CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
View: 1606|Reply: 7

[Tempatan] Menangani Krisis Pencen-Susulan Negara tua pada 2030

[Copy link]
Post time 17-6-2014 08:44 AM | Show all posts |Read mode
Malaysia perlu bersiap-sedia sebelum capai status negara tua pada 2030


KUALA LUMPUR, 17 Okt — Perdana Menteri (PM), Datuk Seri MohdNajib Razak berkata Malaysia perlu bersiap-sedia sebelum mencapai status negaratua yang dijangkakan pada tahun 2030 nanti apabila mencecah kadar 15 peratusdaripada jumlah keseluruhan penduduk.

Berucap sempena sambutan Hari Warga Emas di Hotel Palace ofthe Golden Horses, PM berkata atas faktor tersebut kerajaan telah mengambilpelbagai pendekatan untuk menyiapkan negara bagi berhadapan dengan cabarantersebut.

Antara pendekatan tersebut ialah dengan menggubal umurpersaraan bagi kakitangan awam dan swasta, penggubalan Peraturan Kerja (pekerjasepara masa) dan menerusi pemberian bantuan dan insentif seperti pembentanganBajet 2013.

"Sebagai persediaan, kerajaan telah meningkatkan umurpersaraan bagi penjawat awam daripada 58 kepada 60, menggubal Akta UmurPersaraan Minimum 2012 untuk pekerja swasta," kata Najib.

"Apabila umur persaraan ini dipanjangkan, negara akanmendapat manfaat yang banyak. Terutamanya daripada segi pengetahuan danpengalaman daripada mereka."

Menurut Najib lagi, ketika ini warga emas di Malaysia adalahseramai 2.2 juta orang atau 7.7 peratus daripada 28.3 juta penduduk Malaysia.

Najib juga menekankan bahawa warga emas sebagai golonganyang tidak wajar dilupakan dan berperanan penting dalam pembangunan negara.

"Seperti kata pepatah warga emas terlebih dulu makangaram, golongan warga emas memiliki pengalaman, kemahiran, ilmu, buah fikirandan yang paling sekali kebijaksanaan atau wisdom.

"Jasa warga emas akan sentiasa dikenang," tambahNajib.

Disamping itu, Najib berkata keprihatinan kerajaan yangtidak pernah melupakan warga emas boleh dilihat menerusi pemberian bantuan dan insentif semasa membentang Bajet 2013yang lalu.

"Dalam bajet lalu yang bersifat mesra warga emas,kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM12.5 bilion bagi membiayai pemberianganjaran atau saraan kepada pesara kerajaan.

"Selain itu, kerajaan juga memperkenalkan ProgramKebajikan Rakyat 1Malaysia atau KAR1SMA pada tahun lalu bagi memastikan tiadakelompok rakyat termasuk warga emas tercicir daripada menikmati faedahpembangunan dan kemakmuran negara," katanya lagi.

Dalam pada itu, PM turut menggesa golongan warga emas untukmenceburkan diri dalam koperasi dengan memanfaatkan penyediaan peruntukan berbentukgeran dan pinjaman berjumlah RM80 ribu yang boleh diperoleh menerusiKementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Dalam majlis sama, Najib juga mencadangkan kepada pihakpemaju perumahan menyediakan pusat aktiviti warga emas dalam projek-projekperumahan mereka yang baru.

"Satu prasarana yang memerlukan perhatian khusus ialahpenubuhan pusat aktiviti bagi warga emas secara lebih meluas dalam komunitisetempat.

"Maka adalah wajar supaya projek-projek perumahan barumenyediakan pusat aktiviti warga emas, sama seperti keperluan untuk menyediakankemudahan taska dan tadika," kata Najib.

Dalam majlis yang bertemakan "Warga Emas Produktif:Melakar Masa Depan" itu turut dihadiri isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansordan timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Datuk HengSeai Kie.

