Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
5977
View
2
Reply

Hamilton kembali atasi Rosberg

[Copy link]

Author: Nusantara77       Show all posts   Read mode

Author
Post time 9-6-2015 10:34 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Nusantara77 at 9-6-2015 10:35 AM



MONTREAL C Juara Formula Satu (F1) musim lalu, Lewis Hamilton kembali meraih kedudukan podium pertama selepas memenangi Grand Prix (GP) Kanada di Litar Gilles Villeneuve awal pagi semalam.

Saya tidak fikir kemenangan tadi (awal pagi semalam) memberi saya kelegaan selepas tewas dalam dua perlumbaan sebelum ini, ujar pemandu skuad Mercedes itu yang meraih kejuaraan ketiga musim ini.

Ketika aksi perlumbaan sebenar sebelum ini, saya pernah melakukan catatan terpantas dan memenangi saingan. Kemudian, Nico Rosberg (rakan sepasukan Mercedes) pula mengatasi saya.

Pada saingan di sini (Kanada), jentera dipandu Rosberg mengalami masalah dan ia menyebabkan rakan saya itu tidak berjaya mengatasi saya untuk memenangi perlumbaan.

Bagaimanapun, aksi saingan kali ini berpihak kepada saya berbanding dua perlumbaan lalu, ujar Hamilton yang masih menduduki tempat ter-atas musim ini dan pernah mencatat empat kemenangan di Kanada.

Pelumba dari Bri-tain itu mencatat 1 jam 31:53.145 saat untuk me-ngatasi Rosberg yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua menerusi catatan 1:31:55.430s serta pelumba pasukan Williams, Valtteri Bottas di kedudukan ketiga (1:32:33.811s) sele-pas melengkapkan 70 pusingan.

Peringkat awal perlumbaan di Litar Gilles Villeneuve me-nyaksikan Rosberg terlebih dahulu mendominasi saingan, namun Hamilton mula meningkatkan kelajuan se-lepas melengkapkan pusingan ke-29.

Selepas menyempurnakan pusingan ke-30, Rosberg memasuki hentian pit untuk menukar tayar.
Saya tertekan. Hamilton tidak melakukan kesilapan. Ia adalah perlumbaan menarik tetapi saya tewas. Berada di tempat kedua tidaklah teruk sa-ngat, ujar Rosberg yang menjuarai dua saingan sebelum ini.

Pelumba Ferrari, Sebastian Vettel menamatkan perlumbaan di tempat kelima, manakala rakan sepasukannya, Kimi Raik-konen, keempat. C AFP
kosmo!

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2015 10:51 AM | Show all posts
hamilaton ni ade potensi pecahkan rekod vettel
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 12:40 PM | Show all posts
Hamilton kembali nak England
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.084247s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list