CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 3804|Reply: 2

[Tempatan] Gambar Lelaki Hargai Jasa Polis Bekerja Di Hari Raya Jadi Viral

 Close [Copy link]
Post time 21-7-2015 03:21 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ultramantujuh at 21-7-2015 03:23 PM


Baru-baru ini, seorang netizen bernama Victor Chan telah berkongsi di laman facebooknya berhubung kejadian ketika Hari Raya dia seorang diri memandu kereta dalam perjalanan balik ke rumah, ternampak polis trafik sedang menjalankan pemeriksaan lalulintas di lebuhraya, hatinya berbisik: " Kenapa mereka perlu bekerja di waktu sambutan Hari Raya?" Lantas itu, Victor  membawa kereta menuju ke arah kedai berhampiran, beli sebuah hamper, lalu balik semula ke tempat polis trafik menjalankan pemeriksaan lalulintas, serahkan hamper itu kepada polis trafik yang sedang bertugas.



" Hamper ini untuk tuan dan kawan-kawan semua, hari ini Hari Raya Aidilfitri, tuan sepatutnya bercuti bersama keluarga dan bukan bertugas. Hamper tersebut sebagai tanda penghargaan saya terhadap pengorbanan anda semua yang terpaksa bertugas di waktu cuti raya."

Gambar selfie yang dimuatnaik bersama artikel oleh Victor Chan dalam akaun Facebooknya dan tersebar luas dalam masa tidak sampai dua hari, termasuk memperolehi lebih 40 ribu 'like'. Rata-rata netizen memberi komen menyatakan rasa terharu dan  berbangga dengan tindakan Victor, pada masa yang sama ada juga memuji kebaikannya dalam usaha menyerlahkan lagi semangat satu Malaysia.  



Bagaimana pun, terdapat juga netizen yang mengatakan bukan ke peagawai polis tidak harus menerima pemberian ketika menjalankan tugas? Ini dianggap rasuah tak? Menurut netizen lagi, walaupun Victor pada asalnya berniat baik, tapi tindakan sedemikian boleh menyebabkan pegawai polis terbabit menerima persepsi yang negatif dan tekanan yang diluar jangkaan.

Ada juga netizen yang berpendapat Victor bertindak memuatnaik artikelnya di akaun Facebooknya, semata-mata bertujuan untuk menunjuk-nunjuk kebaikan yang dilakukannya.




Dalam pada itu, Victor membalas komen negatif yang dituju kepadanya dengan memberitahu tujuannya memuat naik gambar bukanlah untuk mendapat perhatian mahupun pujian.

Sebaliknya bertujuan untuk menyebar maklumat yang positif dan berkongsi perihal yang menggembirakan bersama rakan facebooknya.




Sejak kebelakangan ini negara Malaysia telah dilanda pelbagai kejadian yang menjejaskan keharmonian negara dan kita sebagai warganegara yang bertanggungjawab, apa yang kita semua tidak patut lakukan adalah menyebar maklumat negatif di media sosial.



Tegas Victor, dia menghargai semua komen yang positif mahupun negatif, setiap orang mempunyai hak menyampaikan pandangannya. Tetapi bagi dia, pemberian hamper merupakan caranya menyatakan terima kasih ke atas pegawai polis trafik yang bertugas di musim perayaan demi menjaga keselamatan lalulintas orang awam.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2015 03:25 PM | Show all posts
Ist....
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2015 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ashteru ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.733955 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list