CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6072|Reply: 2

Inovasi penanda amaran oleh anak tempatan. Harapnya harga bawah RM15.

[Copy link]
Post time 13-4-2015 09:06 AM | Show all posts |Read mode


Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melakar kejayaan dalam bidang inovasi untuk bidang keselamatan apabila berjaya mencipta peralatan mudah alih yang merupakan tanda amaran bagi pengguna jalan raya apabila kenderaan mengalami kerosakan.

Tanda amaran mudah alih yang diberi nama Easy Deployment Warning Sign dicipta oleh sekumpulan penyelidik yang diketuai oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, Muhamad Azani Yahya ternyata dapat digunakan pada masa kecemasan oleh pemandu kenderaan sama ada lori kereta atau motosikal.

Produk yang sudah dipatenkan ini mendapat pengiktirafan dalam Pameran dan Persidangan Jalan Raya Malaysia 2014 dan juga Pertandingan Inovasi UPNM 2014 dengan dianugerahkan pingat gangsa seterusnya membuktikan bahawa inovasi ini mampu dikomersialkan.

Azani berkata, kenderaan yang mengalami kerosakan selalunya meletakkan tanda amaran segi tiga tetapi masih mampu dilanggar oleh kenderaan yang datang dari belakang kerana tanda amaran ini rendah dan kurang faktor penglihatan.

“Paling malang apabila kenderaan yang rosak menggunakan ranting pokok sebagai tanda amaran.

“Produk mudah alih ini mampu diletakkan di dalam kereta dengan berat kurang daripada dua kilogram dan tahan lasak,” katanya.
Inovasi tersebut paling unik digunakan untuk amaran bagi pengguna motosikal.


Ini kerana tiada sebarang inovasi sebelum ini untuk pengguna motosikal yang mengalami kerosakan terutama apabila kerja-kerja penggantian tayar dilakukan di tepi jalan raya mahupun lebuh raya yang amat mengundang bahaya.

Tambahan pula, kebelakangan ini banyak kenderaan menggunakan lorong kecemasan bagi memotong kenderaan lain yang merupakan kesalahan jalan raya.

Perbuatan tersebut mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang berada di lorong kecemasan.

Dengan menggunakan produk tersebut, kenderaan lain dapat melihat tanda amaran ini dari jarak yang jauh seterusnya memberi pilihan ke arah mengelakkan kemalangan.

Prinsip asas produk-produk ini direka untuk menambahkan kebolehnampakan seterusnya dapat mengurangkan risiko dan bahaya serta mampu mengurangkan kemalangan jalan raya.

Produk mudah alih ini dijangka dapat dikomersialkan seawal tahun ini dan memberi impak positif dalam isu keselamatan pengguna jalan raya.


Sumber http://www.utusan.com.my/sains-t ... thash.eWjSVlXH.dpuf

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2015 09:08 AM | Show all posts
btw, bahasa Melayu commercialize ialah dikomersilkan bukannya dikomersialkan
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 10:54 AM | Show all posts
Canggih juga...
------------------------------------------------
www.malaysiabestmobile.net
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hobi & Koleksi


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4039 Replies : 51
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24480 Replies : 72
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54828 Replies : 1064
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18292 Replies : 19
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277109 Replies : 1518
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.145044 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list