CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4917|Reply: 11

[Politik] Tarikan Terbaharu Di Genting, 'Behind-The-Scene Tour'

[Copy link]
Post time 1-10-2015 05:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by CARI-MAMS at 1-10-2015 05:19 PM

Oleh Adib ZaFoto Adib Za, Suk Wah


Buat anda yang telah lama tidak berkunjung ke Genting Highlands, kini terdapat satu lagi tarikan yang pastinya sangat rugi jika dilepaskan.


Menariknya ia sangat sesuai dijadikan aktiviti sekeluarga terutamanya sebagai pendedahan buat anak-anak. Tarikan terbaharu yang dinamakan sebagai 'Behind-The-Scenes Tour (Jelajah Di sebalik tabir) telah diperkenal sejak 1 May 2014.


Program ini boleh diikuti hanya pada hujung minggu dan juga cuti umum, berdurasi sehingga 3 jam! Wow, pastinya  banyak aktiviti yang membawakan pengalaman unik dan baharu kepada kanak-kanak khususnya.






Secara amnya, ia memaparkan bagaimanakah dan apakah yang terjadi di sebalik operasi di Resort World Genting.


Penulis berkesempatan melalui 'penjelajahan' ini di mana, pertamanya semua peserta di bawa ke rumah salji, Snow World.











Peserta diajarkan membuat 'salji' dengan peralatan ala eksperimen makmal.




Di sini, anda bukan sahaja boleh menikmati dan merasai pengalaman berada di musim sejuk, malah diajarkan bagaimanakah 'salji' dihasilkan. Eksperimen yang ditunjukkan sangat mengujakan dan membolehkan penulis membawa 'salji' pulang ke rumah? Tidak percaya, jom cubanya sendiri!









Snow World yang sentiasa menjadi daya penarik di Genting. Tidak harus melepaskan bergambar di sini!




Seterusnya, para peserta di bawa ke bengkel 'See, Do & Eat' (Lihat, lakukan, makan). Di sini, para chef telah bersedia untuk menunjukkan demonstrasi menyediakan sushi dan juga donut. Paling menarik adalah, semua peserta boleh mencuba sendiri 'air tangan' mereka. Lihatlah sama ada sushi dan donut anda menjadi atau tidak! Menarik, bukan?












Bengkel 'makanan' membolehkan peserta belajar dan mencuba sekali menyediakan sushi dan donut.




Usai memenuhkan perut dengan makanan tersebut, peserta di bawa ke Genting International Showroom. Di sini, lazimnya banyak persembahan yang bertaraf antarabangsa dipersembahkan. Anda bakal ditunjukkan dengan kecanggihan peralatan yang digunakan untuk mengawal pentas. Ini termasuklah sistem bunyi, pencahayaan dan sebagainya.


Tidak ketinggalan, penulis merasai sendiri 5 minit persembahan 'pencahayaan' di pentas utama yang membuatkan  anda berasa sedang berada di sebuah pertunjukan konsert sebenar! Memang sangat berbaloi!












Penerangan mengenai sistem bunyi dan pencahayaan di Genting International Showroom.




Akhir sekali, penulis dan para peserta lain di bawa ke Horizon 50. Di sini, anda bakal dipaparkan dengan sejarah bagaimana Genting dibina, fakta-fakta menarik yang tidak pernah diberitahu dan pertunjukan Taman Tema 'Twentieth Century Fox' World' seperti planet of the Apes, Ice Age dan sebagainya.


Wow dan tanpa disedari, tahun ini merupakan tahun ke-50 Genting Highland dibuka kepada umum. Ternyata, ia bukan sahaja menjadi lokasi pelancongan ternama di Malaysia, malah ia menarik jutaan pengunjung dari seluruh dunia.












Horizon 50 memaparkan sejarah dan perancangan masa depan Genting Highlands!




Jom, apa lagi untuk sertai jelajahan ini. Cukup 3 jam penulis mengikuti, memang memenatkan namun pengalaman yang sangat berharga. Ia membuka mata bagaimana Genting itu sendiri meletakkan Malaysia di mata dunia. Tiket untuk ke program ini adalah berharga RM28 seorang dan percuma untuk kanak-kanak di bawah 4 tahun. - CARI Infonet




** Bagi anda yang ingin 'book',  boleh emelkan kepada [email protected] atau hubungi 03-6101 1118 sambungan 55678. Layari www.rwgenting.com untuk maklumat lanjut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2015 05:33 PM | Show all posts
Aku bosan aktvt2 camni...tak bolehhh
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama x g genting..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Baper sen genting byr tolong pomot ni... Bg free pun x teringin aku nk pergi
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by hanakikan at 1-10-2015 10:58 PM

Snow world genting tu mcm taik je. Tp ok la utk ummah tak pernah gi oberC
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah takde tarikan genting sekarang ni.wajarlah pikir buat duit cara lain
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2015 01:03 PM | Show all posts
boring je..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2015 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dapat masuk pun sekejap je. Tak berbaloi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2015 01:11 PM | Show all posts
@akubest penah pegi genting tak??

kompang sikit
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2015 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Genting ni byk masyuk pun sbb kasino die je lah...dulu selain genting tak de theme park yg best...skg ni dh belambak lambak dah...
Tp yg best kalo main kt theme park die ni x betpeluh....sojuk yoooo..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2015 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Bile nak siap tmn tema fox ni ye..bagusnye ade tmn tema ni complimentary dgn legoland,sunway pyramid mcm byk themepark msia ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 09:10 AM | Show all posts
dah lama tak pergi genting
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18443 Replies : 25
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 8323 Replies : 5
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28681 Replies : 131
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 14094 Replies : 20
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 6159 Replies : 8
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 4018 Replies : 60
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16530 Replies : 136
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4093 Replies : 52
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24581 Replies : 72

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.925259 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list