CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14242|Reply: 293

[Tempatan] Ibu OKU terbiar perlu dibantu (perlu ke diberi bantuan???)

[Copy link]
Post time 24-6-2014 07:58 AM | Show all posts |Read mode
uala Lumpur : Pengarah Hospital Bahagia Ulu Kinta Dr Rabai'ah Mohd Salleh menyarankan supaya ada pihak tampil memberi bantuan kepada ibu remaja OKU Muhammad Firdaus Dullah, 15,  termasuk aspek kewangan, tempat tinggal dan pekerjaan yang lebih baik.
Tindakan itu perlu dilakukan bagi meringankan beban ditanggung ibu remaja itu selain kembali dapat menjaga anaknya.

“Kita  perlu selidik apakah masalah sebenar dihadapi ibu remaja OKU itu dan kemudian barulah kita boleh ambil alternatif untuk menyatukan mereka kembali," katanya ketika dihubungi harian Metro.


Beliau mengulas kejadian yang menimpa Muhammad Firdaus yang mengundang simpati dan meruntun air mata jutaan rakyat Malaysia apabila gambarnya dalam keadaan kurus  kering seperti mayat hidup  dan separuh bogel dipapar kan media, semalam.

Remaja itu ditemui terkurung da lam bilik yang kotor serta dipenuhi najis dan air kencing di sebuah rumah di Flat Semarak Taman Semarak,  Nilai, ketika penguatkuasa  imigresen melakukan operasi menahanpen datang tanpa izin, awal pagi Sabtu lalu.

Dr Rabai’ah berkata, memang sukar menjaga remaja yang menghidap penyakit  'cerebral palsy' dan pengalamannya dalam bidang psikiatri lebih hampir 10 tahun mendapati tiada tempat sesuai untuk menempatkan pesakit yang serius.

"Di Malaysia saya tidak tahu di mana tempat khusus untuk menempatkan pesakit 'cerebral palsy' serius. Hospital Bahagia pula hanya menempatkan pesakit mental saja.

"Bantuan yang diterima daripada jabatan tertentu kadangkala tidak mencukupi. Oleh itu, perlu ada bantuan sepenuhnya daripada pihak bertangungjawab diberikan kepada ibu remaja OKU sedemikian bagi memastikan remaja terbabit berada di bawah jagaan ibunya dan bukan dihantar ke pusat penjagaan.

Katanya,  kaedah rawatan seperti Tender Loving Care ( TLC) atau pun layanan kasih sayang  akan membantu remaja itu menjalani kehidupan seperti orang lain kerana mampu memberi keyakinan bahawa dia masih disayangi.

"Mereka juga beremosi walaupun tidak seperti orang lain dan dengan bantuan TLC ini, Insyaallah dapat membantu remaja terbabit menjalani kehidupan lebih sempurna," katanya.

psst : momod..kalau dah ada thread nih harap maaf..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2014 08:02 AM | Show all posts
diharap ibu oku itu diberi royalti 50% dari petronas dan konsesi balak juga,

apa dah terbalik donia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 08:02 AM | Show all posts
ibu dia ptt disumbat dlm jail je!!ptt dituduh sbb cubaan mbunuh!!dah try bunuh anak boleh pulak masih ada hak ke atas anak??jgn pulak psl kes ni 1 dunia tahu!!msia kena kecam lgi!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 08:05 AM | Show all posts
Tak setuju.
bukan kewangan yang adik tu perlukan

kalau nak bagi bantuan pun
bagi untuk keperluan adik tu sahaja
jangan dalam wang tunai
bagi ja dalam bentuk makanan pakaian

dan selepas berita ni hangat d perkatakan
tentu nya perubatan dan yang sewaktu dengan nya adalah percuma


Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 08:06 AM | Show all posts
pe hal lak nak bantu mak dia..
hilang akal apa...
ada fb bukan la miskin.. papa kedana....mampu pakai smartphone...kalau tak mcam mana nak ber fb..
ad kereta jugak kan..
da jd istri ke2 jugak kan..so mana laki baru dia..
x faham aku nk simpati kat mana..
menyampah jerk..
ramai lagik org lain yg lebih memerlukan
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 08:07 AM | Show all posts
profile ibu dia camner?

sociodemographic wise?

