CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2447|Reply: 0

Google X Dilaporkan Sedang Membangunkan Teknologi Untuk Menambah-Baik Bateri

  [Copy link]
Post time 14-4-2015 06:05 PM | Show all posts |Read mode
Google X Dilaporkan Sedang Membangunkan Teknologi Untuk Menambah-Baik Bateri Pada Peralatan Elektronik
Google X merupakan sebahagian daripada Google yang memfokuskan kepada pembangunan pelbagai teknologi menarik yang sukar dicapai oleh pihak lain. Sebelum ini mereka telah hadir dengan Google Glass, kereta pemanduaan pintar, kanta lekap pintar dan beberapa yang lain. Terkini, ia dilaporkan, salah satu pasukan pada Google X turut sedang membangunkan teknologi untuk menambah-baik bateri pada peranti pintar.


Pasukan khas ini pada Google X dilaporkan diketuai oleh bekas pekerja dan pakar bateri daripada Apple dan telah memulakan tugas beliau sejak tahun 2012 yang lepas. Ketika permulaan, fokus beliau lebih kepada penggunaan teknologi bateri pihak lain untuk digunakan pada peranti Google, tetapi perkara tersebut berubah dan kini dilihat Google ingin membangunkan teknologi mereka tersendiri.

Pembangunan teknologi bateri oleh Google sendiri dilihat akan turut memberikan kebaikkan kepada pelbagai teknologi mereka yang lain termasuk kereta yang dipandu automatik, Google Glass dan sebagainya.

Pembangunan Google ini juga dilihat ingin menambah-baik lagi penggunaan teknologi lithium-ion sedia ada, serta penggunaan teknologi bateri thin-film pada peranti seperti telefon pintar, peranti boleh-pakai dan sebagainya.

Dengan penyertaan Google X dalam pembangunan teknologi bateri ini, ia sekaligus memperlihatkan lebih ramai kini sedang membangunkan sokongan bateri yang lebih baik pada peranti elektronik yang digunakan setiap hari. Selain Google, antara nama lain yang turut sedang memfokuskan penambah-baikkan bateri adalah termasuk Apple, Tesla Motors dan juga IBM.
[size=0.8em]SUMBER RUJUKAN: WSJ
kredit:www.amanz.my



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

6-2-2023 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.113875 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list