CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 11657|Reply: 93

Iols DIFITNAH terlibat kes pecah ofis…sedeyyy

[Copy link]
Post time 22-2-2014 04:31 PM | Show all posts |Read mode
WARNING: Karangan melebihi dua ribu patah perkataan!

Kes: Ofis dipecah masuk oleh seorang lelaki macam mamak waktu lunch hour
Tarikhkejadian: 17 Feb 2014, Isnin
Masakejadian: 01:20pm – 01:26pm (6 minit)

Watak utama:
  • Hyie (H) = aku la, staf comel yang inesen jadi mangsa fitnah, muda lagi
  • Michelle (M) = Agen insurans a.k.a mak hayam ratu propa kaki fitnah, 51 yo
  • Pencuri  =Unknown, nampak macam mamak, anggaran umur dalam lingkungan 30an
  • Ah John (A) = Boss yang sangat baik, tegas, 45 yo
  • Ms Lee (L) = Akaun department, auntie kpd A, baik tapi kadang2 bossy, 61 yo
  • Jenny  (J) = Admin General Dept, bff Ms Lee, selalu ting tong, 61 yo kot


Hipotesis awal:
Aku adalah antara suspek utama kes pecah ofis, bersekongkol dengan geng pencuri.

Perbincangan:
Uolssssss!!!!!!!Sedih sangat iols difitnah pecah opis. Memang celaka sangat pencuri tu! Tak pasal2 iols dituduh sama. Memang hanjengggggg…

Begini citernya…

Aku keja kat agensi insurans, kompeni Cina. Staff ada 5 orang + 6 orang agen insurans. Sepanjang keje kat situ, takde apa2 masalah pun, sikit2 tu biasala gaduh mulut. Aku memang suka kerja ngan orang Cina sebab aku boleh jadi diri sendiri, diorang pun jenis tak kepochi ambik tau hal orang lain. Bahagia sangat hidup.

Nak dijadikan cerita, minggu lepas aku dah apply cuti 17 & 18 Feb, nak balik kampung.Last aku balik time Krismas, dan kebetulan masa tu mak aku kena tahan wad seminggu sebab ada jangkitan kuman kat paru-paru. Fyi, mak aku penghidap kanser darah a.k.a Multiple Myeloma since Sept 2009. Dalam 2-3 bulan lepas penyakit ni datang balik, so mak aku kena pegi hospital Sultanah Aminah JB setiap hari Isnin untuk kemoterapi. Tetiap minggu abang aku la yang hantar sebab dia kerja flexible hours, jual TM Net wifi kejadah tu la amendetah. So, masa Krismas tu, aku duduk la 4 hari jaga mak aku sampai la dia keluar hospital. Malam tu gakaku balik Penang. Kampung aku kat Johor.

Ok, bila aku dah apply cuti tu, aku bagitau kat semua orang yang ada kat opis masa tu. Diorang pon noted. Jumaat malam 14/2/14, aku balik naik bas ekspres KPB.

Pagi Isnin,17/2/14 08:30am, aku & abang aku pegi hantar mak kitorang ke hospital JB untuk rawatan kemoterapi yang ke-13. Dia kena complete kan 26 rawatan kesemuanya. Sampai sana dalam 09:30am, terus register amik nombor. Dapat no.34.Terus cari katil kat bilik hujung bagi mak aku baring, dia tak kuat jalan sebab tulang rapuh, jalan sikit2 tu boleh la. Sesambil tunggu doctor panggil tu, aku dudukla bergosip  itu ini  ngan mak aku.

Tetiba dalam kol 01:56pm, aku dapat call daripada Michelle (M), mak hayam ratu propatu la kan.

M: “Hello, u kat mana? Boleh datang ke opis sekarang tak?”
H: “I kat Johor la, kenapa?”Bunyi bising kat belakang…
M: “Pintu opis kena pecah!”
H: “Pintu yang mana satu?” Ada2 pintu, main door (glass), side door. Dua2 ada passcode kalau nak masuk.
M: “Bla..bla..bla…” Aku tak berapa dengar apa dia cakap. “Macam mana nak tengok CCTV?”
H: “Can u please pass me to Jenny(J)?”

