JAWATAN KOSONG DIPERLUKAN SEGERA! Jana pendapatan dari rumah sebagai penulis freelance kami. Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
12Next
Return to list New
24559
View
21
Reply

Siapa ada pengalaman pg klinik gigi KERAJAAN?

[Copy link]

Author: pestol       Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-5-2014 12:44 PM | Show all posts |Read mode
Lebih kurang seminggu yang lepas atau lebih tepat lagi tarikhnya adalah pada 10 Januari 2014. Sedang saya elok menikmati sarapan tiba-tiba gigi geraham saya terbelah! OUCH!!!! yes...memang sakit.

Cenggana boleh terbelah?
Kalau nak dicerita lebih detail, adalah kerana sewaktu saya mengandungkan mimi dulu..kalsium2 saya terlampau banyak hilang. Effect paling teruk adalah pada gigi saya. Gigi yang terbelah dua tu actually dah chipped sikit. Tapi still boleh guna..so guna la. Tapi tak sangka pulak tiba-tiba gigi tu nak terbelah dua dan menyebabkan satu bahagian bergoyang dan sakitlah sewaktu menguyah!

So saya pun dengan segera ke klinik pergigian paling terdekat dengan pejabat saya. Iaitu KLINIK PERGIGIAN BANGSAR (GOV).

Bermulalah review saya dan perjalanan dan pengalaman saya untuk pertama kali di KLINIK PERGIGIAN KERAJAAN ini!

Masa menunggu - 1 jam 30 minit. (tak kisah sangat sebab ada kawan menyembang Mak Cik Jahariah namanya)

Tak lama lepas tu nombor pun di panggil. Merata saya tengok dalam klinik tu ada stiker amaran "Di larang mengambil gambar" "di larang membuat rakaman video" - sebenarnya luar dalam bilik rawatan ada amaran tu....dah kenapa? Terdetik jugak dalam hati.

Saya masuk bilik (yang sebenarnya sebuah partition kecil je) - ada seorang awek dan seorang doktor cina pelat2 cakap melayu dah tunggu.

Dia suruh saya baring - saya ikut.
Dia suruh bukak mulut - saya ikut.
Dia check-check gigi saya sambil mengomel. Oh...! Mulutnya sangat jahat dan ayatnya sangat kasar dan agak kurang hajar yang mana sebagai seorang pesakit saya amat terganggu dengan kata-kata doktor itu!



Sudahnya....dia treat saya dengan KASAR sekali.

Sebelum tu terlupa nak cerita bab BIUS!
Dia bius saya 2 kali. Lepas bius terus dia halau saya keluar suruh tunggu. Saya tunggu lagi kat luar dalam 30 minit sebelum di panggil.


Selama ini saya hanya berjumpa 2 org doktor gigi sahaja dan mereka sangat 'berseni' orangnya. Di sebabkan kecemasan hari tu saya pergi klinik lain. Dan bertemu dengan doktor gigi yang KASAR bukan sahaja dari segi kerja malah  bahasanya juga kasar!

Habis dia rongkah mulut saya..sampai bukaan mulut saya dah over limit. Bila saya 'mengaDUH' lagi dirongkah mulut saya ni! Sampai dia laung kuat-kuat kat awek assistant dia "SHIMA! SHIMA! u habiskan la dia nih!"

Wahhhhhhhhhhhhhhhhh...apakah jenis ayat itu?
Dia korek2 gusi saya macam korek tanah yang super keras nak siap gerudi nak buat tanam kabel!

Oh.....sakit oi!

Saya tidak langsung diberi peluang untuk berkumur atau meludah sepanjang rawatan. FINE!

Air liur dia biarkan je meleleh or telan je ngan darah2 dan ubat2 bius!

Macamni ke perkhidmatan yang patut diberikan oleh seorang DOKTOR? Mana sumpah janji setia etika "Merawat Pesakit Dengan Ikhlas Bertanggung Jawap dan Kasih Sayang" ?????????????????

Dan tahukan anda keesokkan harinya GUSI saya bengkak TERUK sehingga saya perlu mendapatkan rawatan di KLINIK SWASTA yang lain!!!!?

