CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26226|Reply: 207

Jerman ke Final! Tak Sia-Sia Usaha Maya Karin & Nora Danish

[Copy link]
Post time 9-7-2014 08:24 AM | Show all posts |Read mode
Sumber: Malaysian Digest

.

Jutaan rakyat Brazil langsung tidak menyangka bahawa pasukan bola sepak mereka terpaksa akur apabila dengan mudah 'dilauk-laukkan' oleh pasukan German dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2014 yang berlangsung pada awal pagi ini.

Bukan saja rakyat Brazil yang tak percaya, malah satu dunia! Mana mungkin pasukan bimbingan jurulatih Luiz Felipe Scolari yang dikenali dengan jolokan sebagai pasukan 'kuasa besar bola sepak' ini tewas 1-7 dengan pemain-pemain bimbingan jurulatih Joachim Low.

Ya, sehingga kini masih ramai yang susah nak percaya Brazil 'diaibkan' sedemikian rupa...

Sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung pagi tadi, laman sosial Twitter dan Instagram juga 'sesak' dengan komen- komen peminat-peminat bola sepak seluruh dunia (yang mana masing-masing dengan komen 'lucu', berbaur sini dan 'kejam' ditujukan kepada pasukan Brazil. Tidak ketinggalan kalangan para selebriti baik tempatan mahupun luar negara juga turut sama rancak meninggalkan komen di laman sosial masing-masing.

Apa yang menarik perhatian kami ialah selebriti pujaan ramai, Maya Karin dan Nora Danish juga tidak ketinggalan turut sama gigih menyokong pasukan pilihan mereka iaitu Jerman.

Dua aktres jelita ini, masing-masing punya cara tersendiri mempamerkan usaha sokongan mereka. Epik, so sweet! Heh.

Sebagai penyokong tegar pasukan negara kelahirannya, beberapa jam sebelum itu, Maya Karin telah memasak menu istimewa ketam bersambal. Heroin filem 'Lagenda Budak Setan 3' ini telah memuat naik sekeping gambar menu masakannya itu di Twitter-nya. Lebih menarik, Maya menunjukkan hidangan ketam sambalnya itu sambil memakai jersi pasukan Jerman. Epik!

.

Sementara Nora pula, sungguh-sungguh bersorak di depan kaca TV. Boleh nampak. Menerusi laman Instagramnya, Nora turut berkongsi dua keping gambar aksinya bersorak menyokong Jerman. Kami kira aksi comel Nora itu juga, epik!

.

Apapun, pasukan Jerman sudah menempah tiket ke final. Cuma kini para peminat bola sepak seluruh dunia (termasuklah Maya Karin dan Nora Danish, heh) berdebar menantikan siapakah yang akan mencabar Jerman nanti. Pasukan Belanda atau Argentina?

La la la la la (6x) La....I dare you (nyanyi ala-ala Shakira).




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2014 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
hihihi kang ada yg kata ND menempel pulak.. :lol
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Over la artikel ni. Takat cenggitu pn epik.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Gambar Maya tu epik ok! Mmg Brazil jadi lauk ketam sambal. Eh terlapar pulak
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Skit2 epic.nd biasa la gedik2 comel konon. @batrishia hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 08:39 AM | Show all posts
pasukan brazil kali ni yg paling lemah sepanjang zaman...sekadar harapkan neymar jer. apapun iols tetap setia jgk dgn brazil...teringat zaman dunga, bebeto,romario & roberto carlos dulo2 team paling mantap zaman tuh....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2014 08:40 AM | Show all posts
sokong beria ria...kome semua org malaysia la....malu le sikit
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 08:41 AM | Show all posts
belum masuk final lagi
baru 1st leg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2014 08:44 AM | Show all posts
Yeaaa BRAZIL rubbish kalah...
Memalukan giler...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
menten slim maya nih yeaaa
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 08:49 AM | Show all posts
epik la sgttt...mcm gedik je.. mcm gedik je.. *versi suara Syasya*
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 08:50 AM | Show all posts
suwettnya maya karinnn
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 08:50 AM | Show all posts
maya mmg ohsem...beauty with brain
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 08:53 AM | Show all posts
cantik pulak maya karin masa pakai jersey..xperlu makeup tebal2....
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 09:25 AM | Show all posts
Maya perfecto as usual.. schön wie immer Maya!
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Kepalahanggok ko epik!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2014 09:29 AM | Show all posts
yehaaaaaaa germany
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 09:30 AM | Show all posts
julia ziegler pun tak silap aku kacukan jerman kan? xsokong jerman gak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 09:41 AM | Show all posts
maya dah tentu half jerman....yg si nowa mmg bkn org jerman tp sokong pasukan jerman...moralnye dr myanmar ke germany...yeaaah...kita enjoyyyyyyyy....
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 09:48 AM | Show all posts
offwhite posted on 9-7-2014 09:41 AM
maya dah tentu half jerman....yg si nowa mmg bkn org jerman tp sokong pasukan jerman...moralnye dr m ...

hahahaha!!!! komen yg ni mmg epik!!!..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kuku
kuku34tddtkuku
Views : 2020 Replies : 0
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 6252 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 42291 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46329 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25887 Replies : 13
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40141 Replies : 332
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 14536 Replies : 5
Amalan  - Nisfu Syaaban -
TTun_TejaAmalan - Nisfu Syaaban -
Views : 10206 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.079589 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list