J pulak on the phone…diorang callguna phone M.

J: “Hey, H. How to open the CCTV?” So, aku pon suruh dia pegi ke computer aku, ada link kat favourite. Tapi dia tak jumpa, sebab aku pun lupa aku rename apa. Setahun sekali je bukak, mana la nak ingat. Aku dah pernah ajar J, tapi dia kan ting tong, harusla tak ingat.
H: “U better call Mr Beh, he’s incharge for CCTV.” J ni tak berapa fasih cakap Melayu sebab masa zaman dia dulu, sekolah British.

Pastu diorang pon call Mr Beh. Aku berimaginasi bahawa Mr Beh datang ke opis dan cek CCTv kat computer aku. Maka nampak muka pencuri tu.
Seorang lelaki, berkulit hitam manis ala Remy Ishak, berwajah bulat, berkumis nipis kalau tak silap, tshirt short sleeve hijau cair macam kaler Tutti Frutti punya logo, seluar panjang blue black, perut buncit sikit, bawak beg sandang saiz budak sekolah menengah selalu pakai, muka tak berapa jelas sebab kedudukan CCTVyang condong ke bawah.

Dalam hanya lebih kurang 6 minit je dia curi laptop 4 biji, petty cash RM60 kat drawer J (ni J bagitau aku la jumlah tu). Aku ngan J duduk sebelah2 je, tapi pencuri tu tak sentuh langsung tempat aku. Ni la aku rasa antara sebab si M saspek aku terlibat sama.

Apaaaaa? Macammana pencuri tu masuk???!!!

        Berdasarkan CCTV yang aku tengok, dia masuk melalui pintu tepi a.k.a pintu kecemasan.Biasanya kat setiap opis ada satu pintu EXIT (kat atas pintu tu ada kotak tulis EXIT, ada gambar orang turun tangga) guna time kalau ada berlaku kebakaran, perasan tak? Yang kalau kita bukak pintu, pastu lepas cam tu je, terus berdentummmmm! Baaaammmmmmm!!! Bunyi dia….

        Diacungkil button passcode ke apa tatau, pastu masuk terus menuju ke bahagian tengah opis. Dia nampak laptop kat atas meja, terus angkut masuk beg dia. Pastu pegi ke depan opis, cungkil drawer J pakai screw driver kot (ada dalam CCTV), amik petty cash. Pusing2 pastu blah…hanya dalam tempoh 6minit ok!

         J & Ms Lee (L) balik opis 01:32pm macam tu (refer CCTV), reaksi terkejut dan terus call sape tatau. Malas nak tanya.

         Tak lama lepas tu semua agent balik, dan M terus call aku (refer dialog kat atas).

Last edited by hyie on 22-2-2014 04:44 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2014 04:39 PM | Show all posts
18/2/14 @ 10:52pm, aku naik bas KKKL balik ke Penang. Sampai Penang 05:30am. Terus naik motor yang aku parking kat sebelah bas stand (bayar RM2/hari) balik ke rumah. Dah ngantuk sangat aku tido la kejap. Ko tau la kan perjalanan jauh memang penat walaupun jadi penumpang je. Dahla malam tu aku tak boleh tido.

Kol 9am aku masuk opis. Nampakla side door tu dah diganti ngan kunci baru. J dah sampai awal. Terus la aku kepochi tanya itu ini, sesambil tengok CCTV. Tak lama M sampai. Aku pon tegur dia.

H:“Sorry to hear…your laptop…hilang…”.
M: Dia bleh plak jawab dengan nada marah tapi lembut “You sudah tau kan itu hari I call..”
H: Aku pun macam hangin la, orang nak bersimpati tetiba kena sound. “Ya, tapi I tak berapa faham apa u cakap. Masa tu I kat hospital.”
M: “Tapi I tak nampak macam u sakit pon hari ni…”
H: “I hantar mak I la…” sambil ketawa2 tak nak nampak macam tegang sangat…
M: “Ohh…” sambil buat muka kekwat tak puas hati…dan terus pegi ke tempat duduk dia.

Tak lama agent lain sampai.

