Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
35110
View
217
Reply

ALKISAH SERAM VOL I : CIK KAK CINA? #205

[Copy link]

Author: cikX87       Show all posts   Read mode

Post time 23-9-2014 01:54 PM | Show all posts

Hotel kat jln bendahara tu ke TT?

Ada kwn pernah cerita kalo kat MElaka hotel yg dihebohkan haunted adalah hotel yg tepi bangunan dulunya ada pizzahut..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-9-2014 02:58 PM | Show all posts
Jetty posted on 23-9-2014 01:54 PM
Hotel kat jln bendahara tu ke TT?

Ada kwn pernah cerita kalo kat MElaka hotel yg dihebohkan ha ...

alamak cikX tak ingat lah nama jalan tu. pizza hut? dalam bangunan lama ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 04:06 PM | Show all posts
cikX87 posted on 23-9-2014 02:58 PM
alamak cikX tak ingat lah nama jalan tu. pizza hut? dalam bangunan lama ke?


lama gakla bangunan tu..alaa..yg sebaris dgn hotel orchid, hotel yg besar sikit tu lupa plak nama apa.

yg dekat2 dgn hospital putra tu... rasanya pizza hut tu dah pindah tempat lain..hotel yg member ckp ni dia entrance dia sebelah tepi..

ampun kalo salah hotel...




Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-9-2014 05:04 PM | Show all posts
Jetty posted on 23-9-2014 04:06 PM
lama gakla bangunan tu..alaa..yg sebaris dgn hotel orchid, hotel yg besar sikit tu lupa plak nam ...

hotel yang cikX maksudkan.. eh tak payah lah bagitau. hahaha! kesian nanti orang takut nak gi sana. sebab dengarnya memang "sesuatu"
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-9-2014 05:22 PM | Show all posts
BUKIT BERHANTU


kisah ni mak cikX sendiri yang ceritakan kat cikX. sebab waktu tu cuma ada mak, bapak and adik cikX yang kecik tu aja dalam kereta. diorang on the way balik ke rumah. dan waktu ni, rumah sikit punya jauh dari bandar. sebab waktu ni bapak cikX beli rumah tepi pantai.

so nak dijadikan cerita, dalam perjalanan diorang balik rumah tu, memang kena lalu satu bukit ni. dan bukit ni memang haunted. tapi selama lalu lalang kat bukit ni, belum pernah jadi apa apa lagi lah kat kitorang, tapi nasib diorang malam tu agak malang jugak lah.

masa tu mak dengan adik cikX duduk seat belakang sebab adik cikX nak baring. so bapak kat depan lah drive sorang sorang. mula mula semua okay ja. mak macam kebiasaannya lah, kalau travel malam memang akan pasang surah Yassin kat handphone dia. berulang ulang (on repeat) sampai lah tiba kat destinasi. tapi malam tu, kesian mak aku kena kacau tau. huhu.

bila bapak cikX start ja daki bukit tu, guess what? surah Yassin dalam handphone mak cikX STOP dengan sendirinya. YE. STOP TIBA TIBA. dan it started to play some random songs. mak cikX dengan panik nya scroll cari balik surah Yassin tu tapi TAK ADA. macam dah kena delete. mak cikX da panik tahap tenuk da time tu. bapak suruh rileks. alaa. bapak. biasalah. hero malaya.

bila diorang lepas ja dari bukit tu, surah Yassin tu sambung balik. ye. sambung balik kat mana terstop tadi. kurang hajar betul setan tu kan? pandai pulak dia main stop play stop play. memang. bunyik macam lawak. tapi benda ni betul jadi. kesian mak. malam tu memang tak lena dia tidur.

sekarang rumah family dah pindah ke area bandar. dah tak tinggal sana lagi dah. tapi dengar dengarnya kalau ada rezeki bapak cikX nak tinggal balik area pantai tu. suka udara nyaman katanya. allah. lemas lah! Last edited by cikX87 on 7-10-2014 12:41 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 05:38 PM | Show all posts
cikX87 posted on 21-9-2014 11:10 AM
selamat pagi korang! hari ni cikX nak cerita throwback pengalaman sendiri masa kat Melaka. ada sesap ...

hikkhikk.. kelakar pun ader.. tapi T pernah rasa perasaan mcm tu.. cepat lah siang cepat lah nak balik.. kalau duduk sesetengah hotel nie.. tak leh nak tido..

