CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2902|Reply: 14

[Tempatan] Festival Belia Putrajaya 2015: dulu k-pop, tahun ni Zombie

[Copy link]
Post time 22-4-2015 11:32 AM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA 21 April - Festival Belia Putrajaya 2015 yang dianjurkan pada 22 hingga 24 Mei ini akan memperkenalkan beberapa unsur baharu selain mengekalkan program ikonik seperti larian zombie dan pameran buku Big Bad Wolf.

Berbanding penganjuran sebe­lumnya yang tertumpu di Presint 2 dan Presint 3, Festival Belia Putrajaya 2015 akan berpusat di Dataran Gemilang di Presint 4 iaitu berhampiran dengan Jambatan Seri Ge­milang.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, pemindahan tempat penganjuran ke arah selatan akan membolehkan pengunjung menikmati pemandangan yang indah sambil menyertai pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan.

Beliau berkata, walaupun Festival Belia Putrajaya dianjurkan secara berhemah pada tahun ini sesuai de­ngan situasi ekonomi semasa, tetapi keadaan itu tidak akan menjejaskan kemeriahan program itu yang dinanti-nantikan oleh golongan muda seluruh negara.

“Festival kali ini menjiwai konsep daripada belia untuk belia. Walaupun dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan, tetapi orang muda dan Rakan Muda akan diberi peluang untuk menganjurkan program-program yang diadakan selama tiga hari.

“Program baharu yang diperkenalkan pada tahun ini ialah Fit Malaysia, kejohanan silat, Biz Valley dan persembahan daripada mentor-mentor program Rakan Muda.

“Beberapa program ikonik diteruskan pada tahun ini termasuk belia berselawat, pameran kerjaya orang muda, larian zombie dan pameran buku Big Bad Wolf,” katanya ketika berucap dalam majlis prapelancaran Festival Belia Putrajaya 2015, di sini hari ini.

Penganjuran festival melibatkan peruntukan sebanyak RM5 juta itu akan dibahagi kepada empat zon berdasarkan tema pemikiran, komuniti, seni dan aktif yang memberi peluang kepada orang muda untuk memperagakan bakat masing-masing.

Selari dengan penganjuran festival bertemakan Showcase of Talent (Memperaga Bakat) itu, Karnival Fiesta Mesra Belia 1Malaysia - Jom ke Putrajaya juga diadakan di peringkat negeri.

Sementara itu, Khairy berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan Dasar Belia Malaysia dalam Konvensyen Belia Kebangsaan pada 15 Mei ini untuk menggantikan Dasar Pembangunan Belia yang disediakan pada 1997.

“Dasar Belia Malaysia antaranya menggariskan umur belia diturunkan kepada 30 tahun menjelang 2018 berbanding 15 hingga 40 tahun pada masa ini,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2015 11:37 AM | Show all posts
memacam hal ler.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 11:37 AM | Show all posts
Beliau berkata, walaupun Festival Belia Putrajaya dianjurkan secara berhemah pada tahun ini sesuai de­ngan situasi ekonomi semasa, tetapi keadaan itu tidak akan menjejaskan kemeriahan program itu yang dinanti-nantikan oleh golongan muda seluruh negara.


tlg merahkan satu ayat baeekkk punyaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 11:48 AM | Show all posts
dianjur secara berhemah yg tak menahan..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Walking dead in Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 12:04 PM | Show all posts
chinta89 replied at 22-4-2015 11:48 AM
dianjur secara berhemah yg tak menahan..

tergelak guling bca ayt tu ye sis..kihkih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2015 12:34 PM | Show all posts
amik salib church taman medan tu bwk gi festival belia ni...maka bertempiaran lari laa zombie2 ketakutan






Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 01:48 PM | Show all posts
okla sket berbanding berjuta2 habis utk kpop sahaja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2015 01:49 PM | Show all posts
apsal xbuat tema yg bercirikan Malaysia?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 02:29 PM | Show all posts
elok ganti zombie dengan hantu2 Malaysia,barulah boleh promote Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 05:13 PM | Show all posts
RM5 juta ker, 5 billion pastu charge jer lar rakyat ek
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 05:15 PM | Show all posts
boleh lah mzz fefeeling michonne sambil bawa katana bagi menghapuskan zombie-zombie
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 11:49 AM | Show all posts
awek comel2 ramai dok?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 11:53 AM | Show all posts
dh lama xtgk walking dead...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 12:03 PM | Show all posts
kecimpret replied at 22-4-2015 12:34 PM
amik salib church taman medan tu bwk gi festival belia ni...maka bertempiaran lari laa zombie2 ketak ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18443 Replies : 25
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 8323 Replies : 5
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28681 Replies : 131
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 14094 Replies : 20
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 6159 Replies : 8
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 4018 Replies : 60
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16530 Replies : 136
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4093 Replies : 52
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24581 Replies : 72

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.168146 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list