CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
View: 5440|Reply: 10

Kongsi Pengalaman Buka Restoran

[Copy link]
Post time 22-3-2014 10:16 AM | Show all posts |Read mode
Salam semua

Saya bercadang nak menyewa kedai utk membuka restoran.

Jika dapat, kepada anda yang mempunyai pengalaman mungkin dapat berkongsi pengalaman anda menjalani perniagaan restoran.  Mungkin dapat dikongsi apakah risiko, challenges/halangan, serta apakah perkara2 yg selalunya terlepas pandang? Juga mungkin dapat dikongsikan tips/teknik spt penyimpanan barangan, dimana dpt menyewa alatan etc, cara nak temuduga staff/tukang masak, dan panduan tentang berhadapan dgn PBT etc.

Semoga perkongsian anda semua dapat di jadikan panduan dan di ambil iktibar kepada saya dan semua pembaca.

Sila beri tunjuk-ajar :-)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2014 10:26 AM | Show all posts
modal kena lebih at least tahan 6 bulan sebab bisnes restoran bukannya buka terus orang datang?

kalau datang belum tentu jd repeat customer?

jadi kena sediakan ongkos untuk survive at least 6 bulan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2014 10:30 AM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 22-3-2014 10:26 AM
modal kena lebih at least tahan 6 bulan sebab bisnes restoran bukannya buka terus orang datang?

k ...

Betul tu.. Saya juga bercadang mengadakan "loyalty program" untuk mendapatkan repeat customer. Memang masalah terpenting ialah modal operasi bagi bertahan sekurang2nya 6 bulan spt kata tuan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2014 10:35 AM | Show all posts
k_a_a posted on 22-3-2014 10:30 AM
Betul tu.. Saya juga bercadang mengadakan "loyalty program" untuk mendapatkan repeat customer. Mem ...

sy tiada pengalaman berniaga restaurant..

tips teori saya ada:
1) tengok kawasan sekitar - pelanggan jenis macam mana? keperluan mereka?
2)loyalty program bagus - tapi pastikan makanan sedap dan affordable.
3) cari mentor yg dh berjaya niaga dalam restaurant.. berkawan dgn mereka. tentu ada trick dan tips untuk kekal segar dalam bisnes ni..



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2014 10:38 AM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 22-3-2014 10:35 AM
sy tiada pengalaman berniaga restaurant..

tips teori saya ada:

Mungkin tuan ada pengalaman tentang rakan kongsi perniagaan? Sy bercadang mendapat funding modal dari para pelabur dan juga mungkin pinjaman drp agensi spt TEKUN .
Last edited by k_a_a on 22-3-2014 10:42 AM

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2014 10:42 AM | Show all posts
k_a_a posted on 22-3-2014 10:38 AM
Mungkin tuan ada pengalaman tentang rakan kongsi perniagaan? Sy bercadang mendapat funding modal d ...

tak digalakkan..

mula dari kecik dulu tuan..

org melayu org cina org india banyak jatuh dalam bisnes sebab sangka easy get easy profit..

sy cukup2 xgalakkan tuan pinjam loan kecuali tuan ni mmg dh pakar dalam masakan dan kedai warung..

kalau mula nak bertapak jangan lah hidup berhutang..

xberkat, tak tenteram..

dengar nasihat sy tuan..

cari model bisnes kecil yang tuan boleh makan tiap2 hari, boleh ada income sedikit tiap2 bulan..

besar kerak belum tentu besar nasinya kalau xpandai masak..

besar kos bisnes belum tentu tuan untung besar kalau xpandai berniaga..

jadi cari dulu hala tuju tuan dalam bisnes restaurant.. biar lambat asal selamat..



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2014 10:44 AM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 22-3-2014 10:42 AM
tak digalakkan..

mula dari kecik dulu tuan..

Tq tuan atas nasihat. Semoga Allah merahmati tuan.

Utk pengetahuan tuan semua, sy (dgn isteri sy) telah menjalani perniagaan berasaskan makanan dah lebih 3 tahun, ianya lebih kpd sejenis manisan (confectionery) sahaja, dan kami jalani perniagaan secara online. Sekian lama kami berpendapat perlunya ada premis perniagaan, penjualan & penawaran kepada pelanggan secara fizikal & berdepan.  Kami tak bercadang pun nak ambik staff (semua kami akan buat sendiri - front & kitchen), cuma di thread ini saya ingin kalau dapat di kongsikan pengalaman drp para forumer yg mempunyai pengalaman membuka kedai makan/restoran. Last edited by k_a_a on 22-3-2014 10:49 AM

