CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
View: 3210|Reply: 2

Pinjam dari "Peminjam Berlesen" utk mula bisnes

[Copy link]
Post time 12-1-2015 09:40 PM | Show all posts |Read mode
Siapa yg ada pengalaman pinjam untuk mula bisnes dari "Peminjam Berlesen" seperti yg diiklan dlm suratkhabar2 ... Contohnya dia tulis, "Pinjaman Perniagaan", kalau pinjam RM100k, utk 72 bulan bayaran balik ialah RM1460 ..

Sesiapa ada pengalaman? Tertarik la jugak sebab channel2 pinjaman spt SME/TEKUN/MARA semua selain lambat, banyak hal pula... Nak call sykt tu, mcm tak berani ler pulak kekekeke...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2015 10:16 PM | Show all posts
jangan la.. sbb, 90% bisnes yg bermula dengan pinjaman, akan bungkus.. buat je la dengan berapa modal yg ada dulu..

sy mula2 bisnes dlu hanya ada tukul dan paku, meja buruk dan air liur..

g sana sini cari job.alhamdulillah, selepas sepuluh tahun, bermacam2 bank dtg offer loan.. semua saya tolak kecuali sme bank offer mesin, saya ambil sbb xde riba..

nasihat saya, sabar la dulu.. loan hanya selepas tahun ke lima ok?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2015 08:03 AM | Show all posts
Edited by k_a_a at 13-1-2015 08:21 AM
rawahah replied at 12-1-2015 10:16 PM
jangan la.. sbb, 90% bisnes yg bermula dengan pinjaman, akan bungkus.. buat je la dengan berapa moda ...

Terima kasih tuan atas pandangan tuan itu. Sy check sikit, rupanya depa tu ahlong lah juga & banyak tipu helahnya utk nak "makan" interest.

Sy mula berniaga sejak 2011.. cuma homebase & pasarkan dlm internet.. barang yg sy jual adalah kategori makanan lah.. lama kelamaan org ramai bertanya "di mana kedai?" dan sy rasa kalau ada kedai tu lebih baik dan dpt cecah pasaran lebih besar. Plan ialah buka bakery & cafe. Namun modal lah yg menjadi isu.  

Sy ada check kedai2 MARA, takde available atau pun lokasi dah terlalu teruk (ada yg siap ada jerami penuh utk tempat kucing)...Majlis PBT pula.. semua dah tak available.. kalau available pun tak sesuai .. dan majlis pun tak telus (atau malas nak pantau) ...

Nak ajak org share dlm syarikat (hatta nama "syarikat" bermaksud perkongsian modal 2 atau lebih orang), org melayu ni mcm kurang minat.. melainkan kalau cerita "skim cepat kaya" spt janji pulangan modal + XX% dlm beberapa bulan, itu dpt perhatian lah...

Ada kawan yg buat bakery juga cerita kalau nak pinjam PUNB, pihak PUNB skrg tak support sangat bakery ni atas alasan "barang stok mudah rosak".. sy pun pelik la.. memang la mudah rosak, tapi perlu la penjagaan spt guna chiller atau freezer.. Dulu ada juga kenalan yg buat bakery, jual di RnR Plus, lama2 tutup, dia dibawah PUNB loan lah, tak tau lah kenapa dia tutup (sebab dah tak dpt contact) .. tapi dulu dia selalu juga cerita, bila nak wang untk beli stok, sangat leceh, kena request drp punb.. kang org incharge dia tu cuti ka apa ke, jadi smp sebulan lebih baru nak lulus & kemudian baru dpt duit... sementara tu kedai mcm tak bermaya la, takdak produk sebab stok takdak... dlm kes mcm ni.. perlu lah pula "bridging loan" atau loan sementara utk cover sementara nak lulus request tu.. tapi takkan la nak pnjam ahlong pula...

Nak TEKUN pula.. dah kesana.. antaranya kena komitmen sewa kedai (sebab nak guna dokumen perjanjian).. dan yg paling leceh apabila officer dia cakap "tekun beri apa yg perlu sahaja".. apa ulasan "apa yg perlu" itu, bergantung kpd pengulas di HQ.. saya tak jadi nak apply sebab tak jelas apa itu "apa yg perlu sahaja"...spt sorang kawan ni minta 50k tekun, yg dpt cuma 10k, itu pun lepas 10 bulan..nasib baik la kedai dia tu abang dia yg punya...

SME bank,.... sy dah jumpa tahun lepas,... dia cakap sme cuma support bisnes yg dah ada kedai, beroperasi 3 tahun (dgn kedai) dan akaun bank molek.. Nak cuba pula skrg ni melalui SME juga, dlm program "TUS 2" (tabung usahawan 2)... tapi entah ler... masih belum ada respon drp SME ... sorang kawan yg juga buat bakery guna SME melalui "YEF" (youth entrepreneur fund).. lama juga la.. dan loan disbursement berperingkat... lepas dah sewa kedai 3-4 bulan baru la lulus.. equipment tak sekali gus.. dah dekat 6 bulan baru dpt disbursement utk chiller.. jadi selama ni kedai mcm kedai tak siap la... tu lecehnya tu..

wallahualam.