Last edited by emma.giggs on 31-10-2014 01:59 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-6-2014 08:45 AM | Show all posts
Ingat makin tua makin produktiviti ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 08:49 AM | Show all posts
2030 .. tyme tu iols still lagi tak mencapai usia persaraan ....
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 09:14 AM | Show all posts
ceh rata2 org dlm gov umo 50 pun da nak bersara dah. letih layan kerenah ketua jabatan yg x abeh2 nak kejar kpi dia, pastu menyusahkan org bawah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 09:18 AM | Show all posts
makin dilambatkan persaraan, makin banyaklah generasi muda yang tak dapat keje.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2014 09:51 AM | Show all posts
aku pnh terbace kat ne tak ingat, dia kata kalo mcm tu nti warga emas mgkin xde pencen sbb org muda yg bekerja so pmbayar cukai n jumlahnya jadi sikit n mgkin tak mampu nak menampung pencen pesara kerajaan.

agaknya sb tu kot jwtn kerajaan skrg samada kontark or tetap tp tidak berpencen.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 10:00 AM | Show all posts
ada 30thn lagi aku nk kena kerja ni..oh myy..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2014 01:57 PM | Show all posts
SEJAK laporan yang menyatakan bahawa tiga bank di Malaysia akan bergabung, tumpuan penganalisis ekonomi terarah kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Isunya bukan setakat KWSP tidak dibenarkan mengundi dalam cadangan penggabungan tiga bank tersebut tetapi lebih daripada itu. Adakah penggabungan berkenaan akan menguntungkan pencarum dari segi dividen yang bakal dipulangkan kepada mereka? Atau, jika penggabungan tidak berjaya sekalipun adakah pencarum masih boleh menikmati dividen yang baik?

Pokoknya, dalam mana-mana situasi pun, pencarum sudah tentu ingin mengetahui sejauh manakah manfaat yang akan mereka peroleh hasil daripada pelaburan KWSP.

Ini kerana terdapat laporan yang mengatakan bahawa negara kita berkemungkinan bakal menghadapi krisis persaraan. Usah pandang remeh dengan laporan sebegini. Ini kerana jika negara terjebak dengan krisis persaraan, kesannya cukup besar terhadap ekonomi negara.

Bayangkan ramai pesara tidak mempunyai keupayaan kewangan yang mencukupi selepas lima tahun bersara. Wang yang disimpan dalam KWSP tidak mencukupi untuk menanggung kehidupan mereka sehingga akhir ha­yat. Sedangkan jangka hayat penduduk Malaysia, baik lelaki mahupun perempuan semakin panjang.

Krisis persaraan ini akan semakin meruncing apabila Malaysia bergelar ‘negara tua’ pada masa akan datang. Ini kerana dijangkakan majoriti rakyat Malaysia pada masa hadapan terdiri daripada golongan berusia yang mana sekarang ini majoritinya golongan muda.

Apabila lebih ramai warga tua, maka, lebih ramailah yang akan ter­jebak dalam krisis persaraan. Lebih teruk la­gi, kos perubatan yang tinggi terpaksa ditanggung mereka. Natijahnya, akan timbullah isu-isu lain terhadap warga tua seperti menjalani kehidupan me­larat yang akhirnya kerajaan sendiri terpaksa membia­yai mereka dengan kos yang lebih besar lagi. Tidak mustahil, pada masa itu, lebih banyak peruntukan dalam bajet negara untuk menanggung kehidupan warga tua Malaysia.

Jadi, bagaimana untuk menangani isu ini? Adakah wajar kerajaan menjadi sebuah negara kebajikan sebagaimana negara-negara barat? Kalau ingin bergelar negara kebajikan, sudah tentulah cukai pendapatan terpaksa dinaikkan. Sanggupkah rakyat Malaysia membayar cukai tinggi dalam keadaan kos sara hidup yang menekan? Sudah tentu tidak! Lagi pun menjadi negara kebajikan akan menyebabkan produktiviti rakyat Malaysia menurun. Ambil contoh negara-negara yang mengamalkan konsep negara kebajikan berpaksikan Laporan Beveridge 1942.