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2014 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam tuan TT,
Maaf kalau input saya ini kurang membantu. Sebelum tu saya ingin bertanya - "restoran" yang tuan rancang ini akan menjual menu yang bagaimana? Perniagaan secara online tu sambutan bagaimana? Rasanya tempoh tiga tahun itu agak lama juga. Semestinya tuan sudah ada pelanggan tetap.
Tips dari saya (belajar dari orang yang berpengalaman membuka 6 buah restoran) - tuan cuba buat kiraan sebulan sewa premis + bil utiliti + upah pekerja (jika ada) + modal pusingan + bil yang berkaitan. Setelah dapat jumlah keseluruhan, tuan bahagi 30 (kita labelkan sebagai A). Kemudian tuan anggarkan pendapatan harian tuan (berdasarkan pendapatan perniagaan online sekarang, dan ini kita labelkan sebagai B). Setelah tuan dapat jumlah itu, tuan bandingkan jumlah B itu dengan jumlah A tadi.
Jika jumlah B tuan itu lebih besar daripada jumlah A, saya berkeyakinan tinggi yang "restoran" tuan akan berjaya insyaallah.
Jikalau sifir perniagaan online tuan sekarang ini sudah menunjukkan jumlah B jauh lebih tinggi daripada jumlah A, saya cadangkan tuan kekal berniaga online
Saya doakan yang terbaik untuk rancangan tuan. Aaaamiiin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-3-2014 08:43 AM | Show all posts
imransulaiman posted on 22-3-2014 01:44 PM
Salam tuan TT,
Maaf kalau input saya ini kurang membantu. Sebelum tu saya ingin bertanya - "restor ...

Tq atas nasihat tuan. Semestinya saya buat forecasting tentang sales etc. Berkenaan tempoh 3 tahun dalam biz online itu, biz online ada cabaran tersendiri terutamanya para pelanggan lebih selesa berdepan dgn produk untuk di pilih secara fizikal.  Sebenarnya restoran ini adalah kesinabungan dari perniagaan online yg sedia ada dengan penambahan produk.  Tentunya saya telah membuat perkiraan spt projected P&L etc serta membuat survey bagi menganggarkan pelanggan serta jenis pelanggan yg bakal berkunjung di lokasi kedai.  Premis kedai fizikal perlu kerana "consumer behaviour" dimana para pelanggan kebanyakannya adalah "impulsive" dan mahu apabila mereka mahukan.

Forecasting, pengiraan kos saya dah buat, malah projected cash-flow pun ada. Di sini saya berharap dapat dikongsikan bersama pengalaman para peniaga restoran terutamanya perkara2 yg mungkin tak di jangka etc.

Walaubagaimanapun, saya nak bertanya, apakah tuan maksudkan "restoran" (dalam quote) itu dalam perkataan tuan? (sebab tuan letak quotes).
Last edited by k_a_a on 23-3-2014 08:49 AM

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2014 09:55 AM | Show all posts
k_a_a posted on 23-3-2014 08:43 AM
Tq atas nasihat tuan. Semestinya saya buat forecasting tentang sales etc. Berkenaan tempoh 3 tahun ...

owh! saya tidak bermaksud apa-apa bila menaip restoran sebagai "restoran"

saya mendoakan yang terbaik untuk tuan. saya sangat berminat dengan apa jua perniagaan. teruskan usaha tuan. jika membuat pinjaman itu adalah satu cara untuk menambahkan modal, saya sokong tindakan tuan. kita punya perancangan...dan semestinya kita akan berusaha untuk cuba sehabis baik supaya berjaya. hidup mesti positif. betul tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2014 11:08 AM | Show all posts
imransulaiman posted on 23-3-2014 09:55 AM
owh! saya tidak bermaksud apa-apa bila menaip restoran sebagai "restoran"

saya men ...

Tq tuan. InsyaAllah.

Konsep restoran tu saya mulanya fikir mungkin juga lebih kepada cafe, penjualan ringkas dan kurang perlu memasak di lokasi. Pada mulanya, terfikir untuk membuat kedai khusus untuk dessert & manisan. Kami suka tengok kedai2 spt dalam rancangan "Unique Sweet" (FoodNetwork), yg specialize/khusus dibidang manisan. Tapi rasanya di Malaysia ni kena juga jual produk savoury sebab citarasa orang tempatan.

Dari segi costing, saya ingin kongsikan, bahawa minuman adalah produk yg cost paling minima tetapi margin keuntungan (profit margin) paling maksima. Di anggarkan keuntungan boleh mencapai 20 kali ganda (2000%). InsyaAllah saya tiada masalah dibidang perakaunan kerana itulah salah satu kelayakan akademik saya. Last edited by k_a_a on 23-3-2014 11:11 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-9-2022 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.086849 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list