View: 1635|Reply: 9
|
[Tempatan]
Wanita ‘naik syeikh’ tampar penguat kuasa
[Copy link]
|
|
Georgetown: Berang tayar keretanya dikunci penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), seorang wanita bertindak menampar muka seorang pegawai penguat kuasa wanita MPPP di hadapan sebuah kedai di Jalan Burma, di sini, malam kelmarin.
Kejadian berlaku pada jam 9.45 malam ketika mangsa lingkungan 40-an bersama tiga pegawai penguat kuasa MPPP lain melakukan tugas penguat kuasaan trafik di hadapan kedai berkenaan sebelum mengunci tayar sebuah kereta yang didapati melanggar peraturan lalu lintas.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, ketika mangsa sedang menjalankan tugas mengunci tayar sebuah kereta Perodua Kenari, dia didatangi seorang wanita lingkungan 40-an yang dipercayai pemilik kereta berkenaan.
“Ketika mangsa sedang mengunci tayar kereta berkenaan, tiba-tiba seorang wanita dipercayai pemilik kereta itu muncul dan menampar muka mangsa dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakan penjawat awam terbabit.
“Suspek turut memarahi penguat kuasa wanita terbabit sebelum menghidupkan kenderaannya dan beredar dari tempat kejadian,” katanya.
* gangster betul pompuan-pompuan zaman sekarang * 
|
|
|
|
|
|
|
|
ada video lempang tak..kalu ade lagi best boleh kasi viral.
|
|
|
|
|
|
|
|
Takde lgsg ke sifat sabar??
Mcm-mcm hal, pukul org, maki org, selamber je...
|
|
|
|
|
|
|
|
kasi lokap sekejap..kasi nangis dan minta maaf di press conference... |
|
|
|
|
|
|
|
Mula2 mroyan dalam kereta "pakcik bodoh"x10, pastu steering lock, la ni tamparan wanita pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
lagi kisah pompuan meroyan |
|
|
|
|
|
|
|
tacang2,.kutip kacang before kena katup.. |
|
|
|
|
|
|
|
pergh.... tamparan wanita |
|
|
|
|
|
|
|
kesian jugak penguatkuasa hari ini. orang awam tampar diorang takde orang bising. diorang sentuh sikit orang awam bising satu malaysia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|