CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 10674|Reply: 49

[Edisi selebriti politik] Dira Abu Zahar dilantik sebagai Exco Puteri UMNO

[Copy link]
Post time 10-9-2015 11:47 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kakasotong at 10-9-2015 11:49 PM

Dira dilantik EXCO Puteri UMNO

MAS Ermieyati bersalam dengan Dira Abu Zahar selepas dilantik sebagai EXCO Puteri UMNO selepas Mesyuarat Exco Pergerakan Puteri UMNO di PWTC, hari ini. - Foto Salhani Ibrahim




KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Dira Abu Zahar atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar dilantik sebagai EXCO Puteri UMNO Malaysia,
hari ini. Pelantikannya dibuat ketika mesyuarat sayap UMNO itu di Menara Dato' Onn, di sini yang dipengerusikan Ketua Puteri, Datuk Mas Ermieyati
Samsudin yang juga Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan. Turut hadir, Naib Ketua Puteri, Zahida Zarik Khan; Penolong Setiausaha
Puteri, Fahariyah Md Nordin serta barisan EXCO. Setiausaha Kerja Puteri UMNO, Noor Hashimah Nordin, ketika dihubungi mengesahkan pelantikan
Dira itu. Beliau turut menjelaskan, persetujuan pelantikan Dira menganggotai barisan EXCO Puteri dibuat berdasarkan kepemimpinan
ditonjolkan Dira sendiri yang aktif dalam aktiviti bermasyarakat terutama di Melaka. "Di pihak puteri sememangnya kita mengharapkan dengan
kehadiran Dira ini akan dapat menarik lebih ramai wanita muda untuk turut serta dalam program dan perjuangan puteri," katanya. Hashimah
berkata, pelantikan Dira juga dibuat atas lantikan Ketua Puteri, berdasarkan kuota EXCO sayap itu yang kini masih kekosongan satu tempat. Dira,
anak kelahiran Merlimau, Melaka memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Dia
yang memiliki hobi dan minat tinggi dalam aktiviti menunggang motosikal berkuasa tinggi pernah mengacarakan program dalam rancangan
televisyen termasuk di TV3 dan Radio Televisyen Malaysia (RTM), selain membintangi beberapa siri drama dan filem.








Sumber: BH Online





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2015 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
yehhh im 1st hocayyy!!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikut jejak langkah arwah ayah masuk politik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2015 11:54 PM | Show all posts
Dira teruskan legasi politik arwah bapa


KETUA Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin bersalam dengan Khaidhirah Abu Zahar yang juga dikenali Dira Abu Zahar selepas dilantik sebagai EXCO Puteri UMNO selepas Mesyuarat Exco Pergerakan Puteri UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini. - Foto Salhani Ibrahim



KUALA LUMPUR: Doa arwah bapa seakan dimakbulkan selepas pelakon yang juga pengarah, Dira Abu Zahar atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar dilantik sebagai EXCO Puteri UMNO Malaysia hari ini. Dira pastinya meneruskan legasi arwah bapanya, Datuk Seri Abu Zahar Isnin dalam dunia politik yang pernah memikul mandat sebagai bekas Ketua Menteri Melaka. Dira juga meneruskan jejak beberapa rakan artis seperti Anne Ngasri, Darling Ngasri, Zed Zaidi dan Datuk Dr Jins Shamsuddin. Dira memberitahu tawaran berkenaan baharu sahaja didatangi kepadanya baru-baru ini. Sejujurnya Dira tidak menyangka akan pergi jauh sampai ke tahap ini, biarpun selama ini dia sebenarnya kerap melakukan kerja amal secara diam-diam. Sedikit sebanyak lahir dalam keluarga yang berlatar belakang politik, Dira tak terkecuali dibayangi arwah bapanya. Tawaran yang diusulkan kepadanya lantas dipanjangkan kepada suami, ibu dan keluarga tersayang. Mereka yang ditanya Dira tak berfikir panjang untuk menyuruh beliau meneruskan apa yang pernah diperjuangkan arwah bapa. "Ia satu platform yang baik untuk saya meneruskan apa yang arwah bapa pernah buat dan tinggalkan. Selama hayat bapa saya, dia sejujurnya tak pernah memaksa kami menceburi bidang politik. Arwah bapa saya lebih selesa kami membesar dengan melakukan apa yang diingini. Tapi saya tahu arwah bapa selama ini ada mendoakan seorang daripada anaknya itu mengikuti jejak beliau. "Nampaknya doa arwah bapa saya dimakbulkan Tuhan. Ibu saya sendiri menyuruh saya jangan pandang belakang. Ia juga berbalik kepada soal masa. Saya kira masa sudah tiba dan sesuai untuk saya menceburi bidang ini. Jadi dengan pelantikan ini, apa yang saya pernah lakukan termasuk kerja amal boleh disalurkan mengikut platform dan akses yang lebih besar. "Sejujurnya saya tak pernah terfikir untuk terbabit dalam dunia politik. Macam dunia lakonan pun saya tak sangka akan ke arah itu. Semuanya seperti tersusun cantik dan teratur atas aturan Tuhan. Malah selama ini pun, saya buat apa yang diminati dengan jujur, ikhlas dan amanah tanpa mengharapkan balasan tertentu. Pastinya jawatan ini akan membuatkan skop kerja yang saya buat jadi lebih besar," katanya. Dira berkata, sejak setahun lalu juga dia banyak memperlahankan kerjaya lakonan demi melakukan cabang kerja lain. "Niat saya selepas arwah bapa meninggal dua tahun lalu ialah untuk menubuhkan satu perniagaan termasuk rumah produksi. Tapi masa tak mengizinkan. Hanya kini baharu saya boleh memberi perhatian selain dapat meluangkan masa dengan keluarganya. Pastinya tanggung jawab baharu dalam kerja politik ini akan saya pikul sebaik mungkin," katanya. Pelantikannya tadi dibuat ketika mesyuarat sayap UMNO itu di Menara Dato' Onn yang dipengerusikan Ketua Puteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang juga Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan. Turut hadir, Naibnya, Zahida Zarik Khan; Penolong Setiausaha Puteri, Fahariyah Md Nordin serta barisan EXCO.



