CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1581|Reply: 1

[Dunia] Afrika Selatan beri amaran keras

[Copy link]
Post time 15-3-2014 03:06 AM | Show all posts |Read mode
Amaran Keras Afrika Selatan terhadap Rwanda

Jangan gunakan negara sebagai batu loncatan untuk aktiviti haram, kata menteri.

Kerajaan Afrika Selatan pada rabu lalu, memberi amaran bahawa negara mereka tidak akan di jadikan medan pertempuran untuk menyelesaikan kemelut politik bagi negara asing selepas mengusir diplomat-diplomat Rwanda yang disyaki mendalangi serangan ke atas puak pembangkang.

"Kami (kerajaan Afrika Selatan) memberi amaran yang sangat keras kepada sesiapa walau dimanapun mereka di seluruh dunia, negara kami tidak akan digunakan sebagai batu loncatan untuk melakukan aktiviti haram", kata Menteri Kehakiman, Jeff Radebe.

Namun demikian, Menteri Luar Rwanda membidas kenyataan Afrika Selatan dengan mengatakan "Hubungan diplomatik yang baik (adalah) yang diberikan Afrika Selatan terhadap aktiviti haram pelarian Rwanda yang dilindungi di tanah mereka", kata Louise Mushikiwabo di akaun Twitter miliknya.

Minggu lalu, Pretoria mengusir tiga diplomat Rwanda dan seorang dari Burundi selepas menggagalkan cubaan membunuh musuh yang diasingkan Presiden Rwanda, Paul Kagame di wilayahnya. Kerajaan Afrika menyatakan kumpulan diplomat tersebut "Persona Non Grata" kerana telah "melanggar hak diplomatik mereka".

Sebagai pembalasan, Rwanda mengusir enam Diplomat Afrika Selatan.

"Setiap individu atau kumpulan yang mencabul hak-hak asasi kemanusiaan kami akan menghadapi tindakan keras undang-undang," tambah Radebe.

Namun Rwanda menyifatkan tindakan mengusir kerajaan Afrika Selatan adalah "sama sekali salah".

"Tindakan Afrika Selatan mengenakan hukuman pengusiran ke atas diplomat itu "sama sekali salah" dan Rwanda mempunyai hak untuk membalasnya," kata Mushikiwabo di Twitter.

Sekumpulan lelaki bersenjata telah menyerbu rumah bekas Jeneral tentera Faustin kayumba Nyawasa di sini minggu lalu, menurut pembangkang Kongres Kebangsaan Rwanda. Jeneral tersebut dan isterinya tidak berada di rumah ketika itu.

Nyamwasa terselamat dari dua cubaan membunuhnya sebelum ini.

Hubungan diplomatik antara Afrika Selatan dan Rwanda tegang sejak pembunuhan bekas ketua Perisik Kigali, Patrick Karegeya, yang juga dibuang ke Afrika Selatan, dijumpai mati dijerut di sebuah hotel mewah ketika hari sambutan Tahun Baru.

Selepas Nyamwasa cedera ditembak pada 2010, Pretoria menyifatkan serangan tersebut sebagai cubaan membunuh yang dibuat oleh "Operasi Keselamatan" asing dan memanggil semula dutanya ke Rwanda.

Enam lelaki - tiga rakyat Rwanda dan tiga rakyat Tanzania - kini diadili atas tuduhan cubaan membunuh beliau.

Nyamwasa yang juga kenalan rapat Kagame, terbang ke Afrika Selatan pada 2010 selepas kecewa dengan pentadbiran Kigali dan telah diberikan status pelarian.

Afrka Selatan menjadi 'rumah' kepada banyak pelarian puak pembangkang Rwanda, ia merupakan pertentangan pahit di antara dua negara.

Setelah pembunuhan Karegeya, Kagame membalas tuduhan kerajaannya terlibat dengan pembunuhan tersebut, adalah meragukan tetapi agresif.

"Masih terdapat hubungan diplomatik yang baik antara afrika Selatan dan Rwanda dan hubungan itu masih tidak terjejas," kata Radebe.

Namun Duta Rwanda menjelaskan masih terdapat "masalah yang sangat besar" yang perlu di singkirkan diantara kedua negara tersebut.

Menteri Mushikiwabo dilaporkan berkata, "Pelarian Rwanda terus terlibat dalam kegenasan di negara mereka".

"Walaupun dijanji berulang-kali oleh Pretoria, masalah ini tetap tidak selesai," tambahnya.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2014 03:33 AM | Show all posts
mushikiwabo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-12-2022 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.079043 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list