Merujuk kpd posting sy di benang pasal TEKUN :
http://mforum.cari.com.my/forum. ... amp;fromuid=1900084

Tahun lepas (2014) sy ada pi tanya tekun... sy pun buat biz online buat masa ni.. cadang nak upgrade la, nak sewa kedai semua.. officer dia kata "online ni susah" alasan dia cakap "sebab tak nampak", saya pun pelik la, apa jadah yg tak nampaknya.. sy cakap sy ada website semua, order online saya ada rekod dalam email, baru lah dia cakap "print semua tu"... officer tekun ni yg ketinggalan zaman kut.. kemudian sy beritahu dia saya nak buka kedai, skrg memang la homebase.. dia suruh ambik gambar semua stok & proses membuat (sy buat makanan) di dlm rumah tu, ok lah, takpa lagi.. kemudian dia cakap perjanjian sewa kedai tu kena ada dan komitmen itu dianggap sbg telah penuhi 30% bahagian peminjam -- makna nya sy kena bayar la dulu sewa .. melainkan boleh kawtim dgn tuan kedai.. kalau buatnya smp 6 bulan pengsan la.. dan yg tak berapa sedap ialah apabila officer tu cakap "tekun bagi apa yg perlu sahaja" .. dia tak boleh nak ulas definisi ayat dia "apa yg perlu" sebab katanya itu nanti HQ (kl) yg akan ulas drp RP kita tu... sebab tak jelas apakah "yg perlu sahaja"... lama2 sy tak jadi pinjam.. so, bisnes masih di takuk lama lah, tak berubah sebab susah sgt...

Sorang kawan saya tu dia bukak kedai gambar... dia apply mara & juga tekun... sebab dia bekas giat mara, jadi dia masuk program khas mara... apply dekat 10 bln, baru lah lulus.. dlm 10 bln tu kedai kena ada, dan bertahan la di kedai tu... tapi dia ok la, sebab kedai tu abang dia punya.. abg dia juga shareholder bisnes dia tu.. tapi tekun, dia apply RM100k dapat cuma RM10k.. tekun kata permulaan bisnes dia cuma bagi RM10K... apa punya otak ni.. mana ada dlm dunia ni modal startup bisnes kecil.. semua initial cost besar la...  mara dia dapat la.. tapi yg teruknya, kos utk beli equipment (cetak & proses gambar), mara tolak, mara suruh dia sign utk sewa daripada mara .. jadi buat perjanjian lain & kena bayar sewa la pulak utk equipment... dan mara juga tolak kos renovation.. ini lagi satu otak sayur... kedai kalau mcm tak siap ja, org tak minat la... berbulan juga la kedai dia lantai simen je & nampak mcm kedai dobi... nasib baik la abang dia loaded juga... abg dia support kos operasi dlm 10 bulan sebelum dpt duit mara/tekun tu.. bayangkan kalau org mcm sy yg miskin ni... 3 bulan dah "mati" dah.. bila dah "mati" nanti mara/tekun pula mungkin akan cakap, "baru nak bagi, tapi biz dah mati, kami batalkan je lah"... so selamat la duit depa tu.. dlm rekod statistik depa, biz dah lulus dapat tapi hakikatnya mcm depa nak tunggu biz tu "kiok" baru nak bagi... duit keluar kut hidung depa kut... tu pasal susah benor...

Honestly saya kecewa la... SME bank pun satu cerita.. lain kali la tulis..

Saya nak share satu kisah... Org Melayu kalau jenis berkerjasama mcm org Cina baru lah perniagaan boleh berkembang... Dulu saya hantar produk saya di suatu mall di Penang (sy duk utara).. kedai ni ialah kedai franchise, tapi boleh jual mcm2 barang sampingan... Sy jumpa semua co-owner kedai tu.. ada dlm 6 orang rupanya yg share.. mereka semua muda (lingkungan 30 thn) dan mereka kerja di tempat2 lain, kebanyakan nya kerja dgn kilang (engineer ke apa ke tak pasti)... tapi mereka rotate hari2 siapa yg akan dtg utk check kedai tu pd tengahhari & petang (closing)... Yg hebatnya mereka semua kerja professional & mereka invest sama2 & takde pula gaduh2... jadi ini lah "power of unity".. kalau kesorangan memang nak kena keluar modal banyak.. kalau ramai kan mudah.. itu lah "syarikat" (2 org atau lebih bergabung)... saya belum lihat lagi kerjasama mcm ni di kalangan org Melayu buka bisnes ...

Tq


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

26-9-2022 02:00 AM GMT+8 , Processed in 0.078262 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list