CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
View: 13940|Reply: 202

[Tempatan] Kami juga berhak membela diri!

[Copy link]
Post time 12-7-2014 03:04 PM | Show all posts |Read mode
McDonald's Malaysia nafi sokong kempen penindasan



        KUALA LUMPUR - McDonald's Malaysia menafikan pihaknya menyalurkan hasil jualan, keuntungan atau yuran francais daripada restorannya untuk menyokong sebarang bentuk kempen bersifat politik, keganasan atau penindasan yang berlaku di dunia ini.
        "Tiada kebenaran dalam sebarang dakwaan yang menyatakan sebaliknya," menurut kenyataan restoran rantaian makanan segera daripada Amerika Syarikat itu dalam laman webnya www.mcdonalds.com.my.
        Kenyataan McDonald's Malaysia itu dibuat berikutan pengamal laman sosial di negara ini mendakwa pengurusan tertinggi syarikat tersebut di Amerika Syarikat didalangi seorang Yahudi bernama Jack Greenberg dan syarikat itu terlibat dalam penyaluran bantuan kewangan kepada pihak Zionis di Israel.
        Menurut kenyataan McDonald Malaysia yang mempunyai lebih dari 200 restoran francais di negara ini, Greenberg tidak lagi menjadi Ketua Pegawai Eksekutif  McDonald’s Corporation di Amerika Syarikat dan telah meninggalkan organisasi ini lebih 10 tahun lalu.
        "Salah satu daripada nilai utama kami ialah kami menjalankan perniagaan secara beretika, dan kami berpegang teguh kepada prinsip ini," menurutnya.
        "Di Malaysia kami berbangga kerana menjadi sebahagian daripada komuniti setempat yang menawarkan peluang perniagaan kepada francaisi tempatan dan pekerjaan kepada lebih 12,000 rakyat Malaysia, di samping menyokong program bermakna bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik," kata McDonald's.
        Orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut boleh menghubungi Jabatan Komunikasi Korporat Mcdonald's Malaysia di talian 03–78433388, menurutnya.   
        Isu ini ditimbul berikutan tindakan Israel melancar serangan ke atas Gaza dalam 'Operasi Perlindungan Sempadan' sejak Selasa lepas.
        Sehingga kini, media melaporkan sekurang-kurangnya 81 rakyat Palestin terkorban manakala ratusan lagi cedera akibat serangan bertubi-tubi roket tentera rejim terhadap Gaza. - Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2014 03:06 PM | Show all posts
mcd berhak bela diri dan org ramai berhak nak boikot mcd...ikut suka org lah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingt dulu mcd lengang...pastu time lunch 12-3pm and dinner 6-9pm...berpusu org islam pergi....bermusim...huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 03:14 PM | Show all posts
Takat kena boikot tak luak pun, tak payah nak bela diri sangat lah,
Akak dah biasa dah dengan ummah sunni pprt ini, bulan ini sahaja boikot bagai melaknat bagai,
Lepas dua tiga bulan berpusu pusu la makcik makcik felda pprt sunni duk melahap mekdi.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 03:16 PM | Show all posts
boikot neh bermusim
time cadbury kene babi...time tu la menggelupur sume xmau makan cadburyyy
time palestin kene bedil dek israel, time tu la menggelupur post kat fb wasap bagai, boikot produk israel
choyyy
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz posted on 12-7-2014 03:16 PM
boikot neh bermusim
time cadbury kene babi...time tu la menggelupur sume xmau makan cadburyyy
time ...

Tu jiwa tak kuat..

Wa dah berbelas tahun tak makan mcd...sebab..

Restoran yg boleh masuk pakai slipar, bermuda, tshirt ni bukan stendet wa la..



Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 03:26 PM | Show all posts
melayu memang camtu

apa2 yang berkaitan dengan yahudi, mcd la jadi mangsa terawal

maklumlah, makan mekdi pun setahun sekali, nak makan selalu tak mampu

itu jela yang boleh diboikotnyeeeee

nak boikot fb, intel pentium bagai banyak alasan mereka

keemak punya melayu
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 03:27 PM | Show all posts
aku lebih suka kalau Mek'D kata memang betul pun dia tolong Israel untuk membela diri tengok apa jadi ummah menggelupur atau bungkus ka tak Mek'D...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2014 03:29 PM | Show all posts
lavafasting posted on 12-7-2014 03:24 PM
Tu jiwa tak kuat..

Wa dah berbelas tahun tak makan mcd...sebab..

so, lu masuk restoran apa yang pakai kot?
orang makan hotel pon still pakai selipar ok
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 03:30 PM | Show all posts
Aku tengok orang Islam kat Malaysia ni boikot sekejap je...Alasannya kat Makkah pun ada McD...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 03:31 PM | Show all posts
boikot mekdi tu bukannya apa

melayu miskin pemalas sakit hati tengok melayu berjaya yang lain mampu makan kat mekdi

atas sifat dengki, maka mereka pun menimbulkan statement yang sangat cognitive dissonance tersebut

cuba kalau mekdi tu murah burger seketul rm1 je, pasti nada tukang boikot tu akan berubah
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 03:32 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 03:33 PM | Show all posts
shernazz posted on 12-7-2014 07:29 AM
so, lu masuk restoran apa yang pakai kot?
orang makan hotel pon still pakai selipar ok

die mkn kat restoran org asli la tu... xpakai selipar...
aku pun heran... restoran mana yg xpakai selipar...
skrng ni org dh maju kene pakai kasut semua...

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated posted on 12-7-2014 03:27 PM
aku lebih suka kalau Mek'D kata memang betul pun dia tolong Israel untuk membela diri tengok apa jad ...

Apa yg lu suka belum tentu logik..

Cam org gila jerit2 kat simpang...cakap dorang semua tak logik..

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz posted on 12-7-2014 03:29 PM
so, lu masuk restoran apa yang pakai kot?
orang makan hotel pon still pakai selipar ok

Banyak...wa bagitau pun bukan lu mampu p pun..

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
BumpIQ posted on 12-7-2014 03:33 PM
die mkn kat restoran org asli la tu... xpakai selipar...
aku pun heran... restoran mana yg xpakai ...

Woii fakher...

Petang ni wa nak beli baju melayu raya..

Yg tahun lepas punyer wa sedeqah kat lu nnt..k

Tahun ni raya dapat la lu bergaya sikit..




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2014 03:38 PM | Show all posts
melayu kampung je boikot mekdi ni

entah entah kat kampung sendiri takde mekdi

macam perlis yang kesakaian bila mekdi baru bukak kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 03:39 PM | Show all posts
tekoyong posted on 12-7-2014 07:31 AM
boikot mekdi tu bukannya apa

melayu miskin pemalas sakit hati tengok melayu berjaya yang lain mam ...

dh masak kot dgn boikot2 ni...
harini boikot... esok bila teringin... makan balik mcD..

produk yg betul2 sumbang pada israel dorng x nk boikot pulak...
kalau ko tanya company apa sumbang pada israel... mcD dgn KFC je jawapan dorng...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
tekoyong posted on 12-7-2014 03:38 PM
melayu kampung je boikot mekdi ni

entah entah kat kampung sendiri takde mekdi

Melayu kampongan je tulis mekdi mekdi..

Member urban wa tulis McD..

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 03:40 PM | Show all posts
lavafasting posted on 12-7-2014 07:38 AM
Woii fakher...

Petang ni wa nak beli baju melayu raya..

wa dh ada bajuu raya...
lu sedekah dkt org yg memerlukan lah...
padahal lu pun memerlukan baju raya tu... selipar pun lu xde utk masuk restoran
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

19-8-2022 06:27 PM GMT+8 , Processed in 3.214611 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list