CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
12Next
Return to list New
View: 3983|Reply: 24

[Dunia] Bumi Anbiya yang musnah

 Close [Copy link]
Post time 15-10-2013 10:10 AM | Show all posts |Read mode



SUATU ketika dulu Aleppo antara bandar raya terbesar di Syria. Kota itu kini sudah jadi padang jarak, padang tekukur. Lenyap angkara sengketa, perang sesama warga.

Kota yang pernah diiktiraf sebagai ‘Ibu kota Kebudayaan Islam 2006’ itu kini sudah jadi bandar berhantu. Bangunan yang sebelum ini gah berdiri sudah ranap, rebah menyembah bumi.

Keadaan sama juga dapat disaksikan hampir di seluruh kawasan di Syria selepas berlakunya kebangkitan rakyat di negara itu pada Mac 2011 akibat kekejaman kerajaan pemerintah dari parti Ba'ath. Hampir 80 peratus Syria telah musnah malah ada sesetengah kawasan yang dahulunya meriah dengan manusia, kini sudah tidak layak untuk didiami lagi.

Begitulah gambaran keadaan Syria yang dilihat penerbit rancangan dokumentari TV, Ahmad Faisal Hamdi, 26, ketika mengunjungi negara itu sebanyak dua kali menerusi misi kemanusiaan Malaysia Lifeline for Syria (MLL4S) tahun ini. Minggu lalu, Faisal ke Syria lagi untuk kali ketiga.

“Sebenarnya bukan setakat Homs, Aleppo dan Damsyik saja yang hancur, tapi hampir keseluruhan Syria seperti Azaz, Idlib dan Hamah juga sudah musnah. Homs dan Damsyik antara bandar mempunyai kesan serangan paling teruk.

“Aleppo ini merupakan bandar agak moden seperti Kuala Lumpur dengan adanya pasar raya besar seperti Carrefour, Tesco dan Ikea. Ketika kami melalui kawasan perindustrian itu, semuanya tiada, hancur dibom,” katanya.

Apabila diaju pertanyaan mengenai punca kehancuran Syria kepada penduduk dan pemimpin tempatan negara itu,  kata Faisal, mereka menjawab: " (Presiden) Bashar al-Assad sedang mengamuk!"

“Kata mereka, Bashar tidak yakin dia akan terus dapat menguasai Syria jika pilihan raya dibuat secara gentleman. Jadi dia akan cuba buat apa saja, guna apa saja cara untuk berusaha mengekalkan kuasa. Jika sekalipun dia tidak dapat (kekal berkuasa), tidak akan ada sesiapa lagi memerintah Syria (yang sudah musnah) ini selepas aku," kata Faisal.

Rakyat dibunuh kejam

Lebih dua tahun kebangkitan rakyat di Syria, ramai penduduk ditahan dan dipaksa menyembah Bashar. Itu antara cerita sedih yang didengari Faisal daripada penduduk Syria sendiri, mengesahkan video yang selama ini tersebar di laman sosial, Youtube berhubung perkara itu.

“Mereka dipaksa menyembah gambar-gambar Bashar, ditangkap, dibunuh, disembelih, dirogol, dan ada yang ditimbus hidup-hidup dan ada juga yang dicampak dari bangunan tinggi ke bawah.

Kejahatan dilakukan oleh tentera rejim Bashar amat melampau dan menjangkau pemikiran manusia waras, seolah-olah mereka langsung tidak ada jiwa, perasaan, hati perut atau berperikemanusiaan,” katanya.

Bukan itu sahaja, Faisal dimaklumkan bahawa doktor yang bertugas di Syria turut menjadi buruan rejim Bashar.

“Kebanyakan doktor tidak menyokong mana-mana pihak dan sanggup menerima pesakit. Untuk memberi tekanan kepada kebangkitan rakyat, rejim Bashar tangkap doktor, siksa hingga ada yang mati.

“Mayat doktor malang ini ditinggalkan di hadapan hospital untuk menakutkan doktor lain supaya mereka tidak ada lagi yang berani bantu mujahidin," katanya.

Namun, masih ramai lagi doktor yang sanggup bertahan merawat rakyat Syria yang dizalimi walaupun mereka sudah tidak dibayar gaji lagi. Kesanggupan untuk berkorban adalah semata-mata atas nama kemanusiaan!

“Masih wujud hospital di sana dan ia hanya beroperasi menggunakan generator dengan bekalan ubat yang terhad dan telah tamat tarikh luput kerana bekalan ubat-ubatan daripada kerajaan sememangnya sudah lama terputus.

“Ada sebuah hospital di Syria pernah dibom ketika pesakit menerima rawatan di hospital itu. Ada hospital yang kami lawati basah dengan darah syuhada pada lantainya walaupun sudah dimop berkali-kali. Darah itu tetap mengalir sebab mangsa serangan tidak putus-putus,” katanya.

Paling menyayat hati, semasa kunjungan MLL4S, seorang rakan Faisal tidak sihat dan cuba mendapatkan ubat di farmasi di salah sebuah hospital. Namun dia diberitahu, ubat-ubatan itu semuanya sudah tamat tempoh dan tidak layak digunakan.

“Ubat-ubatan ini hanya layak kepada kami rakyat Syria, tidak layak bagi kamu (rakan Faisal) sebab ia sudah tamat tempoh. Kami tidak ada pilihan lain. Ini saja yang ada dan layak bagi kami. Jika kamu ambil ubat ini, kamu akan bertambah sakit. Lebih baik kamu balik ke negara kamu mendapatkan ubat yang betul,” ceritanya mengulang kata-kata ahli farmasi itu.

