Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
17990
View
6
Reply

HAFIZH TAMATKAN SAINGAN DI TEMPAT KE-10

[Copy link]

Author: Nusantara77       Show all posts   Read mode

Author
Post time 21-4-2015 09:13 AM | Show all posts |Read mode


Pelumba Petronas Raceline Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah sekali lagi menampilkan prestasi membanggakan untuk menamatkan saingan di tempat ke-10 pada perlumbaan Moto2 Grand Prix (GP) Argentina di Litar Termas de Rio Hondo, pada Ahad.
Hafizh yang bermula di petak ke-16 pada grid, terus memecut untuk berada di kelompok hadapan di posisi kesembilan pada pusingan awal sebelum Simone Corse  dari Itali terbabas di hadapannya sehingga mengakibatkan Hafizh nyaris terkeluar pada perlumbaan tersebut.

Berikutan insiden itu, Hafizh jatuh semula di tempat ke-12 sebelum berusaha  keras untuk berada di posisi ke-10 pada perlumbaan sejauh 23 pusingan itu dengan catatan 39 minit 55.813 saat, mengatasi Luis Salom dan juara bertahan     Moto2, Tito Rabat, yang masing-masing menamatkan saingan di kedudukan ke-11 dan 12.

"Perlumbaan menarik dan keputusan yang baik di Argentina. Kedudukan ke-10 amat memuaskan bagi pasukan memandangkan kami menghadapi masalah tayar semasa latihan pada Jumaat," kata Hafizh.

Selepas empat pusingan, Hafizh mengumpul 20 mata untuk berada di kedudukan  kesembilan dalam Ranking Dunia Moto2.

Sementara itu, pelumba Idemitsu Honda Team Asia, Azlan Shah Kamaruzaman yang bermula di petak ke-25, berjaya memperbaiki kedudukan dengan menamatkan saingan di tempat ke-17 pada perlumbaan mencabar 23 pusingan itu dengan masa 40'11.034s.

"Perlumbaan amat sukar, namun saya berpuas hati dengan kualiti perlumbaan saya di Argentina. Saya hampir menduduki tempat ke-15 untuk memperoleh mata dan  berupaya mengekalkan rentak tunggangan sepanjang minggu itu. Saya tekad meraih mata pada perlumbaan akan datang dengan prestasi yang saya tampilkan ini," kata Azlan.

Pelumba JPMoto Malaysia, Zaqhwan Zaidi yang bermula di petak ke-30, menamatkan perlumbaan di tempat ke-27 dengan catatan 40'51.238s.

Perlumbaan GP Argentina dimenangi pelumba Perancis, Johann Zarco yang mendahului saingan dari awal hingga penamat, untuk meraih kemenangan kelas pertengahan pertamanya dengan masa 39'44.497s, manakala Alex Rins dan Sam Lowes masing-masing di kedudukan kedua dan ketiga.
   
Keputusan Perlumbaan Moto2:

1. Johann Zarco (FRA) 39'44.497s
2. Alex Rins (SPA) 39'47.212s
3. Sam Lowes (GBR) 39'48.658s
4. Mika Kallio (SWI) 39'49.807s
5. Franco Morbidelli (ITA) 39'52.445s
.
.
.
10. Hafizh Syahrin (MAS) 39'55.813s
17. Azlan Shah (MAS) 40'11.034s
27. Zaqhwan Zaidi (MAS)  40'51.238s

sumber:www.stadiumastro.com


Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 05:18 PM | Show all posts
takleh lupa hafizh buat kejutan d sepang dulu..wildcard rider...

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 08:40 PM | Show all posts
i still remember that.

kat Paddock terus kecoh dgn nama Hafizh
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 05:36 PM | Show all posts
bergegar satu litar kan dengan sorakan penonton.. sampai meremang bulu roma...bangga sangat...

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2019 03:47 PM | Show all posts
Fantastic write-up! krogerfeedback
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2019 01:30 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2019 03:04 PM | Show all posts
I have read your excellent post. This is a great job. I have enjoyed reading your post first time.
http://nbiclearance.today/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.117431s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list