CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
12Next
Return to list New
View: 7171|Reply: 30

Konsert: DATO’ SITI NURHALIZA UNPLUGGED 2015

[Copy link]
Post time 26-3-2015 12:19 AM | Show all posts |Read mode


Bulan April mempunyai signifikan yang tersendiri kepada penyanyi Dato’ Siti Nurhaliza kerana setiap kali bulan ini menjelma, beliau akan meraikan ulangtahun penglibatannya dalam bidang seni. April 2015 dianggap bulan permulaan kerjaya seninya untuk tahun ke 20.

Sebagaimana janji beliau kepada para peminatnya sebelum ini, Dato’ Siti Nurhaliza bakal mengadakan sebuah konsert akustik istimewa yang dinamakan Dato’ Siti Nurhaliza Unplugged 2015 pada 7 April , Selasa, di Panggung Sari, Istana Budaya, bermula jam 8.30 malam.

Konsert yang berlangsung cuma sehari ini diadakan bersesuaian dengan slot yang diberikan oleh pihak Istana Budaya dan beliau mengambil peluang tersebut sebagai pembukaan kepada persembahan berskala konsert pada tahun 2015. Beliau bagaimanapun akan tampil dengan pementasan Konsert Muzikal Fragmen Siti, selama 8 hari di Istana Budaya pada bulan November depan.

Dato’ Siti memahami bahawa tempoh sehari mungkin tidak cukup untuk jumlah peminatnya tetapi beliau berharap agar mereka memahami tujuan diadakan persembahan tersebut termasuk slot sehari yang ditawarkan oleh Istana Budaya. Bagi beliau, peluang yang ada ini harus diambil dan bertepatan dengan bulan April bagi sambutan ulangtahun beliau dalam bidang seni.

Dato’ Siti Nurhaliza Unplugged 2015 ini bertujuan untuk melengkapkan perjalanan seni beliau selama 20 tahun kerana sepanjang tempoh tersebut , beliau belum pernah muncul dalam persembahan konsert akustik secara keseluruhan. Persembahan ini akan lebih menonjolkan kepada vokal Dato’ Siti dan juga garapan muzik oleh Aubrey Suwito terhadap lagu-lagu yang bakal dipersembahkan nanti.

Persembahan Dato’ Siti Nurhaliza yang bakal langsung selama 2 jam ini dianjurkan oleh Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd.dan kerjasama Istana Budaya. Dato’ Siti memilih untuk menyampaikan lagu-lagu dari album pop beliau yang telah dipilih serta beberapa lagu lain untuk memberikan warna kepada persembahan. Pada setiap album pop beliau akan ada lagu-lagu yang dipilih mewakili album tersebut untuk dinyanyikan walaupun memberikan fokus kepada album terbaru beliau, Fragmen.

Dato’ Siti berharap agar persembahan beliau kali ini dapat dilihat kelainannya berbanding konsert beliau sebelum ini. Menurut beliau ada di kalangan peminat yang sudah lama bertanyakan penganjuran konsert akustik kerana mereka mahu mendengar lebih kepada persembahan vokal Dato’ Siti sendiri.

Tiket untuk menonton persembahan ini boleh didapati secara online di www.AirAsiaRedtix.com dengan harga RM78, RM108, RM218, RM28, RM258, RM278, RM338 dan RM518. Harga ini tidak termasuk caj tiket dan GST.

Selain itu tiket boleh dibeli di Rock Corner The Gardens, KLCC, Subang Parade dan The Curve. Tiket juga dijual di Victoria Music di Sg.Wang, Amcorp Mall, Tropicana Mall dan Bangsar Shopping Centre serta di Box Office Istana Budaya. Bagi pembelian di Pulau Pinang pula, tiket boleh didapati di di Artist Gallery, Gurney Plaza dan Artist Gallery, Queensbay Mall.

Source: http://redtix.airasia.com/Events/DatoSitiNurhalizaUnplugged2015/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2015 12:23 AM | Show all posts