Masa ni aku dah start mengantuk sebab tak cukup tidur. Aku pon pegi buat White Coffee 3-in-1. Tak sedap pon. Dengan harapan hilang la rasa ngantuk aku ni.

Si M ni sibuk ulang alik ke tempat aku. Pinjam gunting lah, pen lah, submit dokumen lah. Pastu tetiba masa aku tengah cek email kat Outlook, dia rampas mouse dan cek inbox, sent msg, junk emel, semua dia cek. Masa tu mata dia betul2 fokus kat Outlook aku. Aku pon rasa pelik la. Nape dia ni kan? So aku pon biarkan je la, walaupun terkejut. Masa ni aku tak perasan lagi dia tengah menyiasat aku secara senyap2.

Pastu kawan aku kat Kuching branch macam biasa, Skype aku “Good Morning!” macam tetiap pagi. Then dia tanya pasal kes kecurian ni. Aku pon cakap je la apa yang aku tau, 4 laptop hilang, lelaki macam mamak, etc. Si M gigih berdiri sebelah aku buat2 cari stapler, padehal dok jeling2 nak tengok aku skype ngan sape.

Petang tu, si M datang kat aku, buat2  tanya pasal iPhone 5S. Aku pakai ifon 5, dia tanya la aku apa yang best pasal fon ni sebab sekarang kompeni insurans kami tengah buat challenge sape yang top sales dapat ifon 5S. So kalau dia dapat, dia nak jual kat kakak dia, ala2 kakak dia takde henpon katanya. Propa sangat. Tapi aku tak syak lagi masa ni. So aku jawab je macam biasa.

Dia tanya aku beli ifon bila, harga berapa, tetiap bulan bayar berapa, pakej apa. Aku beli CASH ok. Dia ala2 terkedu “Ye ke?”. Very the memandang rendah kat aku kan. Ape dia ingat dia sorang je ke mampu? Fyi, dia pakai Samsung Note 2 RM1500. Untuk businessman, sesuai la sebab boleh edit2 bagai. Aku pon tak heran…
        
Pagi semalam, 11:30am, M ngan L panggil aku masuk ke bilik bos. Bos aku takde, sebulan kat Australia (OZ), sebab dia apply PR, at the same time buat bisnes kat sana. So syarat untuk pemegang PR kat OZ, kena sebulan kat Malaysia, bulan depannya kat OZ, pastu balik Malaysia, dan seterusnya ulang balik.

So, si M & L ni suruh aku duduk. Ok je. Si M ni jenis yang direct kalau bercakap, dia terus bagitau dia dah 4 hari (since Isnin 17/2/14) simpan dalam hati yang dia saspek aku terlibat kes ni. Aku cool je. Kalau aku bersalah, mesti dah gelabah, gelisah etc kan. Dah aku tak buat apa2, so rilex je.

M: “I cakap terus terang, I suspek u terlibat dalam kes ni. Dah 4 hari I simpan dalam hati, baru hari ni I bagitau u.”
H: “Ok. U nak tanya apa tanyalah. I ok je.” Lebih kurang macam tu la respon aku, aku pon x ingat sangat.
M: “U naik bas apa? Jam berapa? Dari mana ke mana? Bila?” bla bla bla ….
So, aku pon explain satu2.
M: “U stay kat mana? Satu rumah berapa orang? Sewa berapa? Sape tuan rumah?”
H: “Sewa rumah RM380. Duduk sorang. Tuan rumah..bla...bla…” Aku bagi no fon tuan rumah kat dia.
M: “Wow, 380?!”

Mata terbeliak. Dia ingat aku sengkek sangat ke? Puhlissss la…PPRT sangat.

M: “U nak tau, masa first day u masuk ofis lepas u cuti (19/2/14), u nampak lain, tak macam selalu yang kami nampak.”
H: “Lain? Lain macam mana tu?”
M: “Kita pon dh kenal lama, dalam 3 tahun lebih kurang. Mesti kita sudah kenal masing2 kan…hari tu u tak macam selalu.”
H: “Oh, I rasa mungkin sebab I mengantuk, I baru sampai Penang 05:30am tadi, tak cukup tidur.”

