CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 55429|Reply: 332

[Tempatan] Graduan Malaysia bodoh punca sukar mendapat pekerjaan

[Copy link]
Post time 18-12-2013 10:54 AM | Show all posts |Read mode

PETALING JAYA - Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan berpandangan faktor sebenar ketidakbolehpasaran graduan di negara ini adalah kelemahan intelektual, bukan kerana tidak mampu berkomunikasi atau masalah penguasaan bahasa Inggeris.
       
        "Tidak semua mereka yang pintar boleh mempunyai kemampuan orator yang mengesankan. Akan tetapi tidak siapa boleh menafikan bahawa tahap intelektual yang rendah adalah penyebab utama graduan tidak boleh ke hadapan," katanya.
       
        Beliau berucap dalam majlis 'An evening with CEOs: Towards Future Industrious Colloborations' anjuran Pusat Kerjasama Universiti Industri (CUIC) Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini malam tadi.
       
        Kamalanathan juga menolak pandangan yang mengaitkan isu ketidakbolehpasaran graduan itu dengan kelemahan sistem di institusi pendidikan tinggi (IPT) kerana katanya pembentukan peribadi yang berkeyakinan dan berkeupayaan harus bermula di peringkat pendidikan rendah dengan proses yang melibatkan ibu bapa, guru, masyarakat dan pemerintah.
       
        "Oleh itu, isu bukan bermula di IPT, dan amatlah tidak wajar untuk  IPT dibebankan dengan anggapan bahawa mereka boleh melahirkan manusia yang unggul dalam hanya tiga tahun," katanya.
       
        "Universiti bukan hadir untuk membangunkan graduan-graduan untuk kepentingan industri dan ekonomi semata-mata. Ia mempunyai tanggungjawab lebih besar, iaitu membangunkan bangsa," katanya lagi.
       
        Dalam majlis itu Kamalanathan turut menyaksikan pertukaran dokumen memorandum persefahaman antara UUM yang diwakili oleh Naib Canselornya Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak dan wakil 14 syarikat untuk kerjasama dalam pembangunan sumber manusia. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/le ... k-diterima-1.231670

                                                                                                                                                                      

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2013 10:56 AM | Show all posts
Kawan haku grad takat degree jer , tapi bab gaji kalah depa yang ada Phd .

Dia berniaga dalam bidang hartanah .


.





.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
ada jgk benarnya tp bkn suma.bnyk faktor sbbkan graduan tnm anggur ni.tp kang kalo aku kata sokom sistem merit ada plak yg sebut psl quota bumis.certain situation ada jgk baiknya sistem quota tu tp at da same time kena tngok merit jgk
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 11:03 AM | Show all posts
Suruh apa pun tak mau . Tu yang kena import staff dari Bangla dan Indon tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 11:23 AM | Show all posts
chaaiissshh..
cari salah graduan lagi..

nape tk cari salah graduan 20 tahun , 30 tahun lalu, yg masih gagal jadi bos?, pemilik perniagaan?, bos, tokey, yg sepatutnye memberi ribuan pekerjaan pada graduan baru.

masih lagi ulang balik kaset lama, ckp graduan tk pndai speakingla, xpndai communication la,

hello.....
yg ko pi cari graduan tk pndai speaking tu pehal?, tk ke bodonye konsep salah menyalahi.

cube kire ngn jari..bape kenalan yg sama2 graduate ngn kamu 10 tahun lepas, berjaya memberi / mencipta 10 kerjaya baru pada graduan yg bru graduate?..

cube kire brapa?..

ni penat2 graduate , pstu keje smpai mampus makan gaji , then blame graduan bru tk pndai tu ni semo..baik tk yah ckp..pasal diri sndiri tk mampu sediakan peluang pekerjaan kt org lain, nk harapkn sapa lagi bagi kerjaya kt anak bangse sndiri?, makcik kantin sekolah?, pak guard?, bini mat yo?, of coz la mereka2 yg dh graduate 10 ~ 20 tahun lepas, golongan ni la yg merubahkn dunia..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 11:25 AM | Show all posts
Hari2mau posted on 18-12-2013 10:56 AM
Kawan haku grad takat degree jer , tapi bab gaji kalah depa yang ada Phd .