rozisangdewi
Signifikan April 2015. Menjejak langkah ke permulaan detik 20 tahun dalam industri. @ctdk #datositinurhalizaunplugged2015 .
INFO:
-Tiket bermula semalam (23 Mac) mula dijual di outlet dan belum dijual secara online. Pihak Redtix memerlukan sekurang2nya 3 hari waktu bekerja utk set up.penjualan secara online.
-Tiket dijual kpd org ramai, tiada pilih kasih. Siapa cepat dia dapat.
-Persembahan ini dibuat sehari saja dan juga pada hari bekerja (Selasa) kerana ini adalah slot khas dari Istana Budaya dan kebetulan hanya ada sehari saja dlm bulan April, Panggung Sari tidak digunakan. Pihak SNP merebut peluang yg ada utk mengadakan satu persembahan sempena sambutan ulangtahun ke 20, Dato' Siti di dlm industri muzik.
-Lagu2 yg disampaikan dr album pop Dato' Siti sedari awal hingga yg terbaru, Fragmen.
-Persembahan menonjolkan garapan muzik akustik dan vokal Dato' Siti, set yg simple, santai tetapi kelihatan eksklusif. 1d
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2015 12:23 AM | Show all posts


rozisangdewi #datositinurhalizaunplugged2015 ini adalah harga tiket, tidak termasuk caj tiket dan GST. Di mana hendak mendapatkan tiket, rujuk gambar atau posting saya sebelum ini. Tq. 2d
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2015 12:26 AM | Show all posts




Kredit: IG rozisangdewi
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 09:50 PM | Show all posts
Bencinyaaa......
Outstation masa nie......takleh pergi......

Terpaksa tunggu konsert muzikal hujung tahun nanti


Sapa pergi....wajib upload youtube okayyy
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 04:18 PM | Show all posts
tak pegi jugak..

tunggu yg nov nanti lah
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 02:13 AM | Show all posts
mana nak dpt tiket kat kl eh?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 01:42 PM | Show all posts
dh beli tiket ni..even mahal tp sggp psl salah satu jenis konsert yg sy nk tgk sgt2..byr mahal2 tp sbb mmg impian nk tgk unplugged so redah jer la..bkn slalu pn kan..

sesaper yg pegi see u there.. yg tau pegi pn kyree jer...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 01:42 PM | Show all posts
harisbee replied at 31-3-2015 02:13 AM
mana nak dpt tiket kat kl eh?

abg bee kt IB ada kual..n kt klcc kedai music tu pn ada jual gak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2015 07:58 PM | Show all posts
graxier06 replied at 1-4-2015 01:42 PM
dh beli tiket ni..even mahal tp sggp psl salah satu jenis konsert yg sy nk tgk sgt2..byr mahal2 tp s ...

uols, nanti kalau berkesempatan, sila rekod audio k...pastu share kat sini iols x pegi sebab buat weekday kan choi sgt...lainla kalo duduk kl, on jahh
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 11:28 PM | Show all posts
hyie replied at 1-4-2015 07:58 PM
uols, nanti kalau berkesempatan, sila rekod audio k...pastu share kat sini  iols x peg ...

Insya Allah kalo senmpat..psl tkt nnti terlalu pokus kt performance dia smpi xinagt apa bnnda dh..hehehe

iol suka jer dia wat weekday psl senang n dpt agak la rmi xleh nk join xspecially dia buat sehari jer...even senahri n weekday pn ttp tiket sold out uol.. yg under 200 dlm ms 4 ari dh abis...so kna la beli sisa2 yg still ada psl nunggu claim pnya psl..hehehe

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 12:56 AM | Show all posts
graxier06 replied at 1-4-2015 01:42 PM
abg bee kt IB ada kual..n kt klcc kedai music tu pn ada jual gak..

tinggal yg mahal2 je...abg bee x mampoo la....sedih sgt...

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 11:24 AM | Show all posts
harisbee replied at 2-4-2015 12:56 AM
tinggal yg mahal2 je...abg bee x mampoo la....sedih sgt...

a ahh tggl tiket yg agak mahal jer..yg plg murah pn rm218 tu pn b5 tax ngan gst..kalo dh msk maunya 250 kot...
bertabah la abg bee..ala nnti kompom dia akn wat laie psl mmg slalu kalo sehari xckp bg tokti kan...psl bnda ni pn sgt2 last minit dpt tmpt tu main sambar jer buat bln 4 tu.,.anniversary katanya...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 12:59 PM | Show all posts
nak sangat tgk live dia nyanyi lagu dr Fragmen wpun daus maintain2 kata hauk...choyyy daus...

nasib baik x buat kat philharmonik....kat sana nak show off  hp mahal pun pak gad kecoh...

