CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2534|Reply: 0

Tip Fesyen Untuk Lelaki Pendek

[Copy link]
Post time 29-9-2015 01:51 PM | Show all posts |Read mode

Lelaki berbadan rendah perlu mengekal berat badan. - Gambar hiasan
                                                                        Jika anda tergolong lelaki berketinggian di bawah 5'8" yang sukar mencari fesyen sesuai, entri ini untuk anda. Sedikit sebanyak ia membantu anda berfesyen tanpa menjadi bahan ketawa orang sekeliling.

        Ramai antara kita lebih gemar meniru fesyen orang lain tanpa mengira bentuk fizikal diri sendiri. Bukan tidak boleh mengikut fesyen semasa tetapi kesukaran memilih pakaian yang benar-benar sesuai dengan fizikal yang rendah menampakkan anda kelihatan buruk sekali. Tip ringkas di bawah boleh dijadikan panduan supaya anda tidak lagi rendah diri dengan penampilan dek fizikal anda yang rendah.

        SILA IKUT:
        1. Anda tidak perlu mengenakan sut untuk menampakkan diri anda segak. Jika memilih sut, kekalkan corak menegak. Sebaiknya, pilih corak menegak yang bersaiz kecil.

        2. Pilih saiz 'ngam-ngam' dan sedap pada badan dan bukannya baju yang terlampau ketat jika tidak mahu nampak lebih 'halus'.

        3. Beri perhatian pada aksesori seperti tali leher, jam dan tali pinggang kerana ia juga memberi perhatian. Pilih yang kecil dan ringkas. Skinny tie adalah pilihan terbaik.

        4. Pastikan seluar anda diseterika kerana kurang kemas menampakkan anda lebih rendah malah tidak terurus.

        5. Pakai sehelai jaket yang mempunyai satu atau dua butang saja.

        6. Pilih baju T berleher V.

        JANGAN IKUT:
        1. Jangan mengenakan pakaian bercorak melintang.

        2. Elak memilih kasut yang mempunyai tapak tinggi untuk tampak tinggi. Ia sememangnya tidak membantu sebaliknya membuatkan orang asyik terpandang kasut anda sehingga jadi anda kurang selesa.

        3. Elak membeli pakaian yang bersaiz besar dan longgar. Ia bukannya membantu anda nampak besar tetapi hakikatnya membuatkan anda lebih kecil dan seperti kanak-kanak.

        4. Elak memakai dua lapis jaket.

        5. Jangan simpan rambut panjang.

        6. Elak mengenakan pakaian terang kerana menampakkan fizikal anda yang rendah dengan ketara.

        Biasakan diri dengan tukang jahit. Elak rasa malu berjumpa tukang jahit untuk meminta mereka melakukan sedikit perubahan pada pakaian anda. Minta mereka sukat mengikut saiz tubuh anda. Butik seperti Banana Republic, Gap, Levi's dan H&M merupakan antara butik yang boleh anda kunjung kerana boleh membantu anda memilih fesyen sesuai untuk tubuh badan anda yang rendah.

        Hujung tahun sebegini pasti banyak jualan murah. Berfesyenlah dengan bijak!
-maskulin-




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kuku
kuku34tddtkuku
Views : 2020 Replies : 0
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 6252 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 42291 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46329 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25887 Replies : 13
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40141 Replies : 332
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 14536 Replies : 5
Amalan  - Nisfu Syaaban -
TTun_TejaAmalan - Nisfu Syaaban -
Views : 10206 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.118643 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list