Diorang senyum je, maybe annoying dengan jawapan aku yang macam cuba nak escape katanya. Si M dah mula buat muka menyampah kat aku. Lantak dia ler…Yang penting aku dah bagi siap2 tiket bas pegi balik aku kat L.
Last edited by hyie on 27-2-2014 10:07 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2014 04:40 PM | Show all posts
Pastu dia cek phone aku, call in/out, sms…DAN secara KEBETULAN, hari tu aku ter dial no phone sorang pakcik polis ni. Sebab masa balik kampung hari tu, aku bakar semua nota2 kuliah zaman belajar dulu. Memang aku suka simpan, untuk kenangan hehe. Yang sekolah rendah punya pon ada lagi ok. So masa kemas2 tu aku terjumpa la list no phone kawan2 lama yang aku tulis kat atas A4 paper, dah lunyai pon. Aku copy satu2 nombor. No pakcik polis tu pon aku copy DAN ter dial pulak. Aku memang dah lama save rupanya sebelum ni. So no dia naik la kan dalam list “call out”. Disebabkan aku tak terfikir pon nak delete, si M ni terperasan no pakcik polis ni. Terus dia tanya sapa ni.

Aku pun jawab, pakcik polis ni aku berurusan dengan dia tahun 2007. Masa tu rumah sewa aku kena pecah. Sehari selepas aku tengok FFM live. Tapi sebab aku ni rakyat marhaen je, kes ni pon tutup macam tu je la. Abes ilang laptop aku yang x abes bayar lagi masa tu, duit RM50, apetah lagi. Kawan aku punya phone pon kena kebas. Dia guna postpaid DiGi.

Si pencuri tu boleh plak guna phone tu tipon kengkawan dia. So bila dapat bill, keluarlah nombor2 tu. Kawan aku pegi call satu2 bagitau si pencuri ni, nama Halim kalau x silap, dah pecah umah kitorang. Dan2 kawan2 si Halim ni bagitau kat dia balik. Tapi pastu kawan aku x pegi repot kat polis. Aku pon bongok tak pegi repot. Masa tu dah sebulan kes berlalu. Aku bajet polis pon tak follow up dan malas nak follow up. Well, u know…

Berbalik kepada sesi soal jawab dengan M & L, si M banyak tembak aku itu ini. Aku jawab biasa2 je. Dia cakap nanti polis nak datang lagi buat Q & A. Aku terlupa nak mintak dia police report yang diorang dah buat hari tu. Mane la tau kot2 diorang propa ke kan. Takpe Isnin ni aku mintak kalau diorang ungkit lagi.

Bila dah abes Q&A, kitorang pon salam2 macam biasa. No heart feelings katanya. Aku buat biasa je dengan semua orang. Rasa macam plastik pon ada jugak. Si M macam kejap2 mengelak bila ngan aku. Tah pape.

Bila aku fikir balik, aku rasa sakit hati sangat dengan tindakan si M yang tuduh aku secara melulu. Dia boleh meracuni pemikiran orang lain supaya berhati2 ngan aku since aku ni saspek utama. Aiyyooo perlu ke? Agen2 lain yang dah lama kenal aku buat biasa2 je macam takde pape berlaku. Belakang aku tatau la kan. Kita pon paham.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2014 04:41 PM | Show all posts
Petang 20/2/14, kawan aku kat Kuching branch skype lagi. Kitorang memang selalu skype untuk discuss apa, pasal kerja, pasal life. Selalunya chatting dalam English, sebab BM dia lemau tahap ibab, cakap BM Sarawak fleunt la, tapi aku plak tak paham hehe. Tetiba plak kali ni dia chatting guna BM, haram aku nak paham.

Dia cakap nak jual ifon4 dia, nak beli ifon 5S. So mintak suggestion nak jual camna. Aku cakap pegi la trade in, tak pun jual je kat Mudah.my. Jual kat member dia ke…dia tanya kalau jual dapat berapa. Manala aku tau. Bila aku fikir balik, ni mesti kerja bos aku A yang suruh kawan aku ni skype tanya pasal jual2 barang ni. Kengkonon nak trace aku jual laptop kat mana kalau betul2 aku mencuri. Aku mention 2 kali, jual kat Mudah.my. Aku rasa macam bukan kawan aku yang skype tu.