kat IB ok kot....grax...tolong upload eh.....macam dpt firasat CT nyanyi lagu Kau sangat bererti...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2015 07:27 PM | Show all posts
faizal tahir n awi rafael pon ada buat cameo khuen...harusla lagu Aku(Wanita) ngan lagu my feveret Mula dan Akhir ada Mohon sesapa rekod ye kalo ade lagu ni...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2015 07:56 AM | Show all posts
yg pasti tokti bwk lagu usah diragui nnti..yg tu la yg plg excited ni..maybe akn ada byk lagu slow kot..yer la lagu ranck ala2 xsesuai ngan konsep unplugged..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2015 02:59 PM | Show all posts
Tgk fb rozie sang dewi.. dia ada upload video ct tghrehearsal lagu kau sgt bererti, tanpa kalian dan usah di ragui..
Satu lg x tau tajuk.. Lagu evergreen suhaimi meor hasan.. What a nice rendition by ct.. Syahdu dan best
Itu bru train n not a real concert d!
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2015 02:37 AM | Show all posts
oh...kau sgt bererti
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2015 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ct ade nyanyi tanpa kalian erk? Best lagu tu    sape.pi konsert mlm ni?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 02:17 AM | Show all posts
Konsert ni sgt2 bes.. Simple n xder gimik2 yg sgt cliche yg tokti penah buat dulu2...

Konsert yg pertaruhkan vokal semata2...dan mmg vocally tokti sgt cemerlang  ngan persiapan kurang dr 2 minggu..

list2 lagu yg aku ingat
1. 10 lagu dr Fragmen (termasuk Seluruh Cinta sbg encho) - faizal Tahir ngan Awi Rafael hnya iringi performance tokti dengan gitar utk lagu msg2
2. Jawapan Di persimpangan (katanya lagu 1st yg dia rekod...n mmg btul pn kn)
3. Jerat Percintaan + Gelora Asmara (di iringi oleh Adnan Abu Hassan yng main piano)
4. Usah Diragui + Wajah Kekasih + Kau Kekasihku (medley - plg best n rmi sgt njoy psl lagu2 lama yg strong giler)
5. Intrg Cinta + Tanpa Kalian
6. Biarlah Rahsia (yang di jazz kan)
7. Epilog Cinta Dari Bromley (lagu Suhaimi Meor Hassan ) + Suratan atau Kebetulan (Kenny, Remy & Martin) - lagu khas utk Tun Dr Mahathir as special guess + Tun Dr Siti Hasmah
8. kau Bagaikan Permata

tu jer lagu2 yg aku ingat..

bg aku plg win lagu Usah Diragui opnya medley...sgt2 sedap n powerful... mmg org excited ngan lagu2 ni psl time ni la tokti ada power ballad songs

yg aku suka tokti xbwk 1 lagu pn dr Audi Mok.

Mengharapkan lagu Seribu Kemanisan utk uji lagi vokal dia..tp pn xder..huhuuh

bg aku aku sgt puas ati ngan konsert ni..simple n xmeleret..just nice dr semua segi..
simple gak sbb hnya ada beberapa pemuzik jer.. piano by aubrey suwito, 2 gitaris, 1 basist, percussions by steven thorntan 1 violin n 1 drummer
2 penyanyi latar..penari pn ada 4/5 org tu pn hnya 4 lagu rancak jer...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Forum Hot Topic
Happy New Year 2022 Warga CARI!
XimHappy New Year 2022 Warga CARI!
Views : 863 Replies : 93
Kuin keris v60
owhgeeKuin keris v60
Views : 63747 Replies : 1807
TBTMI & Nabilah Khan Not so Royal??
ZORRO5555TBTMI & Nabilah Khan Not so Royal??
Views : 54688 Replies : 141
Jom share makanan yg kawan2 makan~vol 1
amirairaJom share makanan yg kawan2 makan~vol 1
Views : 2695 Replies : 282
Makcik Neelofa spill the tea pasal Fazura vs Neelofa kat IG story ??
hell0jennieMakcik Neelofa spill the tea pasal Fazur
Views : 49913 Replies : 183
CSR Racing 2 se centra en las carreras callejeras en Android y iPhone (iOS)
alexjameCSR Racing 2 se centra en las carreras c
Views : 709 Replies : 4
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 9575 Replies : 554
PAKAR MEMPERBAIKI MESIN BASUH, MESIN PENGERING, PETI SEJUK. PROFESSIONAL REPAIR
a开心果PAKAR MEMPERBAIKI MESIN BASUH, MESIN PEN
Views : 29657 Replies : 504
BULLET TRAIN (2022)
SY_MumiBULLET TRAIN (2022)
Views : 640 Replies : 5
Kisah Seram Dingorat Jantan USA.
keane.somewhereKisah Seram Dingorat Jantan USA.
Views : 286 Replies : 13



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-1-2022 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.857075 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list