Sumber: BH Online

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2015 11:55 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2015 11:56 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2015 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru tahu dira ada degree law uitm...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 12:02 AM | Show all posts
Nampak kertu dah Dira Abu Zahar ni. Dedulu lawa dia ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2015 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
muka dira da nampak tua and dia berisi da sekarang ni...happy gak nye
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 12:13 AM | Show all posts
degree dira tu rasanya ijazah sarjana muda pengajian undang2 or bachelor in legal studies.sistem uitm ni lain sikit.kira dira x sampai LLB la.masa dia konvo, dia dalam pantang.jalan kepit2 lagi.i tgk video kawan yg konvo sekali dgn dira
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka dengar suara serak dia.. Cantik tanpa mekap
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
berisi ckt dira.. best dia belakon cma kurg twran agknya

ot jap tt, rmai gak eh celeb mlyz yg ada deg law.. dira, fathia, diva aa, liza misbun, parin, yuna, awie rafael (bru tau td dlm tnggu skejap), lisa srihani
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 01:41 AM | Show all posts
susukambingbest replied at 11-9-2015 01:31 AM
berisi ckt dira.. best dia belakon cma kurg twran agknya

ot jap tt, rmai gak eh celeb mlyz yg a ...

Haliza misbun ade degree law ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
aina_shaira replied at 11-9-2015 01:41 AM
Haliza misbun ade degree law ke?

ada dr um rasanya.. klu xsalah bbrapa taun lpas ada cite dia bt mster undg2 kt um gak
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 02:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak jugak retis with degree ni.

Baru tau zed zaidi pun join politik,pemuda umno ka heshe?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
susukambingbest replied at 11-9-2015 01:45 AM
ada dr um rasanya.. klu xsalah bbrapa taun lpas ada cite dia bt mster undg2 kt um gak

Bachelor's Degree dia dr UIAM. Master's degree I am not sure.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2015 10:11 AM | Show all posts
tahniah la kan
moga ada perubahan

jangagn asek menjil je kan
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 10:26 AM | Show all posts
nampak penat je muka dia
biasa cm ceria
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
kakasotong replied at 10-9-2015 07:55 PM

Sian dira, ngape ambik gambaq tak pakai beautyplus hikhik
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 11:33 AM | Show all posts
Knowlee replied at 11-9-2015 09:13 AM
Bachelor's Degree dia dr UIAM. Master's degree I am not sure.

Hebat gak haliza misbun belajar law kat uia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
kuku78644akku
Views : 505 Replies : 0
akku
kuku78644akku
Views : 1415 Replies : 0
Pesta Guan Gong: Jalur  Gemilang,bendera Thailand, Vietnam turut dikibarkan
AbahmungPesta Guan Gong: Jalur Gemilang,bendera
Views : 21555 Replies : 53
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 44428 Replies : 29
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 45218 Replies : 51
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55662 Replies : 1082
Update : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas Suami Kongsi Perkara Sebenar ...Nurin Alisa  Terjah Majlis Nikah Bekas Suami di Masjid Serah Saman Nafkah Tertunggak Depan Muka
YgBenarUpdate : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas S
Views : 11576 Replies : 216
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201595 Replies : 4026
Perang nuclear? Wat to do? lindungi diri, kurangkan radiasi, stay alive.
TTun_TejaPerang nuclear? Wat to do? lindungi diri
Views : 28518 Replies : 3
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 19475 Replies : 44

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 05:04 AM GMT+8 , Processed in 2.439680 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list