CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2001|Reply: 3

[Dunia] Empat mati akibat jangkitan hepatitis C di Singapura!

[Copy link]
Post time 6-10-2015 10:39 PM | Show all posts |Read mode
SINGAPURA 6 Okt - Hospital Besar Singapura (SGH), hari ini memohon maaf selepas 22 pesakit buah pinggang yang dirawat di hospital kerajaan itu dijangkiti hepatitis C, dengan empat daripada mereka dilaporkan meninggal dunia, insiden yang jarang-jarang berlaku di hospital itu.
Jangkitan yang berlaku di hospital terbesar di Singapura itu, melibatkan pesakit-pesakit yang dirawat di salah satu wad di hospital itu antara April dan Jun lalu.
Pegawai hospital itu berkata, mereka ‘tidak dapat menolak kemungkinan’ hepatitis C mungkin merupakan salah satu faktor menyebabkan kematian empat pesakit terbabit.
Sistem rawatan kesihatan di Singapura merupakan antara yang terbaik di Asia dengan kesemua hospital kerajaan mendapat pembiayaan yang mencukupi.
Pesakit-pesakit dari seluruh dunia datang ke Singapura untuk mendapatkan rawatan di SGH dan hospital-hospital lain.
“Kami memohon maaf atas kesedihan, penderitaan dan tekanan mental yang ditanggung oleh keluarga pesakit terbabit,” kata Ketua Eksekutif SGH, Ang Chong Lye dalam satu kenyataan.
Menteri Kesihatan Singapura telah menubuhkan satu jawatankuasa bebas untuk menyemak hasil siasatan dalaman yang dijalankan oleh hospital itu.
Lembaga Pelancongan Singapura berkata, pesakit-pesakit dari luar negara membelanjakan S$832 juta (RM2.5 bilion) pada 2013 untuk mendapatkan rawatan di negara ini.
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dalam laman webnya berkata, virus hepatitis C merebak dalam darah, dan kes jangkitan biasa adalah `melalui amalan suntikan yang tidak selamat’, peralatan perubatan tidak disteril, pemindahan darah dan produk-produk berkaitan darah’.
Kira-kira setengah juta penduduk dunia meninggal dunia setiap tahun akibat penyakit yang ada kaitan dengan hepatitis C, menurut WHO. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.KWhuX0Jo.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2015 11:05 PM | Show all posts
habislaaaa....hey camner SOP depa ni? infection control team...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 04:26 AM | Show all posts
Bulan lepas rasanya kita bincang pasal viral hepatitis ni (mainly hepatitis B); at least forumers can know how dangerous these viruses are (HBV, HCV). This incidence no doubt akan highlight semua nya sekali lagi
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 06:37 AM From the mobile phone | Show all posts
apa penyebabnya ye? peralatan tidak disteril dengan betul ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4039 Replies : 51
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24480 Replies : 72
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54828 Replies : 1064
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18292 Replies : 19
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277109 Replies : 1518
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.092063 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list