Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
26427
View
157
Reply

Soal Jawab Agama Islam (3)

[Copy link]

Author: ibnur       Show all posts   Read mode

Author
 Author| Post time 5-10-2018 08:59 AM | Show all posts

RE: Soal Jawab Agama Islam (3)

noriam replied at 11-9-2018 12:46 PM
Sya nk minta pendpat...Kawan sya ingin mendirikan rumah tangga...Skrng berstatus janda...Kwan saya n ...

Maaf, lama tak dapat masuk forum.

Urusan nikah dan cerai perlu dirujuk kepada Pejabat Agama Daerah (Daerah alamat kad pengenalan) dan juga (Penolong Pendaftar Nikah & Cerai (Naib Kadi) Kariah masjid.  Sila rujuk pada alamat kad pengenalan untuk kariah masjid dan juga mengenal pasti naib kadi.
Mengenai masaalah Binti, boleh minta bantuan Pesuruhjaya Sumpah (kerajaan) dan JPN untuk pertukaran nama.

berdasarkan pendapat imam Syafii kehadiran wali dalam nikah adalah suatu kewajiban karena wali nikah adalah salah satu rukun nikah yang wajib dipenuhi dan apabila tidak ada wali nikah pernikahan tersebut tidaklah sah termasuk pernikahan seorang janda.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 08:55 PM | Show all posts
assalamualaikum, nak tanye, baru-baru ni saya baru terbaca pasal malaikat rahmat tak masuk rumah,  antara sebabnya, ada gantung gambar benda hidup, frame keluarga. gambar amik sijil lah, raya, masa kecik, dan lain-lain.

betul ke? kalau betul, macam mana nak nasihat family supaya menurunkan gambar-gambar tersebut? di dinding rumah ni, ada satu dinding penuh dengan gambar-gambar sahaja, macam album family.
tapi family saya ni mudah "terkejut" kalau diberitahu secara tiba-tiba, itu tak boleh, ini tak boleh.
sangat mengambil masa. mohon pencerahan, terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 10:01 AM | Show all posts
kroit92 replied at 4-12-2018 08:55 PM
assalamualaikum, nak tanye, baru-baru ni saya baru terbaca pasal malaikat rahmat tak masuk rumah,  a ...

Wa alaikum salam....

assalamualaikum, nak tanye, baru-baru ni saya baru terbaca pasal malaikat rahmat tak masuk rumah,  antara sebabnya, ada gantung gambar benda hidup, frame keluarga. gambar amik sijil lah, raya, masa kecik, dan lain-lain.

betul ke? kalau betul, macam mana nak nasihat family supaya menurunkan gambar-gambar tersebut? di dinding rumah ni, ada satu dinding penuh dengan gambar-gambar sahaja, macam album family.


Ya betul, ada hadith. Cumanya tafsiran yang diambil dari hadith tu mungkin berbeda-beda....  dengan alasan tertentu

Sebaiknya jangan ada gambar (benda hidup) yang terpampang/dipertontonkan dalam rumah. Gambar pemandangan macam pokok, gunung, air terjun, yang jenis macam ni harus.

tapi family saya ni mudah "terkejut" kalau diberitahu secara tiba-tiba, itu tak boleh, ini tak boleh.
sangat mengambil masa. mohon pencerahan, terima kasih


Ini pun betul juga, kena berhemah, dan dengan kasih sayang, kalau perlu masa pun bertabah dan bersabar lah... Allah Maha Mengetahui. Kalau mereka tak terima juga (sebab ada alasan tertentu), sekurang-kurangnya dah disampaikan.

Yang menjadi sukar dalam hal ni, ia dah jadi kebiasaan dan sebagai norma dalam masyarakat, sehinggakan ada segelintir ustaz pun berbuat hal yang sama, jadi bila family lihat hal ini, mereka ingat perkara ini (gantung gambar) adalah hal kebiasaan. Saya dapati tak ramai ustaz yang tegur dalam hal ini, mungkin juga ia dianggap termasuk dalam hal remeh.

WAllahu a'lam



Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 02:44 PM | Show all posts

terima kasih banyak-banyak
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2019 01:38 PM | Show all posts
As salam,

saya nak tanya,

bagaimana harta2 isteri setelah isteri meninggal dunia? (rumah2, aset2 isteri)

adakah menjadi hak suami sepenuhnya atau masih ada hak utk ibu bapa isteri?

terima kasih.

lagi satu, macam mana saya nak cari ustazah untuk belajar ilmu tasawuf? boleh saya pergi ke pejabat agama ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 02:43 AM From the mobile phone | Show all posts
jika kita akad jual beli bundle pakaian tu,kita akad jualbeli apa yang ada didalamnya dan menjadi hak milik kita.apakah hukumnya apabila terjumpa duit didalamnya tanpa id pengenalan,,adakah duit itu patut dihantar ke baitulmal,atau adakah urusan jual beli kita tebatal.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 09:08 AM | Show all posts
MrJuan replied at 16-1-2019 02:43 AM
jika kita akad jual beli bundle pakaian tu,kita akad jualbeli apa yang ada didalamnya dan menjadi ha ...