At the same time, masa tu aku tengah bukak website citer Korea, nak tengok apa citer2 terbaru. Tetiba si M datang kat sebelah buat2 cari barang lagi. Drama sangat! Aku pon cecepat la bukak website insurans yang memang selalu aku kena bukak ntuk follow up. Si M terperasan, terus masa sesi Q&A dia bagitau nampak aku cecepat tukar page, kekonon ingat aku jual laptop dia kat mudah.my ler tuu…poyooo! Padehal aku cecepat tukar sebab taknak bagi dia nampak, kang nanti kata aku mengular tak buat kerja, terus report kat boss. Dia memang kaki report pon, at the same time dia jadi admin untuk KL branch sebelum ni. So aku rasa tak selesa la. Kalau ngan staf lain aku ok je.

Sebelum ni pon dia pernah cakap kat staf KL yang aku ni bodoh, lembab buat keje. Amboiiii mulutttt sedap la kan mengata orang. Masa tu baru aku tau dia ni plastik, kuat drama & ratu propa! Depan aku mulut manis, belakang2 mulut puaka uolsss…Tapi aku diamkan je sebab taknak ada persekitaran yang janggal. Dia pon cakap sebenarnya dia tak kisah pon kalau aku nak surfing website lain, sebab dia tau aku boring, nak release stress etc.

So lepas balik kerja, sampai la sekarang ni aku rasa down sangat sebab orang syak yang bukan2 kat aku. Fitnah itu ini. Sebelum ni aku tak pernah pun buat hal. Ni tetiba je kena fitnah, rasa macam artis pulak bila jadi bahan bualan hehehe…

Tadi aku dah call kawan aku, dia pon banyak bagi tips2 dan nasihat berguna. Rasa lega sikit dapat share problem ngan member.

Dan untuk pengetahuan, aku ni takde kawan sangat. Sekarang ni pon kawan yang dekat Penang ada 2 orang je, tu pun bukannya rapat mana. Pegi mana2 pon sorang2 je, ade aku kesah ke?  Inikan pulak nak kata aku ada geng mencuri, sangat kelakar lagi menggelikan hati. Aku harap orang yang suka fitnah aku tu ditimpa bala musibah biar dia hidup susah seumur hidup, macam dalam citer Tanah Kubur. Amin.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 04:41 PM | Show all posts
sian ko...bertabah la ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2014 04:41 PM | Show all posts
Persoalan:

1.        Kalau aku kena buang kerja, dan dalam masa yang sama, polis tak keluarkan apa2 report lagi dan aku tak dituduh bersalah, aku kena report kat sape ek? Sebab aku nak ajar sikit diorang ni supaya jangan senang2 nak terminate orang tanpa usul periksa. Sebelum ni pon ada 2 orang staf kena terminate, sebab masalah kecik je. Diorang pernah nak terminate aku masa awal2 kerja dulu, nak hantar aku ke KL branch immediately. Diorang bajet aku nak tolak la, sekali tu aku cakap OK je. Terus tak jadi. Sebab kalau aku tolak, aku kena resign terus. Kena pilih salah satu.

2.        Tindakan lain yang boleh diambil?

3.        Aku sah jawatan 01.11.2011, tapi cakap pakai mulut je. Bulan 6 @ 8 tahun lepas, aku tak ingat, baru aku dapat offer letter bertarikh 01.01.2012, melalui email je, sebab bos aku kat OZ masa tu. Surat tu dia ada nyatakan aku dah sah jawatan dan jadi permanent staff. TAPI TAKDE TANDATANGAN. Adakah aku wajib tandatangan, baru perjanjian ni sah?

4.        Kalau aku diberhentikan secara paksa oleh kompeni beserta PAMPASAN, contohnya duit berjumlah 3 bulan gaji, kalau aku ambik, adakah dikira aku terima paksaan berhenti kerja tu? Sebab kalau aku saman kompeni ni, takut jadi tak sah pulak sebab dah ambik duit pampasan.

