada perempuan yang boleh melahirkan anak sebelum umurnya 5 tahun....

2) They also asked me about do I know that Arab people are practicing thighing and this practice was started by Prophet Muhammad to Aisyah..How do I respond to this kind of question..?

That is accusation that we should not believe. Let them substantiate the evidence... why must we answer a question raised from their own accusation? Those who accuse must provide the evidence, then we will answer accordingly to justify their misunderstanding.

3) Why Islam allow children to get married after they reach puberty?

Children who reach the age of puberty is becoming ADULT.

4) what makes u think god exists?

Everything around us, and including ourselves, have systems (in Islam we call SUNNATULLAH)..... through these systems human study and learn many things.... and get many befenits out of them...

Systems cannot come to existence without them being created. For example, to operate a mobile phone, human develop the system consisting of operating system (symbian/android/iOS etc), software, hardware, and use specific frequency (electromagnetic waves) to transfer information. All of these must be developed accordingly so that communication can be used easily.

Do you think the movements of earth, sun and moon are all appear out of coincedence? How come they are in a perfect system moving in specific direction, and spinning at specific rate?

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpang tanya. adakah solat gerhana bulan / solat khusuf dibolehkan?
sy tak pernah dgr solat seperti ni.
search google pun byk source dari indon.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 12:10 PM | Show all posts
system_failure replied at 8-3-2016 10:25 PM
tumpang tanya. adakah solat gerhana bulan / solat khusuf dibolehkan?
sy tak pernah dgr solat sepert ...

Boleh.
Ada riwayat dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim

WAllahu a'lam


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 10-3-2016 08:42 AM | Show all posts
system_failure replied at 8-3-2016 10:25 PM
tumpang tanya. adakah solat gerhana bulan / solat khusuf dibolehkan?
sy tak pernah dgr solat sepert ...


عَنْ عَائِشَةَ: أَنَّ الشَّمْسَ خَسَفَتْ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَبَعَثَ مُنَادِيًا الصَّلَاةُ جَامِعَةٌ فَاجْتَمَعُوا وَتَقَدَّمَ فَكَبَّرَ وَصَلَّى أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ فِي رَكْعَتَيْنِ وَأَرْبَعَ سَجَدَاتٍ


Terjemahan: Dari Aisyah radhiyallahu anha, bahawasanya matahari mengalami gerhana pada zaman Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam. Maka beliau meminta seseorang berseru (memanggil) dengan ash-Shalatu Jamiah (ayuh solat berjamaah). Beliau pun lantas tampil ke hadapan, bertakbir, dan melaksanakan solat dengan dua rakaat yang di dalamnya dilaksanakan empat kali ruku. (Hadis Riwayat Muslim, Bab Solat Kusuuf, 4/444, no. 1501)


عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ الْأَنْصَارِيِّ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ يُخَوِّفُ اللَّهُ بِهِمَا عِبَادَهُ وَإِنَّهُمَا لَا يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ مِنْ النَّاسِ فَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْهَا شَيْئًا فَصَلُّوا وَادْعُوا اللَّهَ حَتَّى يُكْشَفَ مَا بِكُمْ


Terjemahan: Dari Abu Masoud (Uqbah B. Amir) al-Anshary radhiyallahu anhu, beliau berkata: Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:

Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda kekuasaan dari tanda-tanda kekuasaan Allah, yang dengan keduanya Allah hendak menjadikan hamba-hamba-Nya berperasaan takut. Keduanya (matahari dan bulan) tidak mengalami gerhana dengan sebab matinya seseorang manusia dan tidak pula kerana hidupnya seseorang manusia. Sekiranya kamu melihat salah satu dari dua gerhana tersebut, maka solatlah dan berdoalah selagi mana ia dapat kamu lihat. (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Kusuuf, 4/463, no. 1516)