Salam...

Jika akad jual-beli (dengan membeli) berlaku, maknanya kita dah ada berhubung dengan penjual...

Bila akad untuk bundle pakaian, maknanya hak kita untuk bundle pakaian. Apabila ada barang lain selain pakaian, sewajarnya kita berhubung balik dengan penjual, tanya (dapatkan) kepastian adakah semua brg termasuk yang bukan pakaian sebagai akad jual-beli untuk kesemua barang dlm bundle tersebut.... jika penjual sedar ada barang lain dan minta balik, selayaknya dipulangkan balik (kerana barang itu tidak termasuk dalam akad).

apakah hukumnya apabila terjumpa duit didalamnya tanpa id pengenalan,,adakah duit itu patut dihantar ke baitulmal,atau adakah urusan jual beli kita tebatal.

Cuba berhubung balik dengan penjual. Jika penjual sudah tidak dapat dihubungi, usaha dan cari kenalan penjual (tanpa beritahu dulu kandungan lain/duit dalam bundle pakaian).

Sekiranya tidak juga dapat cari jalan untuk berhubung, ada saranan duit itu sebaiknya diserahkan ke baitulmaal (saranan ini untuk jalan selamat). Untuk kegunaan sendiri, perkara ini ada khilaf (sekiranya dah usaha sedaya upaya untuk berhubung dengan tuan punya brg/duit itu tidak berhasil), ada juga yang pendapat yang membolehkan guna untuk keperluan.... (macam jumpa emas dalam perut ikan).

Urusan jual beli tidak terbatal (sebab dah akad, ada jualan dan belian - untuk bundle pakaian).

Semoga Allah tambah rezeki mereka yang ikhlas dalam urusan perniagaan....

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 09:16 AM | Show all posts
mel18 replied at 11-1-2019 01:38 PM
As salam,

saya nak tanya,

Salam...

bagaimana harta2 isteri setelah isteri meninggal dunia? (rumah2, aset2 isteri)

adakah menjadi hak suami sepenuhnya atau masih ada hak utk ibu bapa isteri?

Pembahagian ikut faraidh (boleh semak dengan pejabat Agama)

lagi satu, macam mana saya nak cari ustazah untuk belajar ilmu tasawuf? boleh saya pergi ke pejabat agama ke?


Boleh, sekiranya ada pegawai pejabat agama yang tahu ustazah yang mempunyai ilmu tasawwuf.

Sebaiknya suami/ayah/abang terlibat belajar ilmu ini dan sampaikan kepada ahli keluarga (yang mahram). Boleh juga cari madrasah tahfiz/alim (alimah) untuk wanita, dari situ boleh cari ustazah yang sesuai...

WAllahu a'lam




Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2019 10:29 PM | Show all posts
salam. kroit nak tanya tentang derma organ bagi orang Islam.
apa hukum menderma organ? apa pandangan Islam mengenai derma organ?

kedua, sebelum ni pernah dengar, ustaz kata, sebenarnya
lepas kita mati, apa yang dilakukan kepada jasad kita tu, kita masih boleh rasa. tapi sebab ruh dah keluar, dah mati, kita tak boleh bergerak. tapi masih boleh rasa.

tak tau la post-mortem macam mana.
tapi, kalau daftar derma organ, lepas kita mati, organ-organ, tisu semua dikeluarkan untuk didermakan. kita dah mati, masih sakit? soalan yang tak masuk akal, maaf, tapi dah berbulan tertanya-tanya. agak confuse sikit.

terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2019 01:57 PM | Show all posts
Salam.

Saya nak bertanya tentang hukum memakan makanan yang digunakan cina dalam upacara sembahyang halau hantu.


Adakah ianya haram atau halal untuk dimakan?
Contoh makanan yang diterima ialah makanan kering seperti beras, sos cili, air kotak, megi, nescafe etc.

tq
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-8-2019 09:58 AM | Show all posts
kroit92 replied at 15-4-2019 10:29 PM
salam. kroit nak tanya tentang derma organ bagi orang Islam.
apa hukum menderma organ? apa pandanga ...

Wassalam...  dihuraikan dengan detail oleh mufti WP

http://muftiwp.gov.my/en/artikel ... 16-pendermaan-organ
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-8-2019 10:04 AM | Show all posts
MoonRise replied at 8-8-2019 01:57 PM
Salam.

Saya nak bertanya tentang hukum memakan makanan yang digunakan cina dalam upacara sembahy ...

Boleh rujuk di sini:

http://tanyalahustaz58.blogspot. ... -55-makan-buah.html
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2019 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Assalam

Saya nk tanya tgt pemberian zakat kpd golongan mualaf. Sekiranya mualaf tersebut bukan golongan yg susah sampai nk makan pun kena bercatu adakah perlu kita beri zakat pada dia?