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-9-2014 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
mrsT posted on 23-9-2014 05:38 PM
hikkhikk.. kelakar pun ader.. tapi T pernah rasa perasaan mcm tu.. cepat lah siang cepat lah nak b ...

betul. rasa macam kalau ada butang forward nak kasi laju je haa! HAHAHAHA!
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 06:34 PM | Show all posts
cikX87 posted on 23-9-2014 05:42 PM
betul. rasa macam kalau ada butang forward nak kasi laju je haa! HAHAHAHA!

memang pun.. org tua kata putih tapak kaki lari.. hihikkhikkikk...



Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 09:51 AM | Show all posts
cikX87 posted on 23-9-2014 05:22 PM
BUKIT BERHANTU

die bluetooth kat hs die kot
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-9-2014 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
mrsT posted on 23-9-2014 06:34 PM
memang pun.. org tua kata putih tapak kaki lari.. hihikkhikkikk...

wakakakakka pucat habis da tu!
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 08:06 AM | Show all posts
cikX87 posted on 24-9-2014 04:39 PM
wakakakakka pucat habis da tu!

giler mau tak pucat.. sekali dia sayy "haiii"..."baa..baa...chakk.." pengsan kat situ jugak..  
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 05:21 PM | Show all posts
cikX87 posted on 21-9-2014 02:05 PM
ni baru sikit je yang cikX cerita ni srauna. terima kasih sudi baca. alhamdulillah sebab awak tak  ...

CikX87...w/p tak pernah tengok..tp saya suka baca cerita hantu dari zaman Bercakap dengan Jin, tp bila dah advance..eceh..kita baca cerita hantu kat net je lah. Novel hantu pun dah kurang skrang.
Terima kasih cerita pengalaman...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 29-9-2014 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
sranua posted on 29-9-2014 05:21 PM
CikX87...w/p tak pernah tengok..tp saya suka baca cerita hantu dari zaman Bercakap dengan Jin, tp  ...

thanks sranua sebab baca cerita cikX. ada masa cikX sambung cerita.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-10-2014 12:40 PM | Show all posts
salam uolls. lama cikX tak update cerita kan? busy nau nau. hari ni cikX update. enjoy!


HANTU LIF


banyak kali da cikX kena sakat dekat lif ni. tak tau je lah kalau semua tu jatuh kategori kesilapan teknikal ke apa. tapi benda ni memang betul jadi. kadang tu tak payah tunggu malam. siang buta pun dia kacau.


CERITA 1

ada satu kejadian ni jadi kat cikX, kakak cikX dan beberapa penghuni apartment kitorang ni. masa tu pagi around jam 7 kot. kitorang naik lif macam biasa lah ada yang nak pi kerja and cikX pulak waktu tu nak pi class. awal gila keluar sebab sekali dengan kakak cikX nak pi ofis.

so bila masuk ja dalam lif tu of course lah semua orang tekan button nak turun kan? melainkan kau ada helicopter parking kat atas. hahaha. okay hambar.

so sambung cerita, masa lif tengah nak menuju ke tingkat bawah, tetiba lif berhenti kat tingkat 4. pintu lif terbuka. so masing masing mengundur bagi space kot kot ada yang nak masuk. tunggu punya tunggu takda. so ada sorang abang yang diri kat tepi button lif tu pegi lah jenguk kepala ke luar. "takda orang" ujarnya. ceh. ujarnya. hapa kau hengat novel? hahahaha. so abang tu pun tutup lah pintu lif tu balik. begitu pun pintu tertutup, tetiba warning alarm LIFT PASSENGER EXCEEDED. maksudnya lif berat lah kan. masing masing dok berpandangan. rasanya tak ada yang masuk, tak ada jugak yang keluar. pelik.

tetiba ada sorang pokcik ni bersuara. tah pokcik ke abang cikX pun tak ingat. "alahai time time ginilah nak numpangnye pun. kami nak cepat ni. nak pi gheja. nak numpang, baik cepat." lepas ja pokcik tu cakap macam tu, lif tutup and turun bawah macam biasa. da takda da exceeded exceeded bagai. maybe "depa' tak jadi tumpang kot. majuk kena sound setepek dengan pokcik tu gamaknya.


CERITA 2

haa ni kes cikX kena sorang sorang. pun pagi jugak. sakit betul hati time tu. cikX nak cepat kekdahnya. boleh dia pegi sakat? haih.

masa tu kawan cikX da menunggu kat bawah. hari tu kebetulan nak pegi class, cikX tumpang kawan cikX sorang ni. so cikX pun tunggu lah lif nak turun bawah. apartment ni ada berbelas tingkat. cikX nak turun pi level L. so bila lif sampai, cikX masuk and tekan lah button L kan? then pintu lif pun tertutup. and yang tak boleh blah nya tu, depan mata cikX, tiba tiba button level L lampu dia da padam then button level paling atas sekali NYALA. as if someone tekan button level atas sekali tu. cilaka betul. memang time tu menyumpah seranah je lah cikX kan. tau kena sakat tapi rasa marah sebab terbayang muka lecturer garang tu lagi scary kot!

