CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
12Next
Return to list New
View: 6606|Reply: 29

Edisi Speku : Soseh soseh : Sembang hal 'dalam kain' di restoran.

[Copy link]
Post time 12-8-2015 10:55 PM | Show all posts |Read mode
Ramai sebenarnya yang mengadu mengenai sikap buruk pelakon wanita jelita ini walaupun berat untuk SS percayai.
Sebabnya pada mata SS, sepanjang mengenalinya, pembawaan diri pelakon berdarah kacukan ini cukup menyenangkan.
Namun, apabila sudah tiga atau empat orang berlainan buka cerita yang sama mengenai pelakon itu, mungkin ada kebenaran di sebalik dakwaan itu.
Mungkin juga depan kita pelakon yang tak kontang kontroversi itu sekadar menjaga adab kerana status media digalas SS ini.
Tak kisahlah bab itu, tapi yang SS nak kongsi di sini adalah perangai buruk pelakon terbabit dengan kekasihnya yang juga pelakon popular.
Menurut rakan SS, dia naik meluat dengan kelakuan tak sensitif dan semberono pelakon wanita itu ketika berada di sebuah restoran di ibu negara, baru-baru ini.
Punyalah asyik pasangan itu dating hinggakan perbualan manja antara mereka itu boleh didengari hampir seluruh restoran kerana mereka berbual dalam nada yang cukup kuat!
Bayangkan, mahu tak menggeleng kepala pelanggan yang lain apabila pelbagai hikayat hidup dari kisah sang kancil hingga hal dalam kain dibualkan antara pasangan ini bagaikan sebuah persembahan opera di pentas.
Langsung tak peka dan hormat pada orang keliling.
Bukan tak boleh berborak, tapi berpada-padalah lontaran vokal itu. Orang sekeliling nak ruang privasi mereka ketika menikmati hidangan dan bukan nak dengar cerita purbakala pelakon itu.
Kata rakan SS, mujur juga ketika kejadian itu tidak ramai pelanggan mengenali pasangan terbabit. Kalau tak tentu jadi tak sedap.
Rakan itu pula tak kuasa nak mencetuskan konflik kalau dia tegur pasangan berkenaan. Jadi mahu tak mahu layan sajalah.
Cuma SS berpandangan, perkara asas seperti menghormati orang sekeliling begini sepatutnya artis perlu terapkan dalam diri masing-masing setiap masa.
Malulah sikit bila sudah besar panjang begini, adab dan etika asas begitu pun ditegur oleh orang lain.
SS: Jarang berbual ketika makan.





Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Ogos 2015 @ 10:08 AM







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2015 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti sendu tu yg org dlm restoran tu pun tak kenal
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2015 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Lorrr....dh xde bahan sgt ke ss ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2015 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa ya
Bunga keembong ke
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2015 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ss ni mesti hidup kesepian..sbb jarang bercakap di meja mkn..org bijak pandai ada kata..hasil kajian dorg..nk tgk hubungan sesuatu pasangan tu..atau hubungan sebuah keluarga tu..tengoklah masa dorg tgh makan... kalu duduk semeja tapi xde bercakap... senyap sunyi pakat ngadap hp jer..something wrong lah tu.. pada me masa makan ni salah 1 bonding time dengan family..... mungkin org yg ada pengalaman masalah rumah tangga boleh sahkan benda ni..
Pasal minah pelakon ni..rata2 me jumpa mmg pelakon ke penyanyi bajet popular padahal sendu mendu mmg suka sembang kuat2..gelak kuat kt restoran..mcm nk bgtau org hey look at me..i am somebody...i popular ni... gitulh dorg..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2015 11:07 PM | Show all posts
fathia dgn aiman lah kot
base on clue tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2015 11:08 PM | Show all posts
emma dgn kamal?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2015 11:09 PM | Show all posts

Popular ke kamal tu ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2015 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
hint dia pelakon wanita kacukan, kekasihnya juga pelakon popular

ntah kenapa dlm otak aku terpikir ex gepren mat hidong tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2015 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
mommymonster82 replied at 12-8-2015 11:04 PM
Ss ni mesti hidup kesepian..sbb jarang bercakap di meja mkn..org bijak pandai ada kata..hasil kajian ...

