|
Wanita punya tiga suami
BACHOK – Seorang lelaki mendakwa bukan sahaja kerugian sebanyak RM26,000 malah tidak menyangka isteri muda yang dinikahinya sejak dua tahun lalu rupa-rupanya memiliki dua suami lain di Beris Kubur Besar di sini semalam.Lelaki yang berusia 57 tahun itu mendakwa, isteri mudanya yang berusia 29 tahun itu telah memperdayakannya sehingga berhabis sejumlah RM26,000 sepanjang tempoh per­kenalan mereka.Petani yang mempunyai seorang isteri dan tiga anak itu berkata, dia bertemu dengan isteri mudanya pada tahun 2011 ketika wanita itu bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang padi di Jitra, Kedah.“Selama dua tahun kami berhubung dan saya kerap ke Kedah atas urusan perniagaan, akhirnya dia ajak saya berkahwin di selatan Thailand pada 2013.
|
|