Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
12Next
Return to list New
61525
View
38
Reply

Makanan tradisi masyarakat di Sabah.

[Copy link]

Author: ultrakasino       Show all posts   Read mode

Author
Post time 17-5-2014 04:49 PM | Show all posts |Read mode
Hari ni nak bincang2 pasal makanan tradisi masyarakat Sabah secara umumnya. Elok rasanya kita belajar demografi penduduk kat sabah dulu agar kita dapat gambaran kasar terutamanya makanan setiap kaum di Sabah. Untuk pengetahuan para pembaca sekalian, di Sabah terbahagi kepada bangsa Kadazandusun, Murut, paitan, Melayu sabah, Cina dan lain-lain. Saya sebut Melayu Sabah sbb mereka mengaku Melayu so kat sini tak ada politik punya view, nanti akan disenaraikan suku2 tersebut.

Kadazandusun pecah kepada 26 sub-suku (mempunyai bahasa yg difahami oleh kelompok ini walaupun ditunggang tebalikkan) iaitu:

1. Dusun Bundu - mendiami Tamparuli, Tuaran, Ranau, Keningau, Daerah Kecil Sook, Tambunan, Kota Belud, Penampang.
2. Dusun Liwan - Ranau, Tambunan, Keningau, Daerah Kecil Sook, Tuaran, Kota Belud, dan Tamparuli
3. Dusun Tindal - Kota Belud, dan Kota Marudu
4. Dusun Tobilung - Kota Belud, Kota Marudu, Kudat dan Inanam
5. Dusun Lotud - Tuaran, dan Tampasuk Kota Belud
6. Dusun Kuriyou - Bingkor di daerah Keningau
7. Dusun Talantang - Kg.Mindohuon Lama, Kg.Ponulangan, Kg.Tubau, Kg.Pudau, Kg.Kodop, Kg.Piasau, Kg.Nimabali, dan Kawiyan di daerah Ranau, Kg. Bunga Raya Keningau, Sugut dan Kota Marudu (Ranau, Keningau, Sugut dan Kota Marudu)
8. Momogun Rungus - Kudat, pitas
9. Kadazan Labuk - Beluran dan telupid
10. Kadazan / Tangaa - Penampang, papar, Membakut
11. Dusun Tinagas - Mukin Kaingaran di daerah Ranau dan Kota Marudu
12. Dusun Kimaragang - Kota Marudu dan Pitas
13. Dusun Minokok - Kinabatangan, tolupid, tongod, sook di keningau
14. Dusun sonsongon - Kota marudu
15. Dusun Dumpas - kinabatangan, sugut dan sandakan
16. Dusun Sukang - tongod, dan kinabatangan
17. Dusun mangkaak - kuamut, koromuak
18. Dusun sangau - bukit garam, koromuak
19. Dusun malapi - tongod
20. Dusun tindakon - balat kawasan hilir kinabatangan
21. Dusun Tompulung - tongod
22. Dusun sogoliton - telupid
23. Dusun Paitan - Paitan
24. Dusun tilau-ilau - tongod n beluran
25. Dusun Garo - Kota Marudu
26. Dusun Tinagas - Kundasang di Ranau (ni sebenarnya pecahan dari suku Dusun Liwan jua)

Bahasa lebih mirip kepada murutic tetapi mengklim mereka adalah etnik Dusun ialah.

27. Dusun Gana - apin2 keningau
28. Dusun tatana - Kuala Penyu.

Senarai suku KD di atas adalah bahasa, struktur bahasa dan tatabahasa boleh difahami oleh rumpun di atas, walaupun ada perbezaan namun tidak lari dari segi struktur dan imbuhan yg sama.

Rumpun Murutik/Murut

1. Murut Tahol/Tagal
2. Murut Paluan - daerah Dalit di Keningau
3. Murut sorudung - Tawau
4. Murut Timugon
5. Murut Kalabakan
6. Murut Sambakung
7. Murut Nabai - Pekan Keningau
8. Murut baukan
9. Murut Tikolod
10. Murut Sulangkai

Rumpun Paitan/sungai

1. lingkabau
2. lobu
3. Makiang
5. sinobu
6. sinorupu
7. Tombonuo
8. tutung
9. rumanau
10. Pingas

Ketiga-tiga rumpun di atas (suku Kadazan/Dusun, Murut dan paitan/sungai) disatukan ke dalam rumpun Kadazandusun mengikut KDCA sebagai servival Politik.