Baju saya juga ada terpercik darah! Sangat dasyat kerja doktor tu (memang anda tidak akan diberikan sebarang alas ye). Maaf ye, bagi saya doktor sebegini tak sepatutnya di nobatkan sebagai seorang DOKTOR!

Atau mungkin doktor sebegini beranggapan "Alah...bayar RM2 je..." so servis pun servis dua ringgit la!

So kesimpulannya ialah....saya mahu doktor ini dimabil tindakan! Perkhidmatan di klinik ini perlu diperkemas.

Ajar doktor-doktor sebegini ETIKA dan BAHASA.
Dan saya memang tak syorkan sesiapa pun ke KLINIK PERGIGIAN BANGSAR di bawah KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA ini.....kerana saya ada pengalaman yang sangat teruk walaupun ianya berpunca dari seorang DOKTOR yang bernama FCS!

sekian. Luahan hati saya yang terguris.

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 04:37 PM | Show all posts
hang ingat dak nama dokter tu?

boleh buat aduan.. borang aduan ada.. nk lagi effective, layang surat kat pengarah..
explain macam hang explain kat atas..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-5-2014 04:48 PM | Show all posts
periukTanah posted on 14-5-2014 04:37 PM
hang ingat dak nama dokter tu?

boleh buat aduan.. borang aduan ada.. nk lagi effective, layang su ...

xda abang sakadar share je. baru igt nk pg sana scalling. tp bila bnda murah ni mana la ada layanan baik2 kan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 04:59 PM | Show all posts
member aku keja buat gigi palsu tu..
dental technician...

ada ja dia crita prangai dokter yang kerek2 ni.. sabar ja la... tak semua..
buat la aduan so orang lain tak kena..
kesian kot kat orang2 susah yg tak mampu p private..
ke klinik kerajaan dilayan camni semata2 sebab susah..

selalu aku kalau tak puas hati mmg tengok nama dokter/nurse tu, isi borang aduan dan buat surat ke pengarah terus..
sebab tak mahu orang lain kena..
kadang siap tangkap gambar bukti keja2 tak brapa elok depa tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Last pergi klinik gomen masa form 5..skang dh kerja..pakai duit sendiri atau claim kt syarikat...alhamdulillah xde major problem setakat tampal cabut dan scaling...so masih mampu..kalau kena buat minor surgery maybe akan guna khidmat gomen..

Tp my husband keje gomen buat minor surgery pon korek duit tabung biat dekat swasta sbb waiting time kt gomen lama gila...

Tp post kt atas ni mcm terlalu general..pengalaman me masa skolah menengah okay aje jumpe dr gomen..maybe dr f tu je kut bad mood hari tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 09:14 PM | Show all posts
terlalu general nak kata servis klinik gg kerajaan buruk. even klinik swasta pun ada yang tak bagus , cuma tahap bad service tu yang berbeza dan diperbesarkan atau tidak. kali terakhir servis gigi di klinik ppum zaman belajar dulu. selalu buat appointment awal 2minggu. ada dua orang doktor servis dengan begitu baik hati dan bertanggungjawab.

kalau nak servis gigi tahap anak raja, boleh ke pro dental. tak jauh dari bangsar village. pernah buat crown gg kat situ. boleh request doktor apa kita nak untuk rawat kita. seorang doktor dibantu 3orang nurse. masa menunggu yang minimum, dihidang kopi atau teh dan biskut.

testimoni yang baik dari artis seperti maya karin, bekas TNC universiti malaya, bekas menteri besar terengganu dato idris jusoh, ada dipapar dalam klinik tu.