"TIME GINILAH KAU NAK KACAU AKU KAN? ADOI! POTPETPOTPET!" bebel cikX. tapi apakan daya. ikut jelah rentak dia. maka cikX pun pasrah lah ikut naik sampai tingkat paling atas tu. da dia nak sangat numpang main lif. nak buat cane. sekarang ni baru timbul rasa pelik. kenapa aku tak panik dan try stop kan lif, keluar tingkat mana mana pastu ambik lif lain eh? jelas ke tak jelas yang bayangan wajah garang lecturer tu lagi win dalam situasi hantu lif ni? HAHA!

so bila sampai je kat tingkat paling atas tu, pintu lif terbuka dan cikX pun bagi masa sikit then baru tutup and tekan balik button level L. all is well cikX selamat sampai ke bawah. TAPI KAN, tetiba sambil menaip ni cikX terfikir. WHAT IF, WHAT IF sebenarnya sepanjang naik ke tingkat atas tu cikX sorang je? dan masa kat tingkat atas nak ke bawah tu baru ada yang tumpang. ARGHHH!!! KENAPA BARU SEKARANG TERFIKIR??? CILAKA!!!


CERITA 3

okay. kali ni cerita lif kat ofis bapak cikX dan bagi cikX experience yang paling terseram antara semua kejadian. masa tu kitorang selalu stay ofis bapak. and pada hari nan malang itu, cikX, adik pompuan cikX dan sorang makcik cikX dari singapore merupakan tiga orang terakhir yang keluar tinggalkan ofis. ofis ni tingkat 2 kalau tak silap. kejadian ni awal tahun 2000. masa tu baru tutup ofis. maghrib. so kitorang bertiga pun menuju lif nak turun bawah.

pulak tu, area lif tu gelap gulita wa cakap lu. apasal tah security tak pasang lampu. so kitorang pun berdiri rapat rapat bertemankan lampu dari handphone makcik cikX tu. TING! lif pun sampai. kitorang berlari masuk lif. nasib lampu lif nyala. baru nak lega, ada pulak timbul hal lain. pintu lif tak mau tutup pulekkk. makcik cikX tutup, separuh nak tutup, pintu tu bukak balik as if ada yang menahan dari luar atau tengah diri tetengah pintu lif tu. adalah dalam 3-4 kali. kitorang da panik da time tu. boleh tak bayangkan? kat luar lif tu kan gelap gelita? gila kau tak seram?

dan yang paling tak tersangkarable is, ada satu suara. suara perempuan. yang penting, bukan suara kitorang bertiga, cakap camni. "TAKUT? HIHIHI." the voice is inside the damn lift i mind you!! dan ketiga tiga kitorang dengar okay? lepas je dengar suara tu, lif tutup and turun macam biasa. cuak gila kot. sampai kat bawah, security kat bawah pandang kitorang semacam. mungkin diorang tak sangka masih ada orang kat atas kot. sebab tu lampu semua off. kitorang da tak pedulik da. time tu rasa macam kaki da sampai kereta dulu.

so tu lah antara peristiwa peristiwa lif yang cikX pernah lalui. tau dalam ni ada thread pasal lif. tapi cikX nak jugak taip dalam ni sebab nak kumpul story sendiri. hihi. nanti kalau ada teringat cerita pasal lif lagi cikX tepek je kat sini k. terima kasih sudi baca. kalau ada typo, maafkan sayerrr. taip lelaju ni.

Last edited by cikX87 on 7-10-2014 12:50 PM

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 01:26 PM | Show all posts
lagi2.. xsaba nk baca lagi.. hihihihi...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 01:26 PM | Show all posts
nasib die x buat peace sambil menyeringai
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 02:37 PM | Show all posts
nasib baik tak muncul masa tegur
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-10-2014 04:20 PM | Show all posts
aerieqa69 posted on 7-10-2014 01:26 PM
lagi2.. xsaba nk baca lagi.. hihihihi...

hahaha mekaseh sudi baca. nanti cikX sambung.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-10-2014 04:21 PM | Show all posts
Dark_Vampire posted on 7-10-2014 01:26 PM
nasib die x buat peace sambil menyeringai

kau gile? kot dia buat gitu tercirit buih cikX!
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-10-2014 04:22 PM | Show all posts
awanearisu posted on 7-10-2014 02:37 PM
nasib baik tak muncul masa tegur

kennn??? buatnya dia tetiba "is it me youre looking forrr" HAHAHAHA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.079466s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list