Sebelah daerah Sipitang dan beaufort dan sekitarnya didiami oleh kaum Bisaya (bahasa seakan-akan bahasa Murut tetapi berdiri sendiri sebagai satu kaum di Sabah.

Rumpun Melayu Sabah.

1. Melayu Brunei
2. Melayu Bugis
3. melayu Jawa
4. melayu cocos
5. melayu banjar (sebenarnya banjar adalah rumpun dayak seangkatan dengan dayak2 borneo yg lain. Kadazan/dusun, paitan n murut juga adalah Dayak)
6. Dan semua rumpun asal Sulawisi, kalimantan dll dikategorikan sebagai Melayu Sabah yg telah menjadi warganegara.
7. dan semua rumpun dari selatan Filipina yg telah menjadi warganegara sebelum kemerdekaan atau sesudah kemerdekaan kecuali suku Yakan n visaya/Ilikano (ni rumpun Dayak ni seangkatan dgn Kadazan/Dusun, Paitan n Murut)
8. Kaum bajau/bajo/samah
9. kaum tidung

Bangsa Cina pula paling ramai ialah Hakka, diikuti dgn suku Cina lain seperti Foochaw, kanton dll

Ni adalah gambaran secara kasar bangsa yg wujud di sabah. Maka dengan itu, kepelbagaian suku ini memberikan warna warni makanan tradisi yg wujud sekian lama dalam sesebuah komuniti tersebut.




Last edited by ultrakasino on 29-6-2014 07:43 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-5-2014 04:56 PM | Show all posts
Makanan Tradisi Kadazan/Dusun

Jeruk/sambal Tuhau (nama saintifik: E. coccinea)



Sambal tuhau yang telah ditumbuk lumat dan sedia untuk dihidang.






Tuhau yang telah dibuang kulit luarnya sedia untuk ditumbuk atau diblander




Tuhau yang masih belum dikupas/dibuang kulit luarnya.



Tuhau yang dibotolkan sedia untuk dijual.

Sesuai dimakan bersama nasi putih panas bersama dengan ikan masin/terubuk atau ikan goreng dan ikan bakar. Di semenanjung sana ia dikenali sebagai tepus kesing kerana bau nya yg seakan2 serangga.

Cara-cara membuat sambal tuhau

1. 6 batang tuhau/kesing dibuang kulit luar
2. 10 biji ladi padi/lada burung (boleh kurangkan atau lebih ikut kesesuaian)
3. cuka secukupnya (boleh juga ditukar dengan limau nipis atau limau kasturi)
4. garam secukup rasa.

Tuhau hendaklah dibuang kulit kerasnya dan ditumbuk menggunakan lesung batu atau nak cepat hasil gunalah blander, namun hasil guna lesung dengan blander ada bezanya. Untuk saya lebih bagus tumbuk lesung. Setelah selesai maka gaulkan bersama cili padi, cuka dan garam secukupnya. Sambal ini tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk. Cara memakannya boleh makan sebegitu atau tambahlah udang tumbuk yg telah digoreng, dan belacan jika suka. Makan bersama nasi putih panas dengan ikan bakar, ikan goreng atau ikan masin Boleh juga dimakan bersama ikan bilis goreng. Ia kan menjadi jeruk jika diperam selama seminggu.


Last edited by ultrakasino on 17-5-2014 05:22 PM

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-5-2014 05:35 PM | Show all posts
ada pelbagai jenis sambal tuhau yang dijeruk dan digoreng pun wujud.

Sambal Tuhau Goreng



Ni pula sambal tuhau yang digoreng dan ianya tahan lebih lama berbanding sambal tuhau biasa. Cara membuat hampir sama dengan yg atas tu. Konsep memakannya sama gak dgn mana-mana jenis sambal tuhau yg lain.





Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-5-2014 05:38 PM | Show all posts
Ayam masak sambal tuhau



Anda boleh pilih, sama ada menggunakan tuhau fresh atau sambalnya.




hidangan dah siap, sedia untuk dihidangkan.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-5-2014 05:47 PM | Show all posts
serunding tuhau/tuhau floss






serunding tuhau dimakan bersama nasi putih (nasi bario, sarawak, sayur campur. yummy...) atau mengikut kesukaan sendiri Last edited by ultrakasino on 17-5-2014 05:48 PM

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-5-2014 05:55 PM | Show all posts
ikan talapia masak tuhau



yummy
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-5-2014 07:13 PM | Show all posts
Pinarasakan sada / Ikan masak stim / simmered fish with tuhau



Tuhau juga boleh menjadi perasa dalam makanan.



Ruj: http://eyokecooking.blogspot.com/2010/09/simmered-fish.html

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-5-2014 07:16 PM | Show all posts
Tuhau adalah tumbuhan liar yg hidup subur dikawasan belukar di borneo. Tuhau bukan sahaja boleh dijadikan sebagai sambal bagi membangkitkan selera makan juga berfungsi sebagai perasa/seasoning kepada masakan dalam komuniti Kadazan dan Dusun di Sabah.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-5-2014 07:27 PM | Show all posts



Sambal Tuhau putih.... ni kurang menggunakan cili or lada.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-5-2014 07:29 PM | Show all posts
Kreatif, sambal tuhau dengan belacan...



pengaruh cita rasa Melayu
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-5-2014 07:32 PM | Show all posts
Variasi masakan tuhau dengan belacan.

Tuhau masak belacan



Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-5-2014 07:50 PM | Show all posts
News about Tuhau

RANAU, SABAH: An idea to introduce a local delicacy to a wider market spurred a former teacher into mass-marketing tuhau.

Wasinah Kuntagil, 41, loves eating tuhau, a local wild ginger usually eaten with rice as a pickled side dish and known for its strong smell.

But in recent years, the trend of making tuhau as serunding (floss) and sambal goreng picked up since they are more favoured.

She knew tuhau had untapped potential but did not have the means to do it commercially until she received help from the government.

"I only started the tuhau making business in 2010.

"I wanted to find a way to reduce the stigma of this kampung dish, which has a strong smell.

"It was when Science, Technology and Innovation Minister Datuk Maximus Ongkili tasted my homemade tuhau (floss and sambal) last year that things started rolling.

"He said they were not only delicious but also innovative, and I was given RM100,000 assistance in the form of a processing machine and advice related to branding, packaging and marketing," she said, when met at Kampung Marakau here recently.

"I used to make about RM800 to RM1,000 monthly but since I got the machine in November, my profits can reach up to RM10,000 a month depending on the orders.

"This is all thanks to Mosti," said the mother of seven, who was one of the rural entrepreneurs monitored by Malaysian Innovation Foundation (YIM).

Wasinah said she received orders for tuhau serunding from as far as Malacca and Kelantan.




Dah menyeberang ke Kelantan n Melaka
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 18-5-2014 08:09 AM | Show all posts
Ambuyat/Binoligut.

Makanan tradisi suku Melayu Brunei di Sabah. Ia adalah sagu yang diambil dalam batang sagu rumbia. Makanan ini juga dikongsi dengan suku kaum Kadazan Papar dan Penampang, Kaum Bisaya, Kadayan. Kadazan n Dusun memanggil Ambuyat sebagai Binoligut.














Pokok Rumbia [nama saintifik:  metroxylon]





Pokok sagu/rumbia sedia untuk proses mendapatkan sagunya

Ambuyat juga sangat terkenal di negara Brunei Darul Salam, sabah dan Sarawak (Lawas dan sekitarnya)
Last edited by ultrakasino on 18-5-2014 08:17 AM

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 18-5-2014 08:29 AM | Show all posts
Ada terbaca satu coretan yang salah tentang Ambuyat dan Bosou. Meh daku beri pencerahan sikit. Aritikel tu leh baca kat bawah ni:



Artikel tu cakap Ambuyat ni diperbuat daripada Ikan mentah dan dicampur dengan nasi dan diperam hingga sebulan. Ni sebenarnya merujuk kepada satu jenis makanan tradisi di Sabah dipanggil bosou, lebih kurang pekasam kat semenanjung.

