CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
1234Next
Return to list New
View: 8825|Reply: 69

[Tempatan] Jejaka Chikdo Tunjuk Wang kertas pelik dari kaunter bank

[Copy link]
Post time 6-1-2015 08:28 AM | Show all posts |Read mode
Nor Azam menunjukkan wang kertas yang dikeluarkan dari kaunter sebuah bank di Seri Kembangan.
[url=][/url]



        PASOH - Seorang pemuda terkejut apabila mendapati wang kertas RM50 yang diterimanya ketika membuat pengeluaran dari kaunter sebuah bank di Seri Kembangan, tidak lengkap.

        Bagaimanapun, Nor Azam Ngadono, 25 dari Felda Pasoh Tiga di sini, hanya menyedari keadaan itu semasa minum di sebuah kedai makan di Bandar Seri Jempol.

        Menurutnya, dia mengeluarkan wang itu Jumaat lalu kira-kira jam 1 petang di Seri Kembangan sebelum dimasukkan ke dalam akaun bank lain menerusi mesin tunai automatik (CDM) tetapi gagal.

        "Ketika itu, saya tidak mengesyaki apa-apa dan menyimpannya di dalam dompet.

“Saya hanya menyedari wang kertas ini berbeza ketika mahu membayar minuman ketika keluar minum bersama bapa dan rakan di Bandar Seri Jempol.

“Selepas meneliti wang terbabit, saya dapati hanya tertera angka lima dan tanpa ciri keselamatan,” katanya.

        Katanya, hasratnya untuk menggunakan wang itu terpaksa dibatalkan kerana takut dituduh menggunakan duit palsu.

        Dalam pada itu, Nor Azam berharap pihak bank memandang serius perkara ini kerana ia menimbulkan kesulitan kepada orang ramai yang berurusan jika menggunakan duit berkenaan.

        Sinar Harian difahamkan Nor Azam bercadang membuat laporan polis dalam masa terdekat.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2015 08:30 AM | Show all posts
jual la dekat pawn star...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 08:32 AM | Show all posts
ko simpan je..... kalau bukan duit palsu tapi duit cacat, ko lelong je silap2 blh dpt harga lagi tinggi dari nilai yg tertera
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 08:46 AM | Show all posts
dulu i keluar duit di rhb sri kembangan
keluar dua ratus
keempat empat duit kertas rm50 tu koyak
macam kena potong dengan pisau tajam
nasib baik bank buka
terus pegi kaunter tukar duit elok
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 08:51 AM | Show all posts
duit cacat tinggi nilainya...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 09:02 AM | Show all posts
Chikdo tu apa kaka?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2015 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
biskutsusu replied at 6-1-2015 08:46 AM
dulu i keluar duit di rhb sri kembangan
keluar dua ratus
keempat empat duit kertas rm50 tu koyak

Abam pong kena diikkk...
Panjang plak tu koyak...

apa lagi...dari ATM dia datang ..ke CDM dia pulang...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 09:24 AM | Show all posts

kecik do kot, bukan sado
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2015 09:24 AM | Show all posts

Kecik do = chikdo
besar do = sado

term orang urban sekarang... mungkin DBP akan menimbang untuk dimasukkan kedalam kamus dewan 5 tahun lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 09:24 AM | Show all posts
CDM boleh detect x kalau duit kita masukkan tu palsu?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 09:40 AM | Show all posts
qronaldo7 posted on 6-1-2015 09:24 AM
CDM boleh detect x kalau duit kita masukkan tu palsu?

sakit ati den bila duit yg kita kluarkan dari atm dan duit yg sama bila nak masuk cdm, mesin x accept........... ppppffffthhh
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 09:45 AM | Show all posts
munkyG replied at 6-1-2015 09:24 AM
Kecik do = chikdo
besar do = sado

haha.. ak like
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 09:57 AM | Show all posts
sama lah dik macam @WIFEY_KETIAK   ke u masuk sinar? GLam gitu

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=843391
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 09:57 AM | Show all posts
qronaldo7 replied at 6-1-2015 09:24 AM
CDM boleh detect x kalau duit kita masukkan tu palsu?

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=843391

Sama macam adik ini tah tah dia
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 10:10 AM | Show all posts
nanti jual boleh berilpat kali ganda kalau itu duit bank error la
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 10:12 AM | Show all posts
Thank you for pencerahan @miss_baby dan @munkyG . macam2 la terms budak2 sekarang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2015 10:13 AM | Show all posts
pestol replied at 6-1-2015 09:57 AM
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=843391

Sama macam adik ini  tah tah di ...

itu yg peliknya tu... kuar kat atm ok je ade nilai, masuk cdm kene reject pulak mcm xde nilai duit tu... bank, pls take note..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 10:15 AM | Show all posts
tinggi harga dia ni...kalau tulen rare...kalau pelesu siap ko
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahaha puas aku pikir apala chikdo tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 10:59 AM | Show all posts
pestol replied at 6-1-2015 09:57 AM
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=843391

Sama macam adik ini  tah tah di ...

memang dia la tu kot . Sep gambar..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.085945 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list