CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3427|Reply: 21

[Tempatan] Sumpah bai'ah: Jatuh talak (kelantan bakal dilanda janda)

 Close [Copy link]
Post time 22-7-2015 09:36 AM | Show all posts |Read mode
Sumpah bai'ah: Jatuh talak kalau keluar PAS dan sertai parti lain

DAUD: Mana-mana individu yang melafaz sumpah dan melanggar sumpah, dengan menyertai parti lain, perlu membuat pengesahan di Mahkamah Syariah.


KOTA BHARU: Talak yang dilafaz secara bersumpah, bergurau atau berikrar adalah sah dan hakiki.

Mana-mana individu tidak boleh sewenang-wenang mempermainkan lafaz talak atau cerai atas apa alasan sekalipun.

Pandangan disuarakan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Kelantan, Datuk Daud Muhammad mengulas sumpah bai'ah talak tiga yang dilafaz ahli PAS sekiranya meninggalkan parti itu untuk menyertai parti lain.

Daud menegaskan mana-mana individu yang melafaz sumpah dan melanggar sumpah, dengan menyertai parti lain, perlu membuat pengesahan di Mahkamah Syariah.

Ini kerana lafaz talak yang diikrar adalah sah.

Tegas Daud, taklik talak dengan bersumpah itu tidak boleh dielakkan dengan kafarah atau bayar denda sumpah.

Beliau menasihatkan individu yang terlibat melafaz bai'ah talak tiga dan bertindak keluar parti untuk menyertai parti lain, merujuk pengesahan cerai di Mahkamah Syariah.


Jika tidak dirujuk ke Mahkamah Syariah, mereka boleh dianggap bersekedudukan secara haram.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-7-2015 09:37 AM | Show all posts
hahahahahhahahahhahahahhaa

mampos ko la pas pis pus
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 09:40 AM | Show all posts
awat tak sambung je kat thread baiah pas tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2015 09:40 AM | Show all posts
Nik Aziz nafi bai'ah PAS cerai isteri
5:03PM - 10 Nov 2009


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan wujudnya apa yang dinamakan sumpah bai'ah yang membawa kepada perceraian isteri sehingga menjadi polemik baru dalam kepimpinan PAS sekarang.

Menteri besar Kelantan berkata isu itu sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu di kalangan orang Islam sendiri yang dengki terhadap perjuangan PAS yang mula diterima oleh masyarakat umum.

"Sebenarnya PAS ini telah didengki oleh orang Islam sendiri, oleh kerana parti ini berkembang akhir-akhir ini maka golongan sekular ini berusaha juga dan mencari juga jalan yang boleh menggugat kedudukan PAS.

"Di Kelantan, isu bai'ah ini tak timbul langsung," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini, mengulas isu yang ditimbulkan oleh anggota parlimen Shah Alam, Khalid Samad baru-baru ini.

Khalid, daripada PAS, mengakui wujudnya syarat yang menghendaki pemimpin-pemimpin parti itu melafazkan bai'ah iaitu sumpah taat setia bahawa akan jatuh talak tiga terhadap isteri masing-masing jika mereka mengkhianati parti.

Bagaimanapun Naib Presidennya Salahuddin Ayub berkata Majlis Syura Ulama tidak pernah mengeluarkan sebarang dasar yang menghendaki pemimpin-pemimpin parti itu melafazkan bai'ah sedemikian.

Namun anggota jawatankuasa pusat PAS dan anggota Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa pula mempertahankan bai'ah yang wujud dalam parti itu dengan alasan untuk mengelak wakil rakyat mereka daripada dibeli oleh Umno.

Reaksi daripada itu kerajaan mahu kepimpinan PAS memberi penjelasan mengenai dakwaan bai'ah itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom berkata ini kerana pihak kerajaan melihat bai'ah adalah suatu keputusan yang hanya dibuat sebelah pihak tanpa perbincangan dengan pihak wanita.

Bagaimanpun Nik Abdul Aziz mengakui sebelum calon PAS bertanding (dalam pilihan raya) ada angkat sumpah dan ia terdapat dalam borang taat setia sebagai akujanji sebagai tanda setia dan amanah kepada parti.

"Kita kahwin dengan orang pun ada ijab kabul, ijab kabul itu yang dipanggil bai'ah," katanya.

Ditanya mengenai wujudnya bai'ah sedemikian di kalangan PAS Selangor, Nik Aziz berkata sebagai menteri besar Kelantan masalah Selangor adalah masalah individu dan terserah kepada tugas jawatankuasa disiplin utuk menyelesaikannya.

Di KUALA LUMPUR, Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang berkata, PAS tidak akan mengambil sebarang tindakan atau memberikan penjelasan lanjut mengenai isu bai'ah kerana menganggap isu itu telah selesai.

"Tak payah (siasatan), tidak ada (bai'ah), benda tu tidak ada, ia sudah selesai, sudah habis," jawabnya ringkas ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen.

Abdul Hadi berkata, perkara itu hanya dibangkitkan oleh media dan bukannya anggota PAS.

Sementara itu, Salahudin berkata, parti itu tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Khalid yang membuat kenyataan itu memandangkan pemimpin tertinggi dan Majlis Syura PAS memberitahu bahawa sebenarnya bai'ah yang didakwa tidak wujud.

Baginya, isu bai'ah itu tidak menjadi liabiliti kepada parti itu bahkan ia dianggap sebagai satu percambahan minda yang sihat dalam parti serta mencerminkan kebebasan bersuara di kalangan anggota PAS. BERNAMA




sumber http://www.malaysiakini.com/news/117091
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2015 09:41 AM | Show all posts
dulu pas nafikan dan fitnah org lain tuk tutup pekong sendiri.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 10:23 AM | Show all posts
Hahahaha.....talak 3 tuh! Huhuhu..

Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrr.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Giler arghhhh...

Da mcm ajaran sesat je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2015 11:04 AM | Show all posts
miabebe replied at 22-7-2015 10:26 AM
Giler arghhhh...

Da mcm ajaran sesat je

dulu siap menafikan...dah la tu....siap fitnah org lain pulak...

ni namanye agama islam PAS
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2015 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Best2.... nih akn mewujudkn peluang pekerjaan pd rakyat kelantan. Boleh buat full/part time. Kje jd cina buta.... duit dpt sedap pn dpt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2015 11:59 AM | Show all posts
jofizo replied at 22-7-2015 11:42 AM
Best2.... nih akn mewujudkn peluang pekerjaan pd rakyat kelantan. Boleh buat full/part time. Kje jd  ...

bini lobai ni biasenye dah lunyai......

kaki sebelah boleh masuk
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Bongok..mcni nk jd menteri kabinet???
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 01:13 PM | Show all posts
Mundur benar pemikiran orang PAS terutama di negeri serambi Mekah. Simpati.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 01:22 PM | Show all posts
cinta dan seks lagi tinggi nilai dari DUIT

maybe ramai tak faham..kita nampak bodoh macam PAS buat cam tu.. kalo aku kata genius manuevre camna?

pada song lelaki !! kalo tak caya rujuk quran, pada soang lelaki APA YANG DEPA SUKAKAN

nomo satttttttttttttuuuuuuu.. AN NISA.. yakni wanita or isteri

kendian anak2 depa

kendian harta depa cam ladang kebun kuda2 di stable

tapi nomo satu is a woman or beloved one or the other half..

camna puak unta ni leh usul idea cam ni..kita benci camna pun kene tabik gakk

najib sound madey dia kata cash is king !! cash is king tapi si bugis tu depan2 oang dia kene sengol ngan bini

jantan apa cam tu? tloq kene ramas bini..takdok tloq..kendian kata cash is king

cash is not king, WE ARE THE KINGS..kamu manusia di lantik jadi khalifah di muka bumi ini

segala di mukabumi ini adalah untuk kegunann MANUSIA, kejadian tuhan paling baik..bukan cash !!!

apa guna cash kalo terdampar di katil kene stroke or sakit berpanjangan? cash apa bleh idupkan orang mati?

nabi isa a.s tadak cash tapi leh hidupkan yang mati, sembuhkan yang sakit, celikkan yang buta.. macam mana?

faith love and sex, 3 ini emosi paling kuat dalam hidup soang manusia!! bukan cash..itu silap mata dajal


tapi camna nak paham kaitan 3 sakti tuh? tu pasal kene kuat membaca cam saya niiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Terpancar terik sinar islam.. @Changa
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
tak mahu lah mesti dah tua dan tak reti berhias
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 02:02 PM | Show all posts
mcm2 komen kau orang ek hahahah kelakor lah wei..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-7-2015 02:08 PM | Show all posts
yusryimran replied at 22-7-2015 02:02 PM
mcm2 komen kau orang ek hahahah kelakor lah wei..

lagi kelako kalo org munafik bercakap pasal islam
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 02:53 PM | Show all posts


Mohammad Agus Yusoff
1 min ·





WAJARKAH BAIAH TALAK TIGA PAS?
Bagi pendokong PAS, mereka kata wajar atas hujah berikut:
i. supaya pemimpin yang dipilih atas tiket parti PAS tidak mengkhianati perjuangan, apatah lagi perjuangan Islam PAS.
ii. sebelum baiah ini dibuat, pemimpin ini tidak bantah pun baiah tersebut.
Mufti Kelantan telahpun menyatakan baiah ini sah. Bermakna apabila pemimpin PAS tersebut keluar dari PAS, maka jatuhlah talak tiga ke atas isterinya. Jika ada pertikaian, rujuklah ke Mahkamah Syariah untuk keputusan autoritatifnya.
Bagi bukan pendokong PAS, mereka menyatakan tidak wajar atas hujah berikut:
i. Cerai perlu dibuat secara sukarela, bukan paksa.
ii. Cerai adalah perbuatan yang paling Allah tegah dan tidak boleh dibuat main-main.
iii. Baiah setia itu hanya pada Allah, bukan pada parti dan pemimpin.
Meneliti kedua-dua hujah, saya tidak berupaya untuk mengulas sah atau tidak sahnya baiah ini.
Tetapi sebagai pelajar politik, komen saya sederhana sahaja: saya terkejut isteri pun boleh dicagar sebagai syarat untuk setia pada parti bagi menjadi calon dalam pilihan raya. Bertanya saya dalam hati, apakah Islam membenarkan perbuatan sebegini?
Merenung seterusnya, jika betullah ada baiah cerai talak tiga jika keluar dari parti PAS, ini adalah sekarut-karut tindakan!




Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 02:54 PM | Show all posts
akughi replied at 22-7-2015 09:40 AM
Nik Aziz nafi bai'ah PAS cerai isteri
5:03PM - 10 Nov 2009

wei tersedak nik ajis kat dalam kubur tu wei
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 02:59 PM | Show all posts
kemaruk replied at 22-7-2015 02:54 PM
wei tersedak nik ajis kat dalam kubur tu wei

ala...sumpah setia kat party pun mau kecoh...

lu kluar agama pun relax je makpak lu tak kecoh langsung..


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

30-11-2022 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.121122 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list