Dia berniaga dalam bid ...

ni baru namanye graduan.. libatkn diri dgn niaga, nnti bole bagi peluang kerjaya kt anak bangse sendiri.
barula betul..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2013 11:33 AM | Show all posts
memang pun...patutla aku asik keje sorang je selama ni..ada graduate kt opis tau nk komplen2 tk abis..naik gaji hari2 nak..datang keje lambat..mc..duit asik tk cukup..smua nak free..hampehh..attitude very the zero
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 11:35 AM | Show all posts
sepatutnya graduan balas balik..."ahli politik malaysia bodoh punca Malaysia mundur"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2013 11:36 AM | Show all posts
another point yg perlu kementerian consider, adalah kurangkan la kursus yg merepek2 kat U... UUM misalanya, bercadang nak tawar sarjana muda pengurusan golf, apa motifnya? amik student banyak2 masukkan ke kursus yg merepek2 ni, then bila grad, langsung tak tahu halatuju, supply is more than demand....kementerian sewajarnya buat yearly research mengenai kursus semasa apakah yg diperlukan oleh pasaran kerja, contoh kalau zaman ekonomi baru nak pulih, sudah tentulah kursus spt finance, risk management, kursus2 perniagaan, yg menjadi demand... ni tak, tawar kursus bukan2, then sedut seberapa banyak pelajar lepasan SPM yg tak dpat tempat kat U demi nak bantu diorg ke menara gading, patutnya mereka yg benar2 layak sahaja yg layak ditawarkan tempat, bukan jenis tangkap muat sahaja

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 11:36 AM | Show all posts

ini lah dia..mp yg cium tangan wak yidin Last edited by pakwetizzaqyah on 18-12-2013 05:52 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 11:37 AM | Show all posts
ifanonline posted on 18-12-2013 11:35 AM
sepatutnya graduan balas balik..."ahli politik malaysia bodoh punca Malaysia mundur"

6 juta kali like
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 11:37 AM | Show all posts
gaduation yang takder kerja tu  tak yah la kerja makan gaji  sebab macam kuli jer..
baik bukak company sendiri ... u jadi boss dan boleh arah arah  org... tak kisah laa company apa hatta kedai dobi atau kedai makan....
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 11:38 AM | Show all posts
P kamalanathan datang bulan lagi. Cakap bahasa malaysia dah tak betul lagi mau sibuk tentang graduan.
Kalo bukan kerana kuota khas untuk india dari tuan melayu selepas pru13 pasti lagi sikit la pelajar india di ipta
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 11:38 AM | Show all posts
patutnya jadikan subjek public speaking sebagai salah satu subjek teras wajib kat ipt utk tingkatkn skill oratory student.. kemahiran oral ni sgt penting masa interview... selalu sangat masa sesi interview aku jumpa graduan2 yg nampak tak konfiden, tak berapa pandai nk menjawab soalan, pakaian tak kemas, kasar, adab kurang, ada yg terlalu nervous smpi tanya lain jwb lain etc... walaupun most of them dari segi kelayakan akademik dan resume nmpk impressive tp bila presenting themselves during interview jauh panggang dari api hahah...
Last edited by obelisk on 18-12-2013 11:45 AM

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 11:38 AM | Show all posts
ifanonline posted on 18-12-2013 11:35 AM
sepatutnya graduan balas balik..."ahli politik malaysia bodoh punca Malaysia mundur"

LIKE this statement jota jota kali
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 11:40 AM | Show all posts
kecacatan intelektual ke apa menteri bagi statement camni...
kalau camtu kelemahan sistem/dasar pendidikan yang menerima mereka lemah intelektual masuk U.
buat ngabis boreh ja menteri oi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2013 11:41 AM | Show all posts
oni313 posted on 18-12-2013 11:36 AM
another point yg perlu kementerian consider, adalah kurangkan la kursus yg merepek2 kat U... UUM mis ...

bak kata @dino ijazah sarjana muda dalam take no loji tekstil
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 11:43 AM | Show all posts
ifanonline posted on 18-12-2013 11:35 AM
sepatutnya graduan balas balik..."ahli politik malaysia bodoh punca Malaysia mundur"

takleh gak .
sebab malaysia tak mundur walau ahli politik bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 11:44 AM | Show all posts
Kassim_Patalon posted on 18-12-2013 11:41 AM
bak kata @dino ijazah sarjana muda dalam take no loji tekstil

eiiieeee.... geli nyer aku dengor nama kursus tu, TEk NO LOJI TEKSTIL ye?  

uitm baru mansuh kursus tu 3-4 tahun lepas, antara mangsa kursus ini adalah cousin aku, yg end up kerja as a support staf di sebuah bank
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 11:45 AM | Show all posts
sedih betul ngan pemimpin malaysia ni.. asek salah itu salah ini salah sendiri x nampak plak ke buat2 x nampak.. seksa nya hidup kt negara malaysia tercinta skrg ni.. nampaknya kena migrate negara lain la sb bak kata menteri x suka bileh pindah kua huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2026 07:34 PM GMT+8 , Processed in 1.208489 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list