Cth:
Mualaf seorang perempuan sudah berbelas tahun kawin dgn lelaki muslim sbg isteri ke2. Beliau mempunyai seorg anak perempuan dgn suami tersrbut. Anak2 dgn isteri pertama semuanya dah besar dan kebanyakannya dh berkawin. Si suami mempunyai harta yg cukup spt tanah getah, simpanan epf. Semasa isteri pertama sakit, insuran company si suami yg cover. Jadi kiranya kehidupan mrk ni sederhana la wpun tak kaya( kalau papa kedana, buatpe poligami kan).
Baru baru ni anak saudara si suami ada keluarkn zakat tp tak diberi kpd mualaf tersebut(sy pun tak tahu apa sbbnya), hal ini tlh menyebabkn si mualaf berkecil hati dan mengutuk si pengeluar zakat tersrbut.
Jadinya sy nk tahu apa hukum nya beri zakat pd mualaf yg tidak hidup susah. Suami pun masih mampu menyara beliau.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-9-2019 05:58 PM | Show all posts
krustykrab replied at 2-9-2019 12:22 PM
Assalam

Saya nk tanya tgt pemberian zakat kpd golongan mualaf. Sekiranya mualaf tersebut bukan go ...

Wassalam

Ikut contoh tersebut, mualaf tu seperti bukan golongan asnaf.  Boleh bagi sedekah atau hadiah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2019 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
ibnur replied at 14-9-2019 05:58 PM
Wassalam

Ikut contoh tersebut, mualaf tu seperti bukan golongan asnaf.  Boleh bagi sedekah atau ...

Thanks..
Sy baru google dan dpt info yg ada sesetengah negeri menghadkn status mualaf ni utk beberapa tahun sahaja bg tujuan zakat.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 12:50 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 03:27 PM | Show all posts
salam...semuga kita semua didalam rahmat Allah

nak tanya tentang imam yg suka baca surah panjang2 ketika solat berjemaah

kadang2 buat hati saya terfikir, adakah imam ni nak tunjuk skill,dan bila bacaan dia tersangkut saya ketawa dlm hati (hati saya tak bersih)

dan saya rasa bacaan surah pjg juga menyebabkan jemaah lain berkhayal dan berangan sementara tunggu bacaan dia habis
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 02:18 PM | Show all posts
c===8 replied at 10-10-2019 03:27 PM
salam...semuga kita semua didalam rahmat Allah

Salam...

Tak perasan pulak ada pertanyaan di sini...

nak tanya tentang imam yg suka baca surah panjang2 ketika solat berjemaah

kadang2 buat hati saya terfikir, adakah imam ni nak tunjuk skill,dan bila bacaan dia tersangkut saya ketawa dlm hati (hati saya tak bersih)

Perihal imam yang baca surah panjang, ia bergantung pada niat imam tu sendiri. Jika memang dia kebiasaan baca surah panjang, dan makmum di surau/masjid situ menyukainya, maka itu menjadi harus. Ada riwayat para sahabat (Umar RA) baca surah panjang waktu Subuh.

Secara umumnya, maghrib surah pendek atau ringkas. Isyak boleh pilih untuk baca lebih panjang sikit. Bacaan lebih panjang dalam solat Subuh, dengan ambil tahu situasi ahli jemaah.

Namun dianjurkan imam supaya meringkaskan solat agar tidak membebankan jemaah ketika mengimami solat fardhu, kerana mungkin juga ada ahli jemaah yang uzur. Contohnya di masjid jamek yang biasa menjadi persinggahan musafir, adalah lebih baik imam pilih untuk tidak membaca surah yang panjang-panjang.

dan saya rasa bacaan surah pjg juga menyebabkan jemaah lain berkhayal dan berangan sementara tunggu bacaan dia habis

Ini boleh jadi kelemahan imam dan makmum.... Saya pernah dengar seorang ahli jemaah berkata selepas selesai solat berjemaah, dia sangat suka bacaan imam sehinggakan dia harap imam terus sambung, sambung dan sambung (jangan berhenti).... pada waktu yang lain saya dalam safar yang panjang, kemudian masuk waktu Subuh yang awal (musim panas Subuh awal), imam baca cukup panjang, sehingga ada seseorang kata dia hampir jatuh nak tunggu bila imam nak ruku'....

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2020 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum.. saya ada soalan . Apa hukum seorang perempuan yg memakai scented body lotion + body mist.. ( cthnya lepas mandi , kdg2 ambik wudhuk sekali pastu pakai scented lotion + body mist pastu pakai baju.. ) adakah solat perempuan tu sah?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2020 04:53 PM | Show all posts
Lavender85 replied at 7-1-2020 05:08 PM
Assalamualaikum.. saya ada soalan . Apa hukum seorang perempuan yg memakai scented body lotion + bod ...

Tulah saya pakai mositurizer dkt muka and minyak rambut tak sah juga eh?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.116332s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list