Di sana, Faisal berpeluang mengenali seorang doktor dari Yaman, Dr Tariq yang menjadi inspirasi kepada doktor lain dan delegasi misi kemanusiaan kerana sanggup meninggalkan negaranya dan hospital miliknya sendiri, semata-mata untuk membantu rakyat Syria.

“Dr Tariq juga pensyarah perubatan di sebuah kolej perubatan di London, namun dia sanggup tinggalkan segala kemewahan dan berhadapan dengan risiko nyawa yang sangat tinggi di Syria.

“Semangatnya turut dikagumi doktor tempatan Syria. Seorang daripada mereka (doktor Syria),  Dr Abdul Aziz mengakui kepada saya, dia sendiri tidak sanggup ke Yaman jika berlaku sesuatu di negara itu seperti apa yang berlaku di Syria sekarang. Malah kata Dr Aziz, ke mana-mana negara pun dia tidak sanggup sebagaimana Dr Tariq,” katanya.

Sumber : Sinar Last edited by Jenabmurai on 15-10-2013 10:12 AM

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 15-10-2013 10:52 AM | Show all posts
Akibat pemimpin bersengketa.... rakyat yang menerima padah dan akibatnya...

Target seterusnya.......Malaysia.   
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2013 11:16 AM | Show all posts
Seperti biasa, media malaysia bila buat laporan hanya temuramah sebelah pihak sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2013 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Selayak nya lah dengan ummah Syria. Elohim bayar cash sahaja sekarang ini. Tak perlu tunggu akhirat.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2013 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
so, sumber ini menyalahkan rakyatlah? jangan melawan pemimpin yg korup Dan kejam lah? buat bodoh lah?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2013 11:52 AM | Show all posts
Akibat pemimoin yg tak reti bahasa dan memerintah secara ikut kepala otak sendiri. Rasuah dan salahguna kuasa.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2013 01:00 PM | Show all posts
taikor posted on 15-10-2013 11:45 AM
so, sumber ini menyalahkan rakyatlah? jangan melawan pemimpin yg korup Dan kejam lah? buat bodoh lah ...

Salahkan pemimpin masing2 yang hanya pandai berpolitaik, memporakporandakan minda rakyat untuk kepentingan parti masing2...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2013 02:01 PM | Show all posts
kan dunia ni kan sementara je..apa nak pelik bila tmpat musnah atau jahanam , manusia pun mati kt dunia ni kan
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 15-10-2013 02:02 PM | Show all posts
Vokuro posted on 15-10-2013 11:38 AM
Selayak nya lah dengan ummah Syria. Elohim bayar cash sahaja sekarang ini. Tak perlu tunggu akhirat. ...

elohim tu apa?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2013 02:03 PM | Show all posts
Bateesta posted on 15-10-2013 02:01 PM
kan dunia ni kan sementara je..apa nak pelik bila tmpat musnah atau jahanam , manusia pun mati kt du ...

jadi perbanyakkanlah baca surah john selamat dunia dan akhirat
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2013 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
roblucci posted on 15-10-2013 02:02 PM
elohim tu apa?

mksudnya tuhan dlm bhsa hebrew..yakni bahasa yahudi..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2013 08:39 PM | Show all posts
ultra78 posted on 15-10-2013 11:16 AM
Seperti biasa, media malaysia bila buat laporan hanya temuramah sebelah pihak sahaja

sebelah lagi ko ceritala kan dalam benang ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2013 09:34 PM | Show all posts
roblucci posted on 15-10-2013 02:03 PM
jadi perbanyakkanlah baca surah john selamat dunia dan akhirat

surah john rambo ke




Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2013 09:51 PM | Show all posts
Memang bangsa Arab semenjak dulu mcm ni, semenjak belum mengenal agama (hanya zaman Rasulallah je bangsa2 ni diam tak berperang sesama sendiri. Bila Rasulallah wafat masing2 back to normal).. Bukan sebab agama tapi sebab puak dan suku...agama cuma escapism je. Sedangkan masa zaman Anbiya sebelum Rasulallah dulu pun huru hara sana sini kat negara diorang tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2013 09:53 PM | Show all posts
roblucci posted on 15-10-2013 02:02 PM
elohim tu apa?

Elohim tu tuhan sembahan dia. Mcm kita percaya Allah yang Esa. Mcm Hindu percaya dewa2 Vishnu, Murugan. Elohim adalah sembahan dan kepercayaan dia...kita berlapang menerima kepercayaan dia di sini.

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2013 10:23 PM | Show all posts
roblucci posted on 15-10-2013 02:02 PM
elohim tu apa?

tuhan2 org2 URBAN kaedahnyer..............


prftftftftftf

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 15-10-2013 10:26 PM | Show all posts
sharfox posted on 15-10-2013 09:53 PM
Elohim tu tuhan sembahan dia. Mcm kita percaya Allah yang Esa. Mcm Hindu percaya dewa2 Vishnu, Mur ...

dewa2 bukan level tuhan laa.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2013 11:44 PM | Show all posts
sapa2 boleh terangkan dak pasal ada yang kata maksud Allah tu ialah dewa tertinggi?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2013 11:56 PM | Show all posts

tu lar, kalau mulayu sunni nan suci muruni  jadi nabi dulu, takde lah jadi bugini...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Dunia tk lama dah. Tk lama lgik malaysia. Lps ni jgn slhkan rakyat pulak. Bersedialah kita ke arah tu. Skrg kita di musim dajjal berada diduni ibrt satu hari bersamaan seminggu sbb israel telah pun perintah dunia cuma kita je yg tk thu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

9-8-2022 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.687869 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list