عَنْ عَائِشَةَ أَنَّهَا قَالَتْ: خَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالنَّاسِ فَقَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ ثُمَّ قَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ وَهُوَ دُونَ الْقِيَامِ الْأَوَّلِ ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ وَهُوَ دُونَ الرُّكُوعِ الْأَوَّلِ ثُمَّ سَجَدَ فَأَطَالَ السُّجُودَ ثُمَّ فَعَلَ فِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ مِثْلَ مَا فَعَلَ فِي الْأُولَى ثُمَّ انْصَرَفَ وَقَدْ انْجَلَتْ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسَ فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ ثُمَّ قَالَ إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا ثُمَّ قَالَ يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ وَاللَّهِ مَا مِنْ أَحَدٍ أَغْيَرُ مِنْ اللَّهِ أَنْ يَزْنِيَ عَبْدُهُ أَوْ تَزْنِيَ أَمَتُهُ يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ وَاللَّهِ لَوْ تَعْلَمُونَ مَا أَعْلَمُ لَضَحِكْتُمْ قَلِيلًا وَلبَكَيْتُمْ كَثِيرًا


Terjemahan: Dari Aisyah radhiyallahu anha, beliau berkata:

Matahari mengalami gerhana pada zaman Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam, lalu beliau berdiri dan bersolat bersama-sama yang lain, dengan memanjangkan (melamakan tempoh) berdiri, kemudian ruku lalu memanjangkan (melamakan tempoh) ruku, kemudian berdiri dan memanjangkan tempoh berdiri namun lebih pendek dari tempoh berdiri yang pertama (sebelumnya). Kemudian ruku lalu memanjangkan ruku, namun lebih pendek tempohnya berbanding ruku yang pertama, kemudian sujud dan memanjangkan tempoh sujud. Kemudian mengerjakannya di dalam rakaat yang lain sebagaimana beliau melaksanakannya di dalam rakaat yang pertama. Kemudian beliau beranjak sementara matahari sudah kelihatan, lalu menyampaikan khutbah kepada mereka yang hadir sambil memuji Allah dan menyanjung-Nya. Kemudian beliau bersabda:

Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda kekuasaan dari tanda-tanda kekuasaan Allah, yang gerhana ini berlaku tidaklah berlaku dengan sebab kematian seseorang atau kehidupan seseorang. Sekiranya kamu melihat gerhana maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, solatlah, dan bersedekahlah.

Kemudian beliau bersabda:

Wahai umat Muhammad, demi Allah, tiada seseorang pun yang lebih cemburu daripada Allah sekiranya hambanya yang lelaki berzina atau hambanya yang wanita berzina. Wahai umat Muhammad, demi Allah, sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui, tentu kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Bab Sedekah Di Waktu Gerhana, 4/159, no. 986)


عَنْ أَبِي مُوسَى الأشعري قَالَ: خَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي زَمَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَامَ فَزِعًا يَخْشَى أَنْ تَكُونَ السَّاعَةُ حَتَّى أَتَى الْمَسْجِدَ فَقَامَ يُصَلِّي بِأَطْوَلِ قِيَامٍ وَرُكُوعٍ وَسُجُودٍ مَا رَأَيْتُهُ يَفْعَلُهُ فِي صَلَاةٍ قَطُّ ثُمَّ قَالَ إِنَّ هَذِهِ الْآيَاتِ الَّتِي يُرْسِلُ اللَّهُ لَا تَكُونُ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ وَلَكِنَّ اللَّهَ يُرْسِلُهَا يُخَوِّفُ بِهَا عِبَادَهُ فَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْهَا شَيْئًا فَافْزَعُوا إِلَى ذِكْرِهِ وَدُعَائِهِ وَاسْتِغْفَارِهِ


Terjemahan: Dari Abi Musa al-Asyari radhiyallahu anhu, beliau berkata:

Matahari mengalami gerhana pada zaman Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam, lalu (beliau) berdiri dalam keadaan takut, kerana khuwatir (bimbang) hari kiamat telah tiba, sehingga beliau tiba di masjid, beliau berdiri lalu solat, ruku, dan sujud dengan sangat lama. Aku sama sekali tidak pernah melihat beliau melakukan seperti itu di dalam mana-mana solat pun. Kemudian beliau bersabda:

Sesungguhnya ini merupakan tanda-tanda kekuasaan yang dikirimkan Allah Taala, yang tidak terjadi disebabkan kematian seseorang dan tidak pula kerana kehidupan seseorang, tetapi Allah mengirimkannya untuk menjadikan hamba-hamba-Nya takut. Sekiranya kamu melihat sebahagian gerhana tersebut, maka mohonlah pertolongan dengan berzikir (mengingati Allah), berdoa, dan memohon keampunan kepada-Nya. (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Kusuuf, 4/465, no. 1518)


Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2016 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
ibnur replied at 10-3-2016 08:42 AM
: &# ...