5.        Biasanya, kalau aku diberhentikan, kompeni mesti akan keluarkan satu surat untuk aku, kan? Macam notis gitu la…pastu aku kena sign, dan hantar balik surat tu ke kompeni.

Mohon pencerahan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 04:53 PM | Show all posts
company tt sama dengan company bangsat dekat belakang tesco kajang

adam ada buat job untuk company belakang tesco kajang..

company ni dh pecat beberapa orang tak silap ( 8 orang melayu)

ada seorang haji (  umur 34 tiada rumah, keja hotel, kerja macam2 lepas tu mulut menjoyah macam pondan dapat jackpot dan tido dalam ofis) kaki mengampu dan provokasi..

adam stay that ofis 2 days only dah rasa macam NERAKA..

segala cacat cela buruk keji company adam tahu..

politik ofis dan syarikat bagi adam bukan budaya sihat..

dont trust our staf.. but deligate work and give support..

kalau company tu terasa baguslah..

pecat staf sesuka hati..

sales tak masuk nak salahkan website developer sedangkan containt website pun tak de

nk spec mahal2 bayar nk murah..



Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 04:54 PM | Show all posts
hyie posted on 22-2-2014 04:41 PM
Persoalan:

1.        Kalau aku kena buang kerja, dan dalam masa yang sama, polis tak keluarkan apa2 repo ...

bincang dgn ur upper boss..

sebab boss yang bijak takkan dengar satu pihak sahaja...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 05:01 PM | Show all posts
jujur ckp..

politik dlm ofis kotor teruk...

tak dapat bayangkan kalau company besar? cmne lah politik mereka???

huhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 05:09 PM | Show all posts
ko pegi buat polis report je...abis cite...
mane bole suke2 hati bapak dorg main tuduh ko....

tu pencabulan hak pekerja...
ape2 ko pi balai dlu...takpon mintak pendapat pegawai penyiasat yg handle kes pecah opis ko tu...
ahh pepandai la ko tanye ape yg patut dlm hal ko ni...


cine mmg mcm ni...dia mana suka melayu..kalo bende2 mcm ni jd..melayu la yg kene tuduh dlu..
mcm sial je....aku cukup benci ngn ah soo propa mcm kt opis ko tu....
kalo aku mmg aku makikan aje cina tua mcm tu.. ehhh pendek kata mmg aku anti cina laaaa!

kah kah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2014 05:12 PM | Show all posts
iman_kasih posted on 22-2-2014 04:41 PM
sian ko...bertabah la ye

time kasih @iman_kasih Kalau ada apa2 cadangan sharelah ye...rasa tak sabar sangat nak berambus dari kompeni tu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 05:18 PM | Show all posts
1/2. Bila ada kes yg suspeknya adalah pekerja sendiri, company kena la ikut cara yg betul sebelum terminate. Dan kalau company suspek hang terlibat, 1st thing depa kena suspend hang utk siasatan. Lepas suspend, depa buat siasatan & panggil balik utk domestic inquiry (ala2 mcm dlm mahkamah). Ada pendakwa, ahli panel (bertindak mcm juri/hakim) dan hang boleh bela diri. Kat sini kalau terbukti salah, depa boleh pecat hang. Kalau tak, boleh la remain keja sana.

Utk kes ni jugak, keputusan domestic inquiry boleh berlainan dgn keputusan dr siasatan polis. Maknanya, even polis buktikan hang tak salah, tp keputusan domestic inquiry hang salah, maka company boleh jer terminate hang.

3. Utk kes confirmation pulak, sepatutnya sah jugak la, sbb kalau depa takmau confirm kan hang, depa kena la bagi surat extend probation utk berapa lama & sebab kenapa depa tak sahkan jawatan hang. If depa fail bagi, maka hang dikira confirm even though dalam email jer...


4. Seterusnya, kalau hang rasa hang bakal diberhentikan secara paksa berserta pampasan & hang rasa tak adil utk hang (dgn syarat jgn amik lagik la pampasan tu) pi la dapatkan advise kat labour office @ industrial court dulu sblum proceed.

