Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
8573
View
4
Reply

Jazeman Jaafar bakal pemandu F1 Malaysia

[Copy link]

Author: Nusantara77       Show all posts   Read mode

Author
Post time 31-3-2015 09:23 AM | Show all posts |Read mode


        Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mencadangkan usul kepada kerajaan bagi membuat pelaburan ke atas pelumba muda, Jazeman Jaafar untuk mewakili negara sebagai pemandu Formula Satu (F1).   
    Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata rakyat Malaysia mahu dan akan lebih berminat menyaksikan perlumbaan F1 dengan adanya pemandu tempatan seperti Alex Yoong, sebelum ini.

"Saya rasa rakyat ingin melihat kita dapat ketengahkan seorang pemandu F1 dan hasil pelaburan ini boleh diukur dari segi aspek pelancongan, ekonomi dan sebagainya. Kami mahu calon paling dekat iaitu Jazeman.

"Tapi dia perlukan satu pelaburan untuk kita melayakkan beliau jadi pemandu F1. Jadi sekarang kita kena fikir sama ada kita dapat buat pelaburan untuk melayakkan beliau jadi pemandu F1 atau tidak," katanya.

Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Majlis Perundingan Belia Negara sidang I penggal ke-30 tahun 2015/2016 di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras.

Jazeman, 22, kini berlumba dalam Siri Dunia Formula Renault 3.5 bagi pasukan 'Asia Racing Team'.

Mengulas mengenai sambungan kontrak penganjuran F1 hingga 2018 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Khairy berkata pihaknya menyokong pelanjutan tersebut dengan harapan ia dapat membangunkan lagi bakat-bakat dalam sukan permotoran negara.

"Kita nak pastikan bahawa penganjuran itu sudah pasti banyak membawa faedah ekonomi kepada negara dari segi pelancongan, industri dan permotoran," katanya.

Dalam perkembangan lain, mengenai pelaksanaan Program Podium yang diumumkan pada awal tahun ini, katanya pihaknya masih dalam proses perundingan melibatkan isu gaji dan beberapa perkara yang perlu diperhalusi.

Program Podium adalah program pembangunan dan persediaan atlet untuk menghadapi Sukan Olimpik 2020 di Tokyo dengan sasaran mencapai pingat emas pertama negara di pentas Sukan Olimpik.

sumber:www.stadiumastro.com

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 01:07 AM | Show all posts
terbaik...semuga menjadi contoh terbaik utk anak muda kita
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 12:41 PM | Show all posts
Tahniah pemandu F1 ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2016 02:57 PM | Show all posts
teerrrbaikkkkkkk!
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 12:32 PM | Show all posts
Pada aku baik stay je dulu dalam series yang sedia ada tu.  Perfomance sekarang pun banyak turun dari naik

Bukan taknak support orang kita, tapi biarlah berpijak dibumi yang nyata. Cuba konsisten tapau pole position & podium. Tak pun top 5 dalam dalam setiap race. Baru fikir pasal F1, dia pun muda lagi kan. Alex Yoong tu pun first F1 driver, tapi bertahan lama mana? Dekat setahun je pun. So taknak berulang, elok cari pengalaman dulu penuhkan ilmu di dada.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.087467s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list