Terima kasih atas perkongsian...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2016 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
assalamualaikum,,trima kasih pada yg telah menjawb persoalan sy sebelum ini.

sy nak tanya...dalam situasi A berhutang dgn B..A pula tak bayar untuk 1 tempoh yang lama..B pula tak menghubungi A dengan alasan si A tahu berhutang pandai2 la ingat.

persoalan sy..A memang dikira berdosa tak membayar hutang..adakah B berdosa sebab tak mengingatkan A (mungkin lupa ada brhutang) walaupun B boleh berbuat demikian.seolah2 membiarkan A berdosa sebab tak bayar hutang B..mohon pencerahan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2016 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
nenas_tippy replied at 6-4-2016 11:43 PM
assalamualaikum,,trima kasih pada yg telah menjawb persoalan sy sebelum ini.

sy nak tanya...dalam s ...


Silap2 B dpt pahala sebab nak meringankan A & bagi fkexibility bila2 nak bayar.

Jadi, saya tak pernah dgr pulak boleh pulak pemberi hutang berdosa semata2 tak ingatkan.

Bottom line, org berhutang wajib bayar. Tak bayar berdosa & klu dia mati shahid pun tak de la free & easy ride ke syurga. Jgn blame pemberi hutang.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 01:21 PM | Show all posts
Assalam..
nak tanya berkaitan dgn harta pusaka
sebelum arwah ayah meninggal beliau memberitahu kpd semua anak2nya tanah dan rumah pusaka hendak lah diserahkan kpd ank bongsu dan separuh tanah yg kosong lg utk cucu lelaki (ank kepada arwah kakak)
apakah ini di anggap wasiat yg mesti ditunaikan walaupun cakap mulut sahaja..
selepas kematian arwah ayah
abg sulung yg menguruskan pembahagian harta telah menukar wasiat tu dgn memberi kpd ank lain (kakak sulung) dan meminta beliau menyerahkan separuh tanah itu kepada ank sedara tersebut (cucu lelaki arwah ayah)
tetapi sehingga hari ini kakak sulung tidak pula memberikan bahagian ank sedara  
sebalik nya ank2 beliau telah mendirikan rumah masing2 di atas tanah tersebut
abang yg dr awal menguruskan nya tidak pula bersuara sehingga ke hari ini
apakah berdosa/salah kami yg tahu ni membiarkan  nya..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 19-4-2016 02:57 PM | Show all posts
haryatie replied at 18-4-2016 01:21 PM
Assalam..
nak tanya berkaitan dgn harta pusaka
sebelum arwah ayah meninggal beliau memberitahu kpd ...

wa alaikumsalam warahmatullah,

Kalau mengikut perundangan di Negara kita, pada masa sekarang, hibah, wakaf atau wasiat yang hanya melalui kata-kata tidak akan diguna pakai.  

Oleh itu, ini pada pandangan saya, hukum yang telah disediakan oleh Allah iaitu Faraid kena dilaksanakan.  Tapi ikut apa yang @haryatie post itu, faraid itu tak dilaksanakan.


Nanti akan lebih rumit lagi masaalah cik haryatie dan mungkin susah diselesaikan sampai cucu cicit.  Sebab pertukaran nama dalam geran atau hakmilik itu mesti ada surat kuasa yang hanya boleh didapati dari Hakim lepas proses faraid dari Mahkamah Syariah, Pejababat harta pusaka atau Amanah Raya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by alasala at 16-5-2016 05:38 PM
wunan88 replied at 26-2-2016 10:14 PM
Assalamualaikum,

Saya ada sedikit soalan nak tanya.


1) Bagaimana mahu menjawab dengan berhemah sekiranya kita ditanya oleh orang bukan islam kenapa Nabi Muhammad berkahwin dengan Saidatina Aisyah semasa beliau berumur 6 tahun dan consummate kali pertama semasa beliau berumur 9 tahun. Do you think this is right?
Jawapan dari saya : Yang mengahwinkan itu Allah. Rasullullah "melaksanakan sesuatu perkara "sesuai dgn kehendak Allah"

2) They also asked me about do I know that Arab people are practicing thighing and this practice was started by Prophet Muhammad to Aisyah..How do I respond to this kind of question..?
Jawapan : Saya tidak memahami soalan

3) Why Islam allow children to get married after they reach puberty?
Jawapan : Allah show it

4) what makes u think god exists?
Jawapan : Ask his/her forgive your action on him/her. Ask his/her show his/her back. Slap harder at his/her and then ask, how it look like? (If his/her say "Are you crazy?). Then you say "If there is no shape on it, then you should understand about IT. Are you crazy asking about God?"
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Carmaskrm replied at 11-12-2015 07:45 AM
Assalamualaikum ust... Sy nak tanya camna caranya yg disunahkan kpd org lelaki yg berseluar pjg nak  ...

