CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2891|Reply: 10

[Tempatan] Najib Guna Whatsapp Tentukan Rombak Kabinet - Ketua UMNO Bahagian Pontian

[Copy link]
Post time 17-8-2015 01:55 PM | Show all posts |Read mode
Najib Guna Whatsapp Tentukan Rombak Kabinet - Ketua UMNO Bahagian Pontian



Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dikatakan membuat keputusan rombakan Kabinet menerusi aplikasi Whatsapp dan tidak berbincang menerusi saluran tertinggi parti tersebut.

Ketua UMNO bahagian Pontian, Datuk Ir Hasni Mohammad mendedahkan, sehari sebelum rombakan Kabinet dilaksanakan, pengendali kumpulan WhatsApp ketua-ketua UMNO bahagian meminta pandangan ahli kumpulan terbabit sama ada rombakan perlu dilakukan atau tidak.

"Satu hari sebelum rombakan Kabinet, ketua-ketua bahagian diminta beri pandangan perlu atau tidak, kalau 150 bersetuju, pentadbir atau admin WhatsApp ketua-ketua bahagian ini berkata presiden akan laksanakan," kata memetik laporan TMI.

Hasni mempertikaikan cara yang digunakan itu kerana sebarang keputusan yang penting perlu dirujuk terlebih dahulu menerusi Majlis Tertinggi atau Badan Perhubungan UMNO Negeri.

"Kenapa kaedah Majlis Tertinggi dan Badan Perhubungan tidak lagi digunapakai," katanya.

Tambah Hasni lagi ada ketua bahagian di dalam kumpulan Whatsapp itu yang besar kepala dan menghukum ketua bahagian yang lain hanya kerana mereka lebih rapat dengan Najib.

"Ada setengah ketua bahagian yang baru sekali dua berjumpa dengan presiden, malah dalam WhatsApp itu ada ketua bahagian yang sudah rasa besar dan boleh menghukum ketua bahagian lain
"Malah mereka ini boleh hukum saya kalau kenyataan yang saya cakap ini menyinggung presiden," katanya.

Mengulas tentang penyingkiran Muhyiddin Yassin dari Kabinet, Hasni menyifatkan tindakan itu tidak wajar dan tidak boleh diterima sama sekali.

"Kami Umno Johor menyokong rombakan Kabinet tapi kami tidak menyokong penyingkiran Tan Sri daripada Kabinet," katanya.

"Kami sangat terluka," katanya - Siakapkeli.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2015 01:59 PM | Show all posts
yumno mmg patut berkubur.... sekian.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 02:15 PM | Show all posts
Untuk menyucikan Najib, segala-galanya BOLEH.
Bukankah zaman Najib jadi Menteri sukan, terciptanya slogan
MALAYSIA BOLEH......................?????????????
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Clean everything dalam umno mampu bersihkan umno.. how..? Jatuhkan umno dulu dari persada pemerintahan...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang musim UMNO meroyan ... lol
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 03:36 PM | Show all posts
Tukar jerlah UMNO tiew jadi UNNO, United Najibol National Organisation, Malaysia neh tukar terus jadi kerajaan Melayu Najibiah ala2 Arabiah Saudiah tiew
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2015 06:13 PM | Show all posts
Nah satu juta.  Boleh ubat luka tu.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 06:16 PM | Show all posts
Sekali Najib terpacul kat pintu dewan ... berebut2 mereka serbu untuk jilat kasut, jilat telor dan jilat lubang pungkoq beliau ... takkan korang taktau perangai puak ni ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2015 07:30 PM | Show all posts
Ada perdana menteri sebuah negara tu mentadbir negara melalui FB twidder dan wasap aje.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 07:44 PM | Show all posts
semua boleh ajer di mesia bolehland nie... xder yg pelik nyer.... 2.6 billion punnnnn dorang kata derma ... semua pakat redho sudahhhhh.... siap ckp xyah bising pasal derma nie.... fokus pada kebajikan rakyat kata nyer... lol
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 07:49 PM | Show all posts
Ini menunjukkan betapa fentingnya media sosial kat mesia, so xpyh pura2 nak sekat bagai media2 sosial ni semua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.733413 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list