CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1422|Reply: 0

[Tempatan] Nazri tak setuju Malaysia putus hubungan diplomatik ngan Iran

[Copy link]
Post time 11-9-2013 06:10 PM | Show all posts |Read mode
Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (gambar) tidak bersetuju dengan kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh agar Malaysia memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran kerana negara itu dikatakan menyebarkan mazhab Syiah. Bagaimanapun Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata sejarah membuktikan negara yang mempunyai pengikut Syiah tidak akan menjadi aman.




"Kita memang tidak akan putuskan hubungan diplomatik malah tidak halang mereka datang ke sini, kerana negara ini tidak mengamalkan diskriminasi.

"Bila bab Syiah ini saya memang akan lawan habis-habisan kenapa mereka nak sibuk -sibuk datang mengembangkan ajaran mereka pada umat Islam di sini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pra Pelancaran Malaysia Tourism Hunt 2013 di Kuala Lumpur. Nazri mencadangkan agar pengikut ajaran Syiah mengembangkan mazhab mereka kepada penduduk bukan Islam dan bukannya kepada majoriti rakyat Malaysia yang bermazhad Sunnah Wal Jamaah.

"Saya nak cadangkan mereka kembangkan Syiah pada bukan orang Islam di Eropah, tengok apa reaksi mereka, di sini kita memang tidak terima mereka," katanya lagi.

Semalam Wan Zahidi berkata, meskipun Malaysia mempunyai hubungan diplomatik dengan China sejak sekian lama, negara berkenaan tidak pernah menyebarkan fahaman komunis melalui hubungan diplomatik, dan perkara itu jelasnya berbeza dengan pegangan penganut Syiah. Malah, katanya, kajian beliau sejak 1980-an mendapati, ajaran Syiah juga lebih berbahaya berbanding Yahudi dan Nasrani.

Kenyataan mufti itu bercanggah dengan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang berkata, penganut ajaran Syiah di negara ini tidak mempunyai halangan mengamalkan mazhab itu cuma dihalang untuk menyebarkannya kepada orang ramai.
Awal bulan lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mewakili Malaysia pada majlis pelantikan presiden baharu Iran, Hassan Rouhani sebagai Presiden Iran yang ketujuh di Bangunan Parlimen di Tehran.

Rouhani menggantikan Mahmoud Ahmadinejad yang ditakuti negara Barat kerana kelantangannya menyuarakan bantahan terhadap tindakan Amerika Syarikat dan Israel “membuli” negara lain. – 9 September, 2013.



*P/s : Uols setuju x shia ni kawan ngan kita?




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.063007 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list