Konsep negara kebajikan secara tidak langsung menggalakkan rakyat tidak mahu bekerja. Kos kehidupan tetap disara oleh kerajaan. Dalam jangka masa panjang, tidak mustahil, keadaan ekonomi semakin parah. Bagi rakyat yang bekerja keras, mereka terpaksa membayar cukai yang tinggi semata-mata menanggung rakyat yang tidak mahu bekerja.

Sudahlah kerajaan terpaksa menanggung pencen pesara kerajaan yang saban tahun semakin meningkat, timbul pula krisis persaraan melibatkan pesara sektor swasta. Dalam konteks ini, kita perlu memahami kerajaan juga mempunyai kekangan kewangan tersendiri. Selain terpaksa membayar gaji semasa penjawat awam, kerajaan juga terpaksa menanggung pencen pesara kerajaan.

Sebab itulah, apabila adanya permintaan untuk menaik­kan gaji, setiap daripada kita perlu mengetahui kenaikan tersebut bukan setakat memberi kesan kewangan jangka masa pendek kepada kerajaan tetapi juga kerajaan terpaksa menanggung sepanjang hayat pesara kerajaan. Namun, sebagai sebuah kerajaan yang menjaga kesejahteraan rakyat, lebih-lebih lagi dalam keadaan suasana kos sara hidup tinggi, sewajarnya tuntutan kenaikan gaji dipenuhi. Tetapi sudah tentu bukan semua tuntutan mampu dipenuhi. Kalau tidak, akan terjadi masalah kepada kewangan negara sebagaimana yang berlaku kepada Greece. Semuanya tertakluk kepada kedudukan sebenar kewangan kerajaan. Pada masa sama, pertumbuhan ekonomi sentiasa menjadi agenda utama untuk meningkatkan pendapatan kerajaan.

Namun, itu masih belum mampu menangani krisis persaraan yang dijangkakan berlaku pada masa akan datang di Malaysia. Bagi pesara kerajaan, masalah kewangan yang timbul tidaklah seteruk pekerja swasta yang bergantung sepenuhnya terhadap simpanan KWSP. Sebab itulah, krisis persaraan ini lebih ke arah pekerja sektor swasta. Maka, bagaimana caranya menangani isu ini? Dalam konteks ini, peranan KWSP cukup penting. Dengan dana berjumlah RM612.41 bilion, KWSP sewajarnya membuat pelaburan yang memberi pulangan tinggi kepada pencarum.

Setakat ini, dividen KWSP tidak menghampakan pencarum. Dalam keadaan ekonomi yang begitu kompetitif, pilihan pelaburan perlu dibuat secara berhemah berasaskan pertimbangan kepakaran ahli lembaga pengarah dan pihak pengurusan tertinggi KWSP. Pulangan tinggi boleh menampung kekurangan wang persaraan pencarum namun masih belum mencukupi untuk menangani krisis persaraan secara menyeluruh.

Maka, sudah sampai masanya kerajaan bersama de­ngan pihak lain meneliti isu jaringan keselamatan sosial dengan lebih menyeluruh mengikut keadaan negara kita. Sistem jaringan keselamatan sosial yang diamalkan di negara-negara lain tidak sewajarnya diguna pakai secara total kerana kelemahannya yang tersendiri selain ia perlu disesuaikan dengan keadaan dalam negara kita.

Untuk mengukuhkan lagi kewangan bakal pesara sektor swasta, potongan KWSP untuk bahagian majikan perlu dinaikkan mengikut tempoh bekerja. Lagi lama bekerja, lagi tinggi caruman majikan, tanda penghargaan majikan ke atas pekerja. Dengan cara ini, majikan boleh membantu kerajaan dalam menangani isu krisis persaraan yang bakal dihadapi oleh rakyat. Krisis ini tidak akan mampu ditangani tanpa adanya sokongan majikan selain penca­rum yang sentiasa bertanggungjawab menyimpan wang dari awal bekerja untuk menampung kehidupan selepas bersara sehingga akhir hayat.

PENULIS ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan Pusat Pengajian Perakaunan (SOA) Kolej Perniagaan (COB) Universiti Utara Malaysia
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.KsIBtscz.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-9-2022 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.094371 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list