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 09:24 PM | Show all posts
doktor tu kata apa kat TS? mulut busuk ker?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-5-2014 11:14 AM | Show all posts
siputsedut posted on 14-5-2014 05:04 PM
Last pergi klinik gomen masa form 5..skang dh kerja..pakai duit sendiri atau claim kt syarikat...alh ...

scaling sakit x? lama x buat. tahap u scalling tu kotor sgt x?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-5-2014 11:18 AM | Show all posts
periukTanah posted on 14-5-2014 04:59 PM
member aku keja buat gigi palsu tu..
dental technician...

tapi bab gigi ni orang mcm sensitive skit and ada rasa malu-malu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 12:58 PM | Show all posts
Pnh tampal gigi geraham kt HUKM.. n cuci gigi beberapa kali. So far sooo good!
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku bab gigi nih memang tak akan ke klinik kerajaan sbb dah tau cane perkhidmatannya.... Rela keluarkan sikit duit kat klinik swasta... Pueh hati....
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 04:36 PM | Show all posts
Syumaimah posted on 15-5-2014 01:07 PM
Aku bab gigi nih memang tak akan ke klinik kerajaan sbb dah tau cane perkhidmatannya.... Rela keluar ...

RM1 vs RM100...leh claim company takpe gak
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 10:02 PM | Show all posts
mak cik aku ada klinik gigi sendiri so slalu pergi situ jelah . Kitaorng kalau pergi slalu walk-in je tak pernah nk menunggu lama
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2014 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
pestol posted on 15-5-2014 11:14 AM
scaling sakit x? lama x buat. tahap u scalling tu kotor sgt x?

Tak sakit..ada rasa ngilu2 sikit je...kita kene scaling 6 bln skali lg I slalu pegi setahun skali..tp tiap kali pergi mmg x byk pon karies tu abb sllau floss..cuma first time scaling tu agak byk la karies gigi..x lama pon scaling ni..kejap je
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2014 03:36 PM | Show all posts
penah gi klinik kerajaan...cabut geraham bongsu... baik je doktor tu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Penah gi cabut geraham berlubang (sebab geraham ujung sekali tu senget ) kat klinik kajaan pandan. Ok je. Sakit mmg sakit.. Nauzubillah sakit..sebab bius sikitje...  Tahan je la kan.. Bab menunggu tu mmg sama cam tt.. Lama kot. Sampai bius dah kurang..masa cabut tu taknak cite aku.. Nak menangis kalu dikenang.. Wakaka.... Doc suh dtg balik minggu minggu depan utk cabut yg senget pulak... Err..hehe..

Pastu tiba time nak cabut yg geraham senget tu.. Lesson learned la kan.. Aku pegi klinik swasta je yg kat sebelah spektrum ampang.. Klinik din ke klinik gan ke aku pun dah lupa. Miraculously (betulke eja) tak sakit langsung. Siap tak sedor dia cabut ( geraham senget ok..) .. Somi aku nak pitam tengok doc tu cabut.. Tebal gile akar gigi aku.. Huahua..
Lepas cabut siap boleh jalan jalan kat giant spektrum ampang tu..

So motif aku citeni ialah kalu taknak sakit sgt cabut gigi gi lah swasta. Klinik sebelah spektrum ampang tu buh bius banyak gilo.. Rm60 satu gigi dia cas..sempoi je klinik. Doc pun bepuluh tahun pengalaman...

Next time kalu ada masalah ngan gigi ni mmg aku gi sana je. InsyaAllah..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 21-5-2014 11:48 AM | Show all posts
malukokram posted on 21-5-2014 01:08 AM
Penah gi cabut geraham berlubang (sebab geraham ujung sekali tu senget ) kat klinik kajaan pandan. O ...

oh kira swasta ok la ni? hmm cuba la nti
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 12:01 PM | Show all posts
slalu g cuci gg kat klinik kerajaan..dpt doc pun lembut2 jer..siap selalu puji gigi cam ni cam ni...

tp ari tu ade sekali..cabut semua ok..tp dia xbg ubat..besok tu kn pg jgk klinik swasta..

so far xder la anti sgt ngan klinik gigi gov...

host gov jer iols anti sikit...

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 21-5-2014 12:57 PM | Show all posts
newrulez88 posted on 21-5-2014 12:01 PM
slalu g cuci gg kat klinik kerajaan..dpt doc pun lembut2 jer..siap selalu puji gigi cam ni cam ni... ...

bru igt nk wt scalling
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 02:38 PM | Show all posts
ok jer..iols pg kt klinik gigi kg pandan....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.075173s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list