I mean mak budak ni darilatar belakang yg melarat / adverse background ke?

kalau ya , factor pengetahuan dan accessibility to the service may be one of the factor ...

may be the mom did not know how to seek help / access the service

or  orang sekeliling ...???


or mak ni pun ada banyak isu kot?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 08:20 AM | Show all posts
agak2 klu kes ni jd kt sweden apa tndkn dorg??
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
'cerebral palsy' adalah penyakit di mana sel darah putih melebihi darah merah dan ianya menjana pertambahan dari semua bahagian  bukannya penyakit mental ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2014 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
kejam tetap kejam ... Last edited by rdzaccess on 24-6-2014 08:25 AM

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 08:22 AM | Show all posts
bagi bantuan dari segi sokongan emosi .... kaunseling ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 08:27 AM | Show all posts
bengong ke apa pengarah hospital ni?

kalau dia miskin harta benda wang ringgit ..memang wajib kita bantu mak haramjadah ni ..
ni .. si haramjadah ni tiada kasih .. tiada simpati .. tiada rasa tiada jiwa tiada apa2 melainakn benci kan Firdaus ni ..

kalau bagi banglo duit berjuta pun .. takde makna dia akan menjaga dan belai si firdaus ni penuh kasih penuh sayang ....

birakan saja firdaus ni di JKM .... kalau si pengasuh dia nak jaga .. aku sokong jugak la .... sanggup je akau pi beri bantuan kat si pengasuh ni .. sebab nampak si pengasuh ni berat kan si firdaus .. bawak pi berubat bagai  ...

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 08:28 AM | Show all posts
kahwinkan mak dia dengan dato' yg kaya... tu saja...xpayah nk bantu2 sgt
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 08:30 AM | Show all posts
dah tahu ke apa penyakit maknya yang dikatakan sakit itu??? mental ke? tak tercapai tau akal sorang ibu buat gitu ni pulak nak bagi bantuan macam ni..

termasuk aspek kewangan, tempat tinggal dan pekerjaan yang lebih baik.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 08:32 AM | Show all posts
sayawifenikmie posted on 24-6-2014 08:27 AM
bengong ke apa pengarah hospital ni?

kalau dia miskin harta benda wang ringgit ..memang wajib kit ...

betul tu kaklid... bagi duit berjuta pun tak guna.

kalau ada rasa syg pun (tgk post fb yg lama2 sket tu), rasa benci & bosan menjaga anak OKU tu yg mengatasi perasaan syg.

i taknak maki si mak ni bua bagi pahala je kat dia..

Last edited by Mulan on 24-6-2014 08:35 AM

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 08:33 AM | Show all posts
kan dia ada laki.... dia bini no.2 kan.
bantuan..... kasih sayang xberbelah bagi patut diajar ke dia nih
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 08:37 AM | Show all posts
bagi dia kerusi ADUN Kajang dengan duta produk tudung Fareeda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2014 08:44 AM | Show all posts
pelik ar...xnmpk ssh pn mak dia...terang2 mak dia xnk jaga dah..lain ar klu dia jaga...
tu pn nk bg bantuan lagi..baik bagi bantuan pada yg betul2 nk jaga dia...
org yang betul2 mintak bantuan..ikut saluran..xnk di tengok...
org yg cuai n bermasalah gak yg nk ditolong...kalau cmtu ramai ar yg wat perangai krg...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 08:44 AM | Show all posts
lantak la dgn si lolak tu....firdaus ni ptt diutamakan
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 08:45 AM | Show all posts
+ hadiah bernilai RM1 jota atas kejayaan berjaya mendapat level 152 dalam permainan candycrush, tania - mohon jelasen @MissNigga
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 08:50 AM | Show all posts
Kalo bantuan utk masukkan dlm hospital bahagia uli kinta xpe la jugak..nie bantuan kewangan pulak..biar btul malaysia nie!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-3-2023 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.230123 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list