Kencing berdiri ni "risiko tinggi" pakaian terkena "air kencing" (lelaki sahaja).

Maka jika hendak kencing duduk dgn hanya buka zip seluar "tetap berisiko tinggi".

Maka sebaik2nya, jika mahu "kencing berdiri", pastikan seluar dibahagian bawah dilipat ke atas dari tengah betis. Ini kerana "impak air kencing itu" mampu mencecah ketinggian 1 kaki dari arah kaki. Dan penelitian rapi "perlu" utk memastikan ketika membasuh kemaluan itu, air tidak terperecik pada seluar ketika dalam 3 basuhan (3 cebok air dari tapak tangan kiri).

Sebenarnya, yg terbaik utk kencing adalah "duduk". Cuma jika berseluar, sukar untuk kencing duduk.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
nenas_tippy replied at 6-4-2016 11:43 PM
assalamualaikum,,trima kasih pada yg telah menjawb persoalan sy sebelum ini.

sy nak tanya...dalam s ...

Barangsiapa yg meringankan kesusahan org lain, Allah mudahkan urusannya dunia dan akhirat.

Pandang ayat ini dahulu kemudian berfikir "mana yg menguntungkan"

Bagi saya, urusan dunia ni jika seseorg itu belum membayar hutang, maka dosa itu terpulang kpd Allah utk tentukan kerana "kehidupan itu ujian dariNya". Menghukumkan dosa itu hanya dariNya" yg mana urusan "dihati" itu hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.

Berlapang dada dgn memandang "nikmat yg Allah beri selama ini" kerana memberikan hutang itu tuntutan Allah, cumanya jika tidak mengikut "syariatNya", maka berlapanglah dada.

Allah Maha Pemurah. Boleh jadi yg diberikan hutang itu belum dapat membayar semula hutang ataupun sengaja tidak mahu membayar hutang akan tetapi yakinlah, Dia pasti ganti yg "lebih baik dari itu" antaranya yg TERBAIK adalah "menghapuskan dosa". Maka bertanyalah "ahli ilmu" pengertian "menghapuskan dosa" semoga kita kembali kpdNya dalam keadaan "redha dan meredhai"

Semoga bermanfaat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita tidak tahu "bila kita akan pergi mengadap Allah swt"

Kisah benar ini saya rakamkan disini mengenai "adik saya" yg meninggal dunia ketika diujiNya penyakit kanser otak.

Arwah adik saya seorg yg pendiam. Ketika dia sakit, habis hartanya dibelanjakan utk "survival" dirinya bersama ibu dan ayah saya. Apa perasaan anda sebagai ibu bapa sekiranya "kita berkira2 ketika menjaga anak yg sedang sakit ini?" Itulah keadaan adik saya ketika itu. Selepas jenazah adik saya dikebumikan, berduyun-duyun "org yg berhutang dgnnya" datang membayar hutangnya. Malah jumlahnya melebihi RM10 ribu. Justeru itu, ketahuilah wahai manusia. Jgnlah kita memandang ciptaanNya itu dgn sebesar2 kesombongan. Kerana boleh jadi yg tidak berdaya itu jualah yg "bakal membantu kita" ketika dikembalikan kpdNya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2016 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum.. Apakah hukum tawaf wada umrah apabila seseorang itu tanpa dia sedari mengambil gambar sekeluarga setelah selesai tawaf wada yang bertujuan sebagai kenangan sahaja. Dan apakah dibolehkan berehat di bilik hotel untuk menantikan waktu pulang ke jeddah. Waktu melakukan tawaf tersebut adalah pada hari jumaat, mutawif mengarahkan agar melakukan tawaf pada waktu pagi.. Manakala meninggalkan makkah pada 2.30 petang. Terima kasih untuk jawapannya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.080997s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list