Malah silap pengetahuan am penulis ni sebab Kaum Murut majoritinya kat Sabah bukan di Sarawak. Adapun minoriti. gagal geografi SPM ka apa?

THE REAL BOSOU MADE FROM FRESH WATER FISH WITH RICE PERMENTED



AND THE RIAL AMBUYAT MADE FROM SAGU/RUMBIA TREE

   Last edited by ultrakasino on 18-5-2014 08:32 AM

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2014 04:52 PM | Show all posts
Bah bos mcm ada yg kurang ni, Sabah mana ada "Melayu Sabah" istilah tidak betul saya rasa. kalau dia cocos dia tetap cocos sbb dia ada bahasa dia sendiri. klu dia bugis tetap dia bugis begitu juga yang lain.
Kita boleh panggil dia melayu klu dia tidak ada bahasa selain dari bahasa melayu macam di kelantan dan sarawak. Kalau brunai ya sebab dia hanya ada bahasa melayu brunai saja.
di Sabah ni banyak lagi suku lain macam bajau pun tidak termasuk dalam list tuan, apa tah lagi Tidung/Tidong.


Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 12:46 PM | Show all posts
masakan tempatan tradisi Sabah memang sedap. Akan tetapi, jarang kami nampak ada kedai restoran yang jual makanan Kadasandusun. pelik tu....

kalau ada restoran masakan khadasandusun , saya confirm pgi makan.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-6-2014 07:49 PM | Show all posts
abduldel posted on 26-5-2014 04:52 PM
Bah bos mcm ada yg kurang ni, Sabah mana ada "Melayu Sabah" istilah tidak betul saya rasa. kalau dia ...

Saudara, ya betul jika ikut perlembagaan negeri Sabah. tetapi jika anda bertanya secara ikhlas kaum yang beragama Islam di Sabah secara santai atau pun secara individu, mereka dengan bangga mengaku Melayu. Hal ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapa walaupun ianya tidak termaktub oleh perlembagaan negeri. kita menentang atau tidak isu ini diterima secara diam-diam oleh mereka. Bagi saya, tidak ada masalah jika mereka mengaku Melayu pun jangan saja dipanjangkan kepada kaum KDM Muslim di Sabah, tu ja.

Saya terlupa pasal kaum Bajau, terima kasih atas pencerahan, secara umumnya Tidong adalah pecahan dari suku Murutic jika berlandaskan kepada bahasa, kaum Tidong adalah bermoyangkan suku Murut yakni dna adalah dari indung Murutic. Kelompok Murutic yang telah membangun dengan jayanya sehingga mampu mendirikan kerajaan beraja. Namun kini, ia berpisah dan menjadi suku yang berdiri sendiri. Terima kasih atas pencerahan akan ditambah nama kaum tersebut.

Last edited by ultrakasino on 15-6-2014 07:56 PM

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-6-2014 08:04 PM | Show all posts
ѩ posted on 11-6-2014 12:46 PM
masakan tempatan tradisi Sabah memang sedap. Akan tetapi, jarang kami nampak ada kedai restoran yang ...

Restoran berasaskan masakan Kadazandusun ada sebenarnya tetapi non-halal. Saya pun tak pernah pi lagi. Kami buat secara homemade jer...

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 03:45 PM | Show all posts
jaruk bambangan nda masuk ka..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-6-2014 07:12 PM | Show all posts
fazzrules posted on 20-6-2014 03:45 PM
jaruk bambangan nda masuk ka..

sabar busku, akan dimasukkandi sini satu persatu termasuk masakan melayu Brunei, Bajau, Cocos, Tidong, Kagayan, Kedayan dll... sabar menanti
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.091532s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list