5. Acceptance of resignation @ exit interview? Ada company yg practice & ada yg tak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2014 05:23 PM | Show all posts
Sagoo posted on 22-2-2014 05:09 PM
ko pegi buat polis report je...abis cite...
mane bole suke2 hati bapak dorg main tuduh ko....

tak terfikir pulak nak buat polis repot, sebab Q&A tu between staff je. Normal procedure kan Tapi kalau melampau sangat, see you in court! Takpe, aku tunggu je polis datang opis dan Q&A aku, time tu tau la nanti nak buat apa.

Btw, tak semua Cina macam tu. Majoriti tempat aku ok je, sama je macam orang lain. Cuma si M tu poyo lebih...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 06:14 PM | Show all posts
kesian nya ko..nampak sangat si M tu pandang rendah ngan ko
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 06:15 PM | Show all posts
baik repot polis le, dan tunjukkan bukti kamu di mana, saksi kamu berada di mana semasa kejadian. cakap2 banyak bolehkah kita tepis tanpa bukti, kalu report polis kita yakin 90% berada pihak yg benar, takkan diorg fikir kita berbohong dgn polis semasa buat report. sbb lain mungkin majikan/org tertentu mahu singkirkan kamu dgn pelbagai cara kasar atau halus.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 06:17 PM | Show all posts
Macam mana si M tu boleh tuduh you? Apa reason dia nak tuduh tuduh tu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 06:54 PM | Show all posts
Aku keja dgn 80%  cina jugak..kalau boleh depa memg x mau bg ang maju pun..depan ang pun kdg baik..tp blakang dia bleh komplen mcm2 dekat bos....

Tp bukan suma mcm tu..seketul dua ja yg akan wat ang rasa nak giv up..pandang rendah tu memg x leh padam dr pikiran depa..mkn cik bab byk sgt tu perangai pun camtu ...

kalau ang x salah, x payah la takut..kalau ada experience tukaq ja la keja len lg bagus..mungkin org akan appreciate ang kt tempat lain...x paham aku, kalau ang telibat takkan la berani nk tunjuk muka kat opis tu lagi ...depa ni kdg2 bodo jugak bila bab2 logik akai ni..byk tgk drama hongkong kut ..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 08:47 PM | Show all posts
Be strong... Yang penting pandangan bos u kat u... Kalo bos u pun ade ciri2 suspect u involved, be prepared....
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 09:08 PM | Show all posts
x pyh nk ckp cina..melayu sndiri nak jatuhkan melayu...esp. generasi X ..yg x blh tgk gen. Y bg idea n lg bgus dr die...berlaku kt opis ak yg 100% melayu..memalukan...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 09:29 PM | Show all posts
jadi rumit dari kes curi xpasal2 melalut ke offer letter..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan

Forum Hot Topic
Happy New Year 2022 Warga CARI!
XimHappy New Year 2022 Warga CARI!
Views : 863 Replies : 93
Kuin keris v60
owhgeeKuin keris v60
Views : 63747 Replies : 1807
TBTMI & Nabilah Khan Not so Royal??
ZORRO5555TBTMI & Nabilah Khan Not so Royal??
Views : 54688 Replies : 141
Jom share makanan yg kawan2 makan~vol 1
amirairaJom share makanan yg kawan2 makan~vol 1
Views : 2695 Replies : 282
Makcik Neelofa spill the tea pasal Fazura vs Neelofa kat IG story ??
hell0jennieMakcik Neelofa spill the tea pasal Fazur
Views : 49913 Replies : 183
CSR Racing 2 se centra en las carreras callejeras en Android y iPhone (iOS)
alexjameCSR Racing 2 se centra en las carreras c
Views : 709 Replies : 4
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 9575 Replies : 554
PAKAR MEMPERBAIKI MESIN BASUH, MESIN PENGERING, PETI SEJUK. PROFESSIONAL REPAIR
a开心果PAKAR MEMPERBAIKI MESIN BASUH, MESIN PEN
Views : 29657 Replies : 504
BULLET TRAIN (2022)
SY_MumiBULLET TRAIN (2022)
Views : 640 Replies : 5
Kisah Seram Dingorat Jantan USA.
keane.somewhereKisah Seram Dingorat Jantan USA.
Views : 286 Replies : 13



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-1-2022 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.128431 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list