Setuju!
Kami satu family kalau makan di rumah memang ambil masa untuk berbual...flashback throwback. Kalau makan di restoran pun macam tu. Kadang-kadang (sorry...hahahaaaaa) memang ter-sembang kuat...tapi cepat-cepat sedar
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2015 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mommymonster82 at 12-8-2015 11:45 PM
imransulaiman replied at 12-8-2015 11:35 PM
Setuju!
Kami satu family kalau makan di rumah memang ambil masa untuk berbual...flashback throwb ...


Yes u..masa mkn tu pada me antara masa yg penting n semua ahli kena ambil bahagian...kurg2 dalam sehari tu sekali mesti semua duk mkn semeja..
mmg kadang kita tersembang kuat..tapi mcm mumbling sound yg kuat tau..pastu gelak kuat2..tu jerlah.....tapi ni lain mcm skit lepas lakunya..klu u pernah jumpa geng retis perasan popular ni..kuat dia lain macam skit.. gelak kuat2 1 hal..sampai terlompat2 atas kerusi...cakap pon kuat..kuat giler2...terjerit2...mmg attention seeker betul..yg betul2 popular ni pulak rilek jer...kadang2 try lagi nk sembunyi muka...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2015 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
mommymonster82 replied at 12-8-2015 11:43 PM
Yes u..masa mkn tu pada me antara masa yg penting n semua ahli kena ambil bahagian...kurg2 dalam ...

Artis-artis tu perasan lebih.. Tu lah pasal. Nak perhatian dari orang sekeliling...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 01:00 AM | Show all posts
Kt rumah oklah nk sembang kuat2...tpi bila mkn kt luar kena lah kontrol sket....bingit sgt sampai menganggu org lain pn tkleh gak...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 08:13 AM | Show all posts
mommymonster82 replied at 12-8-2015 11:43 PM
Yes u..masa mkn tu pada me antara masa yg penting n semua ahli kena ambil bahagian...kurg2 dalam ...
tapi ni lain mcm skit lepas lakunya..klu u pernah jumpa geng retis perasan popular ni..kuat dia lain macam skit.. gelak kuat2 1 hal..sampai terlompat2 atas kerusi...cakap pon kuat..kuat giler2...terjerit2...mmg attention seeker betul..yg betul2 popular ni pulak rilek jer...kadang2 try lagi nk sembunyi muka...

agree... pernah jumpa dua2 jenis retis. Mmg betul macam tu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
mommymonster82 replied at 12-8-2015 11:04 PM
Ss ni mesti hidup kesepian..sbb jarang bercakap di meja mkn..org bijak pandai ada kata..hasil kajian ...

Betul tu.. Time makan is our bonding moments.. So, time makan mmg bising! Mcm ada 20 org dlm rumah walhal 6 org je.. La ni dah sunyi sikit coz yg sulung dah merantau.. Tp...kalau kat restaurant, kitorng suka cari table yg hujung2, yg ada privacy coz we love to chat over meals! Sebolehnya jgn sampai customer lain terganggu la..tambah2 citer hal family yg x sedap...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
mommymonster82 replied at 12-8-2015 11:04 PM
Ss ni mesti hidup kesepian..sbb jarang bercakap di meja mkn..org bijak pandai ada kata..hasil kajian ...

Attention seekers diaorg ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2015 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
I rs ok lg org besembang time becakap dari org duk main telefon / antisocial waktu makan. Rasa nak campak je pinggan kat muka manusia2 mcm ni. So rude. Kalau kau nk main telefon sgt baik kau duk umah je jgn berjumpa dan bergaul dgn org.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 11:56 AM | Show all posts
Kak-Leen replied at 13-8-2015 08:30 AM
Betul tu.. Time makan is our bonding moments.. So, time makan mmg bising! Mcm ada 20 org dlm rumah ...

wah..mesti meriah gitu kan..hihi syoknya...

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 11:57 AM | Show all posts
AshkieLa replied at 13-8-2015 08:13 AM
agree... pernah jumpa dua2 jenis retis. Mmg betul macam tu..

restoran kalu ada dorg gitu mmg bingit..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
mommymonster82 replied at 13-8-2015 11:56 AM
wah..mesti meriah gitu kan..hihi syoknya...

Mommy, sementara anak2 masih sekolah ni, kan.. Bergegar2 rumah dibuatnya.. Time Alongnya balik, lagi la.. Time tido je sunyi..hehehe.. So, can't imagine my days without the children in future.. Sorang xde pun dah terasa sunyi